Saturday, 28 July 2018

Bidadari Yang Dirahmati

Assalam alaikum semuaa..moga anda dalam keadaan baik2 saja hendaknya.

Sejujurnya, aku tak tahu nak start macammana. Tapi aku tulis jugak lah apa yang terlintas dalam kepala aku sekarang ni.

Seringkas yang mungkin. Insya Allah.

** Aku ada 6 orang kakak. 
                                                 Aisyah
                                                 Munirah
                                                 Norainy
                                                 Fatimah
                                                 Khadijah
                                           Maryam Hanani.

They are the best sisters i ever had. Moga Allah rahmati mereka semua. Amin.

Sekarang ni aku nak cerita tentang kakak aku no 6-Maryam Hanani. 

To my beloved sister, i dedicated this post specially for you. Aku tak kesah orang lain tak nak baca, tapi aku harap hang baca la post ni. Kalau tak baca, aku merajuk haha.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

1- Zaman Sekolah Rendah.

Jarak umur aku dan dia hanya satu tahun je. So we have spent most of our childhood together dari zaman sekolah rendah lagi.

She is so kind, caring, loving (but sometimes annoying) and the list goes on.

I still remember one night in 2005 (darjah 5). Aku pegi tusyen kat kuaters guru sebelah sekolah rendah aku. Selalunya pukul 10 malam, umi or papa akan datang ambik aku balik rumah. Tapi....

Malam tu, aku tunggu sampai hampir pukul 11 malam, still takde sapa datang. Sampai aku putus asa dan decide nak balik sendiri jalan kaki. Baru dua tiga langkah. Aku nampak kakak aku ni.. datang naik basikal termengah-mengah. Semata-mata nak ambik aku. Dan hantar aku pulang ke rumah.

Bila balik rumah, aku tengok semua orang tengah tidur. Penat mungkin. Kalau dia tak datang malam tu, entah apa jadi dengan aku. Saat semua orang tengah tidur nyenyak kat rumah, dia masih teringatkan aku tak balik tusyen tengah malam. Terharu gila. Sampai tua aku ingat.

2- Zaman Sekolah Menengah.

Okay. Ini kemuncak zaman aku mencari identiti diri. Atau dikenali sebagai zaman zaman jahiliah aku. 

Time ni jugak Allah uji aku macam2..yang aku fikir..ujian itu terlalu perit bagi budak kecil seperti aku (ketika itu). Malas nak ulas panjang pasal ni atau aku akan menangis tak behenti.

Sebenarnya, aku masuk sekolah tu bukan sebab papa aku YDP PIGB ketika itu. Tapi sebab lain. Sebab yang kuat dan dekat dengan hati aku.

Bila "sebab" yang menjadi motivasi terkuat aku sudah tiada, maka aku mula hilang fokus. Malas belajar. Ada rasa nak tukar sekolah. Maka, result aku down teruk.

Kesian papa aku. Semua guru complain pasal aku. I'm sorry papa.

Kakak aku selalu naik pentas, dapat anugerah cemerlang. To be honest, aku jeles la jugak. Papa selalu kata, "Asiah kena jadi macam Nani, jadi orang berjaya". 

Papa selalu jadikan kakak aku sebagai inspirasi aku supaya berjaya dalam SPM. But it did'nt work for me. Huhu. Kakak aku tak salah dalam hal ni. 

She did being good example for me. Aku cuma mampu melihat je lah.. dia naik pentas hampir tiap-tiap tahun dapat anugerah cemerlang.

One of the reason is, i'm not interested to study science. Plus aku sangat elegik Math. 

Itu bukan minat aku. 

3- Zaman Kolej Matrikulasi.

Aku penah join Pertandingan Syarahan disana. Time tu aku tengah sakit teruk. Sakit tonsil. Memang mati-mati aku pikir...mungkin dapat sijil penyertaan je lah.

Sekali nama aku dipanggil sebagai Juara Pertandingan Syarahan peringkat Matrikulasi Selangor. I was like, "Am i dreaming?'. My inner self said, "No, you are not".

Time tu muka aku terpampang kat skrin besar. Semua orang tengok aku. Dengan cahaya gemerlapan sini sana. Aura popular sangat terasa. 

Rasa cam segan pun ada. Sebab ini pengalaman pertama. 

Dan kakak aku antara manusia yang support  time aku sakit tu, she did appreciate the talent i have. Thank you so much, sister.

4- Zaman Universiti.

Buat pertama kalinya, aku dapat belajar bidang yg aku minat. Penah dapat Anugerah Dekan. Alhamdulillah.

Hari pertama datang ke USIM. Kakak aku hantar. Cuba teka dia bawak kete ape? Hmm..cuba lagi. Dia hantar aku pergi USIM naik Hilux. Yes. HILUX. Haha.

Okay, aku cuma nak higlight 4 point pada zaman uni aku iaitu...

i- Kakak aku adalah manusia pertama yang take action selepas mengetahui "Hikayat Ultraman" aku bersama Ahmad. (Boleh rujuk post aku sebelum ni)

Dia banyak bantu aku untuk move on. Wallahi, i owe her a lot.

ii- Banyak bantu aku masa buat praktikal kat Sabah. Bawak aku jalan-jalan. Makan sedap-sedap. Perkenalkan aku dengan Geng ABIM Sabah dan housemate asrama yang super duper AWESOME. (moga Allah rahmati mereka semuanya).

iii- Bantu aku practice bawak kereta malam-malam sehari sebelum aku test jpj. 

iv- Dia antara manusia yang paling banyak Sabar dengan perangai aku yang entah ape-ape ni. Hanya Tuhan saja yang membalasnya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------


Sebenarnya ada banyak lagi nak tulis. Tapi tak apa lah. Hang bukan suka baca panjang-panjang pun kan? Haha

Btw, she just got married last Syawal. 

To Abang Wan Sabahan, please take care of her. If anything happen, i know where to find you.

To my beloved sister, Nani. People always asking me, " Nani dah ......., asiah bila lagi?". 

They FORGET that WE have different story lines. Different timelines. And I'm waiting for my times. It's okay. I don't care bout what people say. I'm totally FINE.

Aku bahagia dengan diri aku sekarang. Dengan segala nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah.

Cuma minta hang doakan yang baik-baik saja.

Semoga Asiah bt Abdul Razak berjaya gapai impian-impiannya. Bantu dia bangun saat dia hampir rebah dan mengalah.

Moga Allah redha dengan kita semua. Dunia dan akhirat. Allahumma AMIN.

 -THE END-