Saturday, 28 July 2018

Bidadari Yang Dirahmati

Assalam alaikum semuaa..moga anda dalam keadaan baik2 saja hendaknya.

Sejujurnya, aku tak tahu nak start macammana. Tapi aku tulis jugak lah apa yang terlintas dalam kepala aku sekarang ni.

Seringkas yang mungkin. Insya Allah.

** Aku ada 6 orang kakak. 
                                                 Aisyah
                                                 Munirah
                                                 Norainy
                                                 Fatimah
                                                 Khadijah
                                           Maryam Hanani.

They are the best sisters i ever had. Moga Allah rahmati mereka semua. Amin.

Sekarang ni aku nak cerita tentang kakak aku no 6-Maryam Hanani. 

To my beloved sister, i dedicated this post specially for you. Aku tak kesah orang lain tak nak baca, tapi aku harap hang baca la post ni. Kalau tak baca, aku merajuk haha.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

1- Zaman Sekolah Rendah.

Jarak umur aku dan dia hanya satu tahun je. So we have spent most of our childhood together dari zaman sekolah rendah lagi.

She is so kind, caring, loving (but sometimes annoying) and the list goes on.

I still remember one night in 2005 (darjah 5). Aku pegi tusyen kat kuaters guru sebelah sekolah rendah aku. Selalunya pukul 10 malam, umi or papa akan datang ambik aku balik rumah. Tapi....

Malam tu, aku tunggu sampai hampir pukul 11 malam, still takde sapa datang. Sampai aku putus asa dan decide nak balik sendiri jalan kaki. Baru dua tiga langkah. Aku nampak kakak aku ni.. datang naik basikal termengah-mengah. Semata-mata nak ambik aku. Dan hantar aku pulang ke rumah.

Bila balik rumah, aku tengok semua orang tengah tidur. Penat mungkin. Kalau dia tak datang malam tu, entah apa jadi dengan aku. Saat semua orang tengah tidur nyenyak kat rumah, dia masih teringatkan aku tak balik tusyen tengah malam. Terharu gila. Sampai tua aku ingat.

2- Zaman Sekolah Menengah.

Okay. Ini kemuncak zaman aku mencari identiti diri. Atau dikenali sebagai zaman zaman jahiliah aku. 

Time ni jugak Allah uji aku macam2..yang aku fikir..ujian itu terlalu perit bagi budak kecil seperti aku (ketika itu). Malas nak ulas panjang pasal ni atau aku akan menangis tak behenti.

Sebenarnya, aku masuk sekolah tu bukan sebab papa aku YDP PIGB ketika itu. Tapi sebab lain. Sebab yang kuat dan dekat dengan hati aku.

Bila "sebab" yang menjadi motivasi terkuat aku sudah tiada, maka aku mula hilang fokus. Malas belajar. Ada rasa nak tukar sekolah. Maka, result aku down teruk.

Kesian papa aku. Semua guru complain pasal aku. I'm sorry papa.

Kakak aku selalu naik pentas, dapat anugerah cemerlang. To be honest, aku jeles la jugak. Papa selalu kata, "Asiah kena jadi macam Nani, jadi orang berjaya". 

Papa selalu jadikan kakak aku sebagai inspirasi aku supaya berjaya dalam SPM. But it did'nt work for me. Huhu. Kakak aku tak salah dalam hal ni. 

She did being good example for me. Aku cuma mampu melihat je lah.. dia naik pentas hampir tiap-tiap tahun dapat anugerah cemerlang.

One of the reason is, i'm not interested to study science. Plus aku sangat elegik Math. 

Itu bukan minat aku. 

3- Zaman Kolej Matrikulasi.

Aku penah join Pertandingan Syarahan disana. Time tu aku tengah sakit teruk. Sakit tonsil. Memang mati-mati aku pikir...mungkin dapat sijil penyertaan je lah.

Sekali nama aku dipanggil sebagai Juara Pertandingan Syarahan peringkat Matrikulasi Selangor. I was like, "Am i dreaming?'. My inner self said, "No, you are not".

Time tu muka aku terpampang kat skrin besar. Semua orang tengok aku. Dengan cahaya gemerlapan sini sana. Aura popular sangat terasa. 

Rasa cam segan pun ada. Sebab ini pengalaman pertama. 

Dan kakak aku antara manusia yang support  time aku sakit tu, she did appreciate the talent i have. Thank you so much, sister.

4- Zaman Universiti.

Buat pertama kalinya, aku dapat belajar bidang yg aku minat. Penah dapat Anugerah Dekan. Alhamdulillah.

Hari pertama datang ke USIM. Kakak aku hantar. Cuba teka dia bawak kete ape? Hmm..cuba lagi. Dia hantar aku pergi USIM naik Hilux. Yes. HILUX. Haha.

Okay, aku cuma nak higlight 4 point pada zaman uni aku iaitu...

i- Kakak aku adalah manusia pertama yang take action selepas mengetahui "Hikayat Ultraman" aku bersama Ahmad. (Boleh rujuk post aku sebelum ni)

Dia banyak bantu aku untuk move on. Wallahi, i owe her a lot.

ii- Banyak bantu aku masa buat praktikal kat Sabah. Bawak aku jalan-jalan. Makan sedap-sedap. Perkenalkan aku dengan Geng ABIM Sabah dan housemate asrama yang super duper AWESOME. (moga Allah rahmati mereka semuanya).

iii- Bantu aku practice bawak kereta malam-malam sehari sebelum aku test jpj. 

iv- Dia antara manusia yang paling banyak Sabar dengan perangai aku yang entah ape-ape ni. Hanya Tuhan saja yang membalasnya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------


Sebenarnya ada banyak lagi nak tulis. Tapi tak apa lah. Hang bukan suka baca panjang-panjang pun kan? Haha

Btw, she just got married last Syawal. 

To Abang Wan Sabahan, please take care of her. If anything happen, i know where to find you.

To my beloved sister, Nani. People always asking me, " Nani dah ......., asiah bila lagi?". 

They FORGET that WE have different story lines. Different timelines. And I'm waiting for my times. It's okay. I don't care bout what people say. I'm totally FINE.

Aku bahagia dengan diri aku sekarang. Dengan segala nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah.

Cuma minta hang doakan yang baik-baik saja.

Semoga Asiah bt Abdul Razak berjaya gapai impian-impiannya. Bantu dia bangun saat dia hampir rebah dan mengalah.

Moga Allah redha dengan kita semua. Dunia dan akhirat. Allahumma AMIN.

 -THE END-





Friday, 13 October 2017

Cebu Madinah 2.0

Assalamualaikum semuaaaaaaa...

Lama sungguh tak update blog ni, bersawang teruk sudah, Moga anda berada dalam keadaan baik baik saja, insya Allah.

Straight to the point, aku berpeluang untuk pergi ke Cebu Madinah  buat kali ke-3, pada Hari Raya Haji yang lalu. Alhamdulilah..

Aku cuba menulis seringkas yang mungkin. insya Allah. 

Aku dan 4 orang sahabat universiti ku, berkunjung ke sana untuk menyertai program sempena Hari Raya Haji 2017 ni bersama rombongan NGO Briged Bakti Malaysia. Papa, Umi, Kakak dan adik aku pun join skali. Hehe.

Kitorang bertolak pada 29/8/2017 ke Cebu menaiki pesawat Air Asia yang memakan masa selama 4 jam. Kami bertolak pukul 6.30 petang, so sampai sana time malam la. Pastu dari Mactan Airport ke Cebu Madinah pulak ambik masa dalam 4 jam lagi. Fuh. 

Baru sampai airport. Muka penat.

Antara aktiviti yang kami buat kat sana:

1- Kelas membaca Al-Quran di masjid. 

Aku dan kawan2, buat 3 group. Kemudian kami membaca surah-surah Juz Amma. Baca satu per satu ayat, then semua pelajar yang kecik molek ni akan ikut bacaan kami. 

"Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain" -Riwayat Bukari.

2. Feeding Programme
Sekolah yang menjadi pilihan kami adalah San Remigio International High School sebab sekolah ni paling dekat dengan Cebu Madinah Muslim Community.

Apa yang aku paling tak boleh lupa pasal sekolah ni adalah,

Kami kena masuk satu lorong kecik, jalan kaki untuk ke sekolah tu,

Then aku yang sedang kelaparan ni nampak la satu kedai, dari luar nampak cam KEDAI ROTI sebab nampak cam "isi" kat dalam kedai tu banyak kaler putih, so aku assume tu kedai roti lahh. Jangan tanya kenapa aku pikir pasal roti haha.

When I get closer, apa yang aku nampak bukan roti kat dalam kedai tu, tapi..tapi..emmm...

Kedai keranda orang kristian (Majoriti kat sini penganut agama kristian).

Maka, hilanglah segala rasa lapar perutku tadi, berganti dengan rasa keinsafan dan rasa gerun memikirkan kehidupan selepas kematian.

Entah kenapa aku pikir pasal kedai roti. Adoi. Insaf kejap.

Setiap pelajar sekolah akan melintasi kedai ni setiap hari ke sekolah. Aku tak tahu la apa yang terlintas dalam kepala dorang. 

Okay, berbalik pada Feeding Programme, kami dah masak siap2 dah kat Cebu Madinah Muslim Community, kami just bawak makanan dan agihkan kepada pelajar yang terpilih sahaja. Sebab kuantiti makanan terhad.

Sedang mengagihkan makanan dalam polistren.

Pelajar sedang menunggu makanan. Sabar la ye. Orang yang tengah agihkan makanan tu sedang lapar jugak sebenarnya haha

Spagetti+sup daging korban. Nyum Nyumm...

Lepak kat pentas sekolah. 

3. Kelas Fiqh Wanita


Aku dan kawan2 hanya menerangkan PERKARA BASIC berkaitan darah menurut Mazhab Hanafi, sebab orang kat sini majoriti Mazhab Hanafi.

Hal ini sangat la mencabar bagi aku dan kawan-kawan sebab kitorang Mazhab Syafei. But it's okay. 

Kami pun mula la buat research yang berkaitan  topik ni sebelum datang ke Cebu lagi. Kami belajar benda baru and we love it! 

Lagipun kami hanya terangkan perkara2 basic sahaja berkaitan darah haid, nifas, istihadah dan perkara2 sewaktu dengannya.

Salah satu perkara yang boleh dikongsi adalah,

Mengikut Mazhab Syefei:
Tempoh minimum haid= Sehari semalam
Tempoh maksimum haid= 15 hari
Selebihnya adalah darah Istihadah-Perlu bersihkan darah dan tukar pad yang baru untuk SATU solat fardhu.

Mengikut Mazhab Hanafi:
Tempoh minimum haid= 3 hari
Tempoh maksimum haid= 10 hari
Selebihnya adalah darah Istihadah- Setiap kali nak solat, TAK PERLU tukar pad dan boleh solat macam biasa.

Banyak la benda baru yang aku dan kawan-kawan baru belajar.. Pengalaman ini membuka minda kami akan keluasan perbahasan ulamak dalam Ilmu Fiqh. Sangat menarik sebenarnya.

Maka, Ilmu yang sikit tu kami share la dengan remaja-remaja perempuan kat sini. Alhamdulillah..

4. Science Experiments.

Kami buat experiments ni pada waktu malam sebab time ni banyak  kanak-kanak berkumpul kat tempat kami. 


Ni salah satu eksperimen nya.

Kalo belon yang TIDAK DIISI DENGAN APA-APA, kemudian dipanaskan atas api, memang cepat la belon tu meletop.

TAPI..
Belon yg diisi dengan air, dipanaskan..dia amek masa yang agak lama untuk meletop.

Tunggu la air tu mendidih, baru la dia pecah. Kami ingatkan aktiviti ni akan habis dalam beberapa minit je sebab benda simple je kan..rupa-rupanya memang remaja kat sana letak belon air tu atas api lilin dalam tempoh agak lama tapi belum sampai setengah jam lah. Nampak la semangat dorang nak explore benda baru.

Haa..tunggu la korang sampai belon tu pecah. Sempat la aku tido sampai bangun subuh besok. Haha.

5. Make Friends.

Firman Allah swt dalam Al-Quran surah al-Hujurat(49) ayat 13:

" Wahai Manusia! Sungguh, kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita, kemudian Kami jadikan kamu  berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali"

Setakat ni, sudah tiga kali aku datang ke Cebu Madinah selama 3 tahun berturut-turut,

Dan aku sudah pun jatuh hati pada seseorang. He makes me feel warm and comfortable ^_^

Namanya Aladdin. Dan aku tak paham kenapa nama dia Aladdin haha. But it's okay. Bukan dosa besar pun.

Aku sudah anggap dia macam adikku sendiri. Kira macam adik angkat la.

Bukannya kekasih hati. Sapa la nak kat aku ni. At least aku sedar diri (poyo gila ayat haha).

Aladdin ni seorang yang istimewa berbanding kanak-kanak lain.

Menurut seorang pakcik yang aku kenali kat sana, Aladdin mula menunjukkan minat untuk mempelajari agama Islam seawal 5 TAHUN.

Dan dia lah antara budak paling cepat+banyak menghapal surah-surah  dalam Al-Quran berbanding kanak-kanak lain

Plus

Dialah muazzin paling muda yang selalu mengumandangkan azan di Cebu Madinah Mosque.

Moga Aladdin dan kawan-kawan membesar menjadi ulamak hebat, cemerlang, gemilang dan terbilang ya...Ameen insya Allah.

Ni gamba masa kami pergi ke 7Eleven. Kat sini banyak jugak la produk halal dan ada juga produk dari Malaysia. Aiskrim yang aku tengah makan tu harganya 15 peso= rm 1.5, harga yang sangat berbaloi sebab saiz aiskrim yang besar dan memuaskan hati. Susah nak jumpa kat Malaysia. 



Dan lagi satu, 7Eleven kat sini ada kerusi meja untuk duduk melepak sambil makan atau minum. Makanan panas dia pun murah gila. Bestnyaaaaa kalo 7Eleven kat Malaysia pun macam ni hehe.

Pantai Lapyahan

.
Bersama anak anak Cebu Madinah.


Mereka lah yang menceriakan hari-hari aku sepanjang berada di sana.


Sorry lah, kami takde baju kaler pink+tudung kaler putih.


Gamba pada Hari Raya Aidil Adha di hadapan Cebu Madinah Mosque.

6. Menikmati keindahan ciptaan Tuhan.


Lokasi: Puncak menara masjid Cebu Madinah .

Kami banyak berjalan ke banyak tempat sebab nak agihkan daging korban.

Antaranya adalah satu tempat yang saaaaangat la indah aku tak tau nak habaq. Namanya Ban Ban.

Kat sini, aku sempat membonceng motosikal selama hampir 20 minit sambil menikmati pemandangan hijau yang sangat indah. Subhanallah.

Aku pasti merindui tempat ini nanti.

Lokasi: Bantayan Island

Masa kami pergi ke Bantayan Island, kami susah nak cari tempat solat. Surau takde, masjid apatah lagi, Tandas pun takde air. Depa pakai tisu ja.


Makanya, kami solat di tepi pandai saja. Pedulikan pandangan aneh orang lain. 

" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( kaabah ) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya"- surah Al-Baqarah ayat 150.

7. Friendship Goal 

Aku datang ke sini bersama 4 orang sahabat. Mereka lah antara yang sentiasa berada di belakang aku saat aku susah dan senang. 

Mereka sentiasa ada saat jiwa dan hati aku rapuh seperti kaca pecah bertaburan di lantai retak.

Mereka antara sahabat-sahabatku dunia akhirat, insya Allah.

Sebenarnya aku dah banyak kali travel dengan kawan-kawan selama 4 tahun belajar di universiti. Tapi travel dalam negeri je lah. 

Maka, aku boleh kata bahawa ini lah kali pertama aku travel dengan sahabat-sahabat istimewa aku ke luar negara+ sambut Hari Kemerdekaan+ sambut Hari Raya Haji kat sana sekali. 

Aku teringin bawak lagi beberapa orang kawan lagi, tapi pergi ramai-ramai kang serabut pulak. So, travel dengan  4 ke 5 orang kawan, kira okay la bagi aku. Kalo ada rezeki, kita plan trip lain pulak, insya Allah.

Ehem.

Cubaan pertama dan kedua. Orang hujung sekali jenuh struggle haha.
Lokasi: Pantai Lapyahan.

With one of them.

Sahabat, nanti bila kau terpilih masuk ke Syurga-Nya yang Maha Agung,
Maka, carilah aku, teman.
Andai kau tidak menemui aku, mohon kau tanyakan pada Tuhanmu. Tentang aku.

-THE END-