Kali ni aku cuma nak share sikit jer
pengalaman aku...ada 'miracle' yang berlaku pada bulan Januari2013
pada diri aku....sekadar share je ^-^
hmmm, aku nak tanya..
bila last korang demam paling teruk
seumur hidup?
Masa aku kecik2 dulu, aku penah kena
demam campak, seksa la jugak..mujur ada mak yang rawat aku..mak aku
ni, sebenarnya adalah mak long aku.dia la yang jaga aku masa kecik2
atas amanah arwah mama sampai aku umur 6 tahun.kalo x silap la..
walaupun masa tu aku demam campak, but at least ada jugak hamba Allah
yang sudi tengok2kan aku..SAYANG MAK!! :)
Alkisahnya bermula apabila aku telah
memberi nama untuk menyertai pertandingan syarahan sempena Minggu
Penghayatan Islam di KMS tapi beberapa hari lepas tu, sekali lagi
aku deman..bukan demam biasa tapi DEMAM+ SELSEMA+BATUK.
Aku demam sampai x de kekuatan nak
bangun solat tapi aku gagahkan juga masa waktu solat dah nak
abes.bukan sengaja tapi terpaksa..melewatkan solat zohor dan
mengawalkan solat asar..begitu juga solat maghrib dan isyak..
bukan tu je..sebarang makanan solid
langsung x boleh masuk tekak aku.. kalo aku lapar sangat, aku makan
bihun sup je..sampai la pada suatu hari ni, sorang tauke kafe sebelah
kiri asrama aku. dengan suaraku yang sengau(selsema) batuk kuat
giler, mungkin dia perasan kot, then dia kata
“akak ada buat bubur nasi kat kamu,
lunch nanti jangan lupa datang tau”
Allahu Akbar!! baik sungguh
dia...semoga Allah murahkan rezekimu kak.. ^_^
Dan yang paling x tahan sekali, batuk
aku teruk sgt.sampai aku terpaksa keluar dari dewan kuliah Biology
SAMPAI 3 KALI!!! aku x nak ganggu orang laen. Sebab aku punya pasal,
satu dewan kuliah termasuk la lecturer sekali....kenal aku..
Inilah sakit yang paling teruk yang
pernah aku hadapi .BERSEORANGAN pulak ...macam tu la aku fikir
dulu..rupa-rupanya tidak..aku masih punya Allah ^_^
Dan masa tu jugak, aku sudah terfikir
untuk tarik diri drpd menyertai pertandingan syarahan...
Tapi teks aku dah siap ditaip. penat
sahabat2 kesayangan aku tolong taipkan untuk aku, Terima kasih kepada
roommate dan best friend aku, tidak lupa juga buat abang2ku yang
hensem (pengsan), abg mer dan abg can..sempat lagi dorang bagi
semangat kat aku masa kitorang berjalan-jalan bersama kat tepi
pantai at Pantai Kelanang., Banting :)
Semoga Allah membalas jasa baik korang
dgn rahmat kasih sayang-Nya..so...x kan aku senang2 jer nak tarik
diri?????
Saat itu, aku angkat tangan...mohon
keampunan daripada Kekasihku, aku tahu,ujian ini mungkin adalah
kafarah dosa,mungkin juga 'reminder;
dari-Nya supaya aku x lalai drpd mengngati-Nya..
Aku mohon kpd-Nya agar dipermudahkan
segala urusan. ayat seribu dinar aku x penah lupa baca setiap kali
lepas solat.. walau sesibuk mana pun..
Alhamdulillah..2 hari SEBELUM
pertandingan syarahan, demam aku dah sembuh sepenuhnya. Tapi batuk
dan selsema hampir pulih tapi sengau suaraku masih kedengaran
sikit2...hehe.
Setengah jam sebelum pertandingan,
barulah aku berlatih betul2..haha..
Dan pertandingan bermula.
Giliranku berbicara,
Aku masih lagi batuk2
Tapi itu sikit pun x mengganggu
kelancaranku berkata-kata..
x tengok teks langsung, alhamdulillah..
Rasanya dalam kalangan 12 orang peserta
tu..aku sorang je yang batuk2. segan tu jangan cakapla..
Allah Maha Penyayang, Maha Mendengar
doa hamba2Nya..
Actually, aku x target pun untuk
menang, I just want to try something new...
Malam penutup Minggu Penghayatan Islam
tu...tempat ketiga dan kedua disandang oleh sahabat2ku..then aku
malas la nak mengharap untuk menang.
”x de rezeki la kot kali ni”, aku
monolog sendiri.
Tapi sangkaanku meleset apabila
pengacara majlis mengumumkan namaku sebagai sang juara.sampai bergema
Dewan Antares dengan kelantangan suaranya..siap dengan 'sound effect'
lagi haha... Allahu Akbar..
THAT TIME, SERIOUSLY, I'M
SPEECHLESS!!!
Sehari aku telah dilamar oleh
oleh Presiden Kelab Pengacaraan untuk menjadi PENGACARA Malam
Mahabbah Gaza, antara event TERpenting di KMS...yang
mana, pada malam tersebut, pihak KMS telah menjemput seorang
profesor, wakil Aqsa Syariff yang juga mantan Timbalan Presiden IKRAM..(aku lupa namanya) untuk menceritakan
pengalamannya dan menyuntik semangat kami untuk membantu keluarga
kita di Gaza...aku handle slot kutip derma..kena tarik perhatian orang untuk derma..alaa..mcm bagi syarahan.. :)
Kalo kat sekolah dulu, aku pernah
bercakap dihadapan 100 orang pelajar.
Tapi kali ni...aku terpaksa bercakap di
hadapan WARGA KMS= LEBIH 2000 ORANG!!!
walaupun ada sikit masalah teknikal, but it's okay.. I did my best already! :)
Then aku tanya presiden kelab pengacaraan..''berapa kita dapat malam ni untuk diberi kpd Aqsa Syariff??''
Dengan selamba dia jawab''hmm..alhamdulillah...ada la dlm RM 3000''
Masa tu, biji mata aku hampir2 nak terkeluar je....mcm dalam citer cartoon.
walaupun ada sikit masalah teknikal, but it's okay.. I did my best already! :)
Then aku tanya presiden kelab pengacaraan..''berapa kita dapat malam ni untuk diberi kpd Aqsa Syariff??''
Dengan selamba dia jawab''hmm..alhamdulillah...ada la dlm RM 3000''
Masa tu, biji mata aku hampir2 nak terkeluar je....mcm dalam citer cartoon.
Ada jer video n gambar2 aku malam
tu..biarla video tu tersimpan rapi dalam laptop baru aku ni..haha.
Gambar tu nanti buat profile picture kat fb..malam tu aku pakai
mafla...MAFLA SPECIAL FROM GAZA..^_^
Korang tahu x MAFLA yang aku pakai tu
kepunyaan siapa???
Salah sorang pengacara tv Al-Hijrah..
p/s: bakal kakak ipar ni..insyaAllah..
^_^..