Pada bulan ramadhan yg lalu, aku n 3 orang kawan telah pergi
ke Cebu, Filipina untuk buat program dengan komuniti islam kat sana..
Sebenarnya
kami sepatutnya berlima..dgn sorang lagi member, namanya Amira..tapi dia x
boleh join last minute sbb ada masalah yang x boleh dielakkan..means that, I’ll
be alone..n aku mmg rasa down time tu..dah la first time pegi negara orang
without family..x de muhrim pulak..mmg sedih giler time kat airport (sebelum departure) but I keep saying to
myself “Allah kan ada..everything will be fine..insya Allah” :) )
Lagipun the
three hangol guys are very nice n kind to me :) kejut aku bangun sahur dengan susah payahnya..sanggup ulang alik dari Centre ke bilik aku sampai berapa kali
ntah semata2 nk kejut aku bangun sahur..(jerit dari luar bilik aje)..miskol kat
WhatsUp bagai..haha..dorang bertiga sememangnya lelaki yang sangat baik, cekal dan
tabah dan hangol(makan banyak haha). May Allah bless them ^_^
Dari kiri: Din, Ahmad, me, Amir..
Dari airport nak ke sana amik masa 3 jam I think..sampai
sana..right away lepas kuar kete..aku diserbu oleh kanak2 bagaikan artis paling
popular 2015 hahaha..dorang kat sana sangat mengalu2kan kedatangan orang
luar..n soalan pertama dan bertalu2 diajukan kepadaku..”sister, how old r u?”
hadoi..ingatkan nak Tanya nama dulu..haha..kalo aku kata aku darjah 6 pun dorang
mungkin percaya sbb aku ni kecik orangnyee..haha.okay2..to be honest, I’m 21.
Aku suke menulis tpi x ske tulis panjang2 (erk camane
tu)..sekarang aku akan listkan aktiviti yang kitorang dah buat..
1-Main game dgn budak2
Main pijak belon orang lain..sape orang last yg belon dia x
pecah..dikira MENANG! haha
Orang yang paling semangat main pijak belon ^_^!
2-Buat kelas sains n math.
Aku jgak ada conduct beberapa experiment sains dgn budak2
ni..
Antaranya..
Bouncy Egg (rendam telur ayam dlm cuka selama 2 hari..then
telur tu akan jdi bouncy insya Allah)
Ada je experiments lain yang kitorang buat..antaranya..lukis
arrow atas satu kertas..letak air dlm gelas kaca transparent then..cuba
letakkan kertas tadi kat belakang gelas…n cuba tengok arrow tu dri arah
hadapan..that arrow will shift to opposite direction.(concept reflection) n
ada lagi experiment lain...
-Buat ROKET!
Haa..yg ni budak2 tu paaaling sukee..
Buat roket guna batang
paip, pam basikal, botol air.
3-Ajar dorang mengaji
Belajar ngaji atas simen pun boleh ^_^
4-Alhamdulillah..kami berpeluang on air kat stesen radio sana..kecuali aku la..sbb aku buat recording aje..x mau on air secara live lagi..sbb x de kekuatan lagi..hehe..
Alhamdulillah..aku buat recording pasal nabi Muhammad SAW SAW dan
menjelaskan beberapa perkara yang disalah anggap oleh non muslim terhadap
Baginda SAW contohnya..adakah Baginda SAW kawen ramai kerana nafsu? Kenapa
Baginda SAW kawen dgn Aisyah ketika Aisyah berusia 9 tahun? Kerana nafsu
jugakah? Adakah Baginda menggalakkan umat islam membunuh orang yang x bersalah
secara mengkhinzir buta? N so on..
Aku juga bercadang nak buat recording lagi pasal Al-quran
dan mukjizat2 didalamnya LEPAS buat recording pasal Baginda
SAW..tapiiii…bila aku dengar suara aku sendiri kat corong radio..aku terus rasa
lemah lutut dah..rasa mcm..tak layak aje cakap pasal benda2 ni
sume..huhu..soo..aku harap..next trip yang akan ke cebu boleh sambung pe yang
aku nak buat..insya Allah..
5-Lawat lawat penjara..kat sana kitorang bekerjasama dgn
brother Aiman, seorang PENDAKWAH berbangsa arab mesir yang tinggal kat sana..
Kat penjara tu, antara aktivtiti yg kitorang buat ialah..FEEDING PROGRAM, camane nak solat dgn betol
n peluang juga terbuka kepada penghuni penjara yang ingin bertanya apa2 saja
persoalan tentang islam..antara soalan yg ditanya..adakah islam menggalakan
umatnya menjadi terrorists?hmm..soalan yang menarik..
Aku rasa aku x buat apa2 pun datang sini..cuma pinjamkan laptop aku untuk pasang video yang bermanfaat kpd penghuni disini.
Aku rasa aku x buat apa2 pun datang sini..cuma pinjamkan laptop aku untuk pasang video yang bermanfaat kpd penghuni disini.
Wif sister mariam..dia la peneman setia aku g mana2...^_^
Feeding Program
Walaupun nama tempat penjara..tapi tempat dia saaangat cantik..maksud aku kat luar penjara tu laa..dalam penjara ada apa..haha..
6-Bukak puasa kat rumah Brother Aiman, arab mesir yang
menetap kat sana.Dia seorang pendakwah tegar i think..seorang yang saaangat baik.suka ajak orang datang rumah dia..makan2..suke menyantuni penduduk disana..walaupun non muslim..senang citer..dia mmg baiklah.
.
Dengar Tazkirah drpd Bro Aiman lepas solat tarawikh..Menyantuni non muslim yang sebaya dgn aku..sudah beranak satu bah..haha
Rumah dia ‘special’ sikit..sbb dia bela baaaaanyak sangat
anjing kat rumah dia..alasan dia..nak jaga keselamatan rumah dia..tapi perlu ke
anjing yg sgt banyak?okay2..terpulang kat dia..
Kalo korang berpeluang ke rumah dia..baru mati enjin kereta
je pun, x sempat bukak pintu kete lagi… anjing2 yang gebu gaban tu dah tunggu
kat luar kete nak sambut korang ..anjing
tu sangat jinak.
Nak kata betapa
excited nye anjing2 tu nak jumpa korang..The dogs will be welcoming u very well..kalo
anjing tu gigit pun.alaa..gigit manja..sempat la aku lari keliling rumah 4 5 round..haha..
Rumah dia 3 ke 4 tingkat entah..aku x ingat..sebelum bukak
posa..kitorang naik ke tingkat atas skali..tgok view sekeliling..sbb rumah dia
paling besar n tinggi kat situ..alang2 tu..bosan tengok sunset yang saaaangat
cantik.. ^_^
Aku nampak je macam tido..tapi..tadabbur alam sebenarnya..^_^
Gamba mahal ni..thanks photographer! ^_^
7-At the same time, kitorang juga bertemu dgn sorang pakcik
yang berasal dri Malaysia yang menetap kat sana.. kitorang speaking English dgn
org sana ..
Bersama pak cik Haris ^_^
So..bila jumpa org Malaysia..boleh cakap melayu dengan
bangsa sendiri..rasa heaven kejap..^_^
8-Mandikan dorang n pakaikan baju baru..
Mandikan dorang bersih2..n pakaikan dorang baju baru..baju2 aku, my little sis n kawan2 yang masih cantik lagi,,baju2 kurung yang aku masih boleh guna n still pakai pegi kuliah(the gold one)..masih lawa lagi baju tu..tp kasi je la kat dorang..bukan senang dorang nk pakai baju baru ^_^
9- Honestly, aku
suka budak2 kat sini..the girls like to walk with me, sing n dance with me,
joking with me, hugging me while walking, always ask me”sister, what can I do to
help u?”, they also offer me to learn their own language, Tagalok and teach me how to climb a tree hahaha.banyak yg
dia ajar..tapi aku ingat 3 words aje..Guapo(handsome), Ngipin(gigi) dgn
Hangol(kuat makan)..to be honest, they r very nice community..
“For u sister”, Sarimah..waaaahh..first time dapat bunga
fresh..ada sorang lagi.kasi aku bunga jugak..bunga kaler putih..sumpah aku
TERHARU..waaa..nak nanges..may Allah bless them all ^_^
Menyantuni golongan non muslim n kanak2 yang tak posaa..
10-Malam sebelum pulang ke tanah air..kami buat bbq n selfpie
banyak2..budak2 tu minx stay sampai raya..tapii..apakan daya.. :'(
Tengok movie kat kawasan padang..cc: Din
11-Balik mesia..SEHARI SEBELUM RAYA..mmg sedih giler
r..sob2..ktorang naik flight dri cebu, filipina pkul 3 ptg n sampai kat
malaysia pkul 7 lebih dekat2 bukak posa..
I wish to come here again next time..insya Allah..
Alhamdulillah..selamat sampai KLIA2..
Then kitorang berbuka kat KFC klia 2 sebelum naik BAS ke Kl
Sentral..masa dalam bas.kawan aku pasang lagu2 raya..mmg sayu gler time tu..sob2..haha..
Then..dari KL Sental.. kitorang naik KTM ke rumah masing2..
Alhamdulillah again selamat sampai rumah n sambut first raya dgn
family.. ^_^
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.Moga Allah menerima semua amalan kita..amin :)