Friday, 14 February 2014

The Innocent

Assalamualaikum semua..

‘The Innocent’?? hmm..sapa yg innocent? Haa.. kalo nak tahu..baca sampai abes..skimming pun x pe..asal baca. J
Korang suka kucing? 

“Errr… gelilah.. sbb kucing ni boleh bawak penyakit”.. kak oi.. kalo jaga elok..bagi mandi, syampo n rajin wat medical check kucing tu kat hospital, penyakit x kan datang la dari kucing tu dgn izin Allah..

“Hmm..malaslah”. oKay. Jom tengok akhlaK Rasullullah, dan para sahabat terhadap makhluk Allah yg istimewa ni.

1) Air liur kucing kotor ke?

Pada suatu hari, Baginda Rasul  hendak mengambil wuduk untuk menunaikan solat. Baginda melihat seekor kucing yg sedang minum air di tempayan yang akan digunakan oleh Baginda untuk berwuduk.
Baginda menunggu hingga kucing tu selesai minum, kemudian Rasulullah berwuduk menggunakan air tempayan tersebut.

Kalaulah air liur kucing tu najis, dah lama dah Rasulullah SAW x guna air tempayan tu..

3) Macam biasa, Abu Hurairah, salah seorang perawi hadith yg x kurang femesnye..bersama sahabat2 Nabi SAW yg lain akan berkumpul untuk menuntut ilmu drpd Baginda. Abu Hurairah ni saaaaaaaaaangat suka kucing. Asal jumpa kucing je, dia mesti letak miaw tu dalam jubah lengan dia. Orang arab badan besa weeehh.. entah berapa ekor anak kucing boleh masuk.. hee ^_^ 

Lalu Baginda SAW melihat ada something yg bergerak-gerak dalam lengan jubah Abu Hurairah ni dan Rasulullah pun Tanya la.. then Abu Hurairah jawab, ada kucing dalam lengan jubah dia.. Sebab tu Nabi SAW gelarkan dia Abu Hurairah. 
 I'M A CAT LOVER. 

Okay..sekarang ni aku nak perkenalkan kucing-kucing aku pulak.. masa kat usim, dorang la penghibur hatiku kala duka dan lara.

1) Hai, nama saya Bella. Sebenarnye.. saya tersesat kat banggunan Canselor Usim.. lebih kurang 500 m dari asrama. Kebetulan saya terjumpa dgn Asiah yg terpaksa balik jalan kaki sbb bas x de.. dia la yg bawak saya balik asrama Kolej Kediaman 1.


Kat tempat baru saya ni, ramai orang suka bagi saya makan, siap bagi mcm2 nama timangan lagi.
Saya jugak ada ramai kawan n masa musim mengawan, hampir semua kucing jantan cari saya. Pakai GPS n Waze pulak tu. Saba je la.

One day..
 Bella comes to me and

It bites my finger( bajet gigi tajam ^_^)



2) Hellooo..Namo eden Umar. Walaupun eden Nampak garang, tapi manja gilerr.. sbb tu eden  ada ramai  aweksss..antaranya, Bella, Honey n Yong Le.



Hobi unik eden
    
3) Assalam. Nama I Hani  tpi Asiah panggil aku Honey.  I pun x paham kenapa haha.


Dalam banyak2 kucing kat USIM ni, I’m the only one yg pernah tidur dgn Asiah. Jangan risau. Sebelum dia tidur dgn I, dia ‘scan’ I habis-habisan sampai konfem x de kutu n lain2.  ^_^

Honey, Good Night :)

4) Hoi.. Nama aku Yong Le. Kenapa nama aku mcm cina?  Kalau Honey x paham kenapa nama dia Honey, aku lagi x paham kenapa nama aku Yong Le haha. Mungkin sbb muka aku mcm cina2 sket kot. Maybe.

I love to sleep under green leaves. Bagus x? hee~
________________________________________________________

Mesti korang dah familiar kan tengok kucing kat restoran dok mengiauw-ngiaw mintak makanan. Betul x? 

So, apa korang buat? Sepak n halau kucing tu? Allah2..janganla..

Kalaulah kucing tu paham bahasa melayu, 

Kalaulah kucing tu boleh BERCAKAP bahasa melayu,

Mungkin dia akan cakap mcm ni, 

“aku ni nak mati dah ni sbb x makan lama sangat, korang mampu beli makanan setiap hari, nak bagi sisa makanan kat aku pun kedekut ke?”.

Kalaulah kucing tu mampu bekerja mcm kita,

Kalaulah kucing tu ada income sendiri,

Dah lama dia boleh beli makanan sendiri, 

X perlu tebalkan muka untuk mintak belas kasihan korang untuk makan walaupun hanya  sisa makanan. Hanya kerana dia kucing jalanan yg kotor dan busuk L .



 
May Allah bless you brother  J

Semoga Allah murahkan rezeki pak cik. Ameen J  

For your information, orang kat Syiria sana, I mean, Mujahidin yg x cukup makanan pun x berkira nak kongsi makanan dgn kucing walaupun dorg sendiri kekurangan makanan TAHAP KRITIKAL


Moga Allah beri kemenangan kepada Mujahidin di Syiria, Palestin dan seluruh dunia. Allahu Musta-a’n. Hasbunallahu wani’mal wakeel!!!

   I love this picture :)

Rasulullah, para sahabat, ummul mukminin (isteri2 Nabi SAW) dan para ulamak pun sayang pada makhluk Allah yg comel dan manja ni, janganlah kita melayan dorg dgn kasar seperti sepak, pukul n so on kecuali kalo kucing tu mmg gangster n x de langsung sifat kekucingan. 

Ya, kucing x de akal mcm kita tapi dorg juga punya hati dan perasaan. Mahu menyangi dan disayangi.

Oh ya, kajian telah menunjukkan bahawa dengan memelihara haiwan mcm kucing ni boleh kurangkan stress n sometimes kucing sangat memahami mood owner nye..  J

“Bagai anjing dengan kucing”?

walaupun anjing adalah binatang kategori najis mughallazoh, tpi dia still makhluk Allah yg ada rasa sayang dan ingin disayangi walaupun dia sendiri tidak berakal. Subhanallah :)


Oppa gangnam style haha!

^_^!

-WASSALAM-