Sunday, 12 February 2017

Hikayat Ultraman



Assalam alaikum semuaaaaaaa….

Agak lama aku menghilangkan diri..hampir setahun jugak ..

Now, I’M BACK!!! Haha

Sepanjang tempoh aku menghilangkan diri ni..macam macam dah jadi kat aku. Yang memberi impak yang sangat besar kepada hidup aku. Daripada extrovert jadi introvert (???), lebih berhati hati berbicara dengan manusia, susah jatuh hati dan banyak la. Seteruk ini kan aku. Hahah

Apa dah jadi dengan aku sebenarnya? hurm..aku pun x tau..nak mula camane emm..

1  1-    Aminah adalah seorang aktivis kemausiaan dan suka membantu masyarakat yang memerlukan. Ramai lelaki cuba dekati dia, tapi dia buat tak tahu je, malas nak layan. Sebab dia rasa, bukan masanya lagi untuk bercinta. Menahan perasaan jatuh cinta sedaya upaya supaya perasaan suka tidak kena pada ORANG dan  MASA yang salah.

Pada suatu hari, setelah menyertai misi kemanusiaan bersama mahasiswa2 Jordan .. Ahmad, pelajar perubatan yg juga salah sorang peserta program, jatuh suka dengan perwatakan Aminah yang berhati mulia, ceria dan sukakan kanak-kanak.

Lalu dengan berani dan konfidennya, Ahmad menyampaikan hasratnya pada Aminah via facebook. Melamar untuk dijadikan permaisuri hati. Aminah Cuma kata, “kalo nak berkawan bolehla..lebih dri tu..emm..CANNOT” indirectly. Tapi Ahmad buat buat tak paham dan masih tak putus asa. Macam2 la dia buat. 

Lepas tu  Aminah cam tersentuh hati melihat effort Ahmad, pastu camne ntah boleh TER suka kat Ahmad tapi dia takut perasaan tu palsu. Means dia takut kalo dia jatuh hati pada orang yang salah. But she fall in love with him already. 

Then Aminah mintak SETAHUN untuk berfikir masak2 sebelum memberi jawapan. He agreed. Ahmad kata, setahun tu kejap sangat. 

Selama setahun tu, Aminah mintak tolong kawan baik dia kat Jordan, Mat Lam untuk merisik siapakah Ahmad yang sebenarnya. Apa yang Mat report kat dia semua baik baik, bagus bagus. Sampaikan dia pernah kata kat Aminah, “ kalau aku jadi kau, aku terima je dia”.

Dan selama tempoh itu juga, Aminah Berjaya dalam pelajaran, boleh dapat score dengan baik dan target pointernya tercapai. Siap dapat offer buat Master drpd Timbalan Dekan fakulti dia lagi. Heheh.

Tak lama lepas tu, dia dapat tahu Ahmad sudahpun bertunang dengan seseorang, namanya Laila. She asked him, kenapa jadi macam ni? He said, dia TER suka kat Laila sebab dia ceria orangnya, suka bantu Syrian refugees kat sana( Jordan) dan banyakla.

Rasa hati bagai dipatah berkeping keping. Kemudian dihempuk dengan kapak hingga hancur selumat-lumatnya.

BUT ITS OKAY..at least dia tahu betapa sayangnya Tuhan padanya, hingga dia diselamatkan oleh-Nya, daripada kawen dengan lelaki macam ni.

Itu juga satu nikmat, bukan?
__________________________________________
Beberapa bulan lepastu, she got to know Ahmad sudah putus tunang dengan Laila pujaannya. 


Dear “Ahmad”,  aku doakan semoga kau boleh belajar sesuatu. U know what I mean, right?
 
     2-   Pada ../11/2016 yang lalu, bondaku telah kembali pada Tuhannya. Dia lah yang jaga aku dari kecik sampai besar. Tak terkira jasanya sepanjang membersarkan aku.

Mak aku memang dah lama masuk hospital kat alor setar, kedah. 

Aku pernah telefon mak masa dia masih kat hospital, tapi kakak aku yang angkat, katanya mak terlalu lemah. Makan tak lalu, celik mata pun susah. I told her, aku akan datang LUSA sebab nak submit thesis proposal. Aku akan pulang secepatnya. 

Sepanjang aku siapkan proposal tu aku menangis non-stop. Sebab teringatkan mak.
Esoknya, aku bangun pagi dan aku dapat berpuluh-puluh miskol. Banyak jugak orang yang sms dan wasap aku, kata, mak aku dah takde. 

Air mata aku tumpah lagi. Kali ni lebih lebat. Bagaikan tidak mahu berhenti.
Kematian mak bagai melumpuhkan semangat aku untuk teruskan hidup. 

Dulu, aku pernah kata kat kawan baikku, “aku takleh bayang kalau mak aku dah takde”. Dan sekarang, she’s gone. And I’m still alive. Hidup perlu diteruskan, right? Huhuhu.

See you in a better place, mom. See you in Jannah.

Kali ni aku mengalami heartbreak yang double triple sakitnya selepas cerita yang pertama tadi.

Aku akan buat satu post khas untuk mak aku. I will publish it soon. Insya Allah.
  
3-   Beberapa bulan kemudian, aku menyertai misi kemanusiaan di Cebu Madinah, Philippines. Sambut raya korban kat sana. Tu la first time aku sambut raya kat oversea.


Seaweed masak air asam


Actually, penduduk Cebu Madinah ni kebanyakannya miskin dan tinggal di rumah setinggan. Susah nak makan mewah2 tapi dorang kaya dengan seafood. Sebab tempat dorang sangat dekat dengan laut.  So sempat la aku merasa seaweed fresh dari laut. Seafood kat sana besar-besar. So makan la sampai muak hahah.

Ceritanya bermula apabila aku pulang dari program pengagihan daging korban kat kampong sebelah Cebu Madinah. Aku kepenatan yang amat sangat. Sampai bilik aku terus tido. Orang lain semua pegi event tahunan kat Philippines. Aku pun tak tahu event apakah itu tapi Nampak cam menarik la..sampai ramai orang turun di jalanan dengan kostum warna warni. Tapi aku pilih untuk tidur di bilik. Alone.

Sebelum tu aku nak bagitahu, pintu bilik kitorang tak boleh kunci, tutup pun tak boleh. Aku pun tak tahu kenapa. Better than men, yang kena tidur kat masjid sebab takde bilik. Masjid pulak open-air. Malam-malam memang kena tahan kesejukan.

Sambung cerita, bila aku dengar azan Asar, aku bangun nak solat. Masa ambik wuduk, nak sapu bahagian tangan kanan, aku baru perasan gelang emas pemberian arwah mak aku, yang aku pakai selama hampir 4 tahun HILANG!!!!!

Memang kecoh satu Cebu Madinah tu yang gelang aku hilang. Aku pun dah buat macam macam, antaranya reward 1000 peso (RM 100) pada sesiapa yang jumpa gelang aku. Ramai jugak la yang sahut tawaran aku. Tapi still tak jumpa jugak.

By the way, kawan lelaki aku pun ada cerita, duit dia hilang masa dia tidur kat masjid. Banyak jugak duit dia tu. Hurm..Dan banyak la cerita kes kecurian ni. And I’m the worst.  

Sampai la aku dah balik Malaysia. Beberapa bulan lepas tu, baru kawan aku kat Philippine tu bagitahu cerita sebenar.

Kawan dia, Joanah ada nampak sorang perempuan, mak budak dah pon, pakai gelang aku. Bila Joanah mintak gelang aku kat that macik tu, 

She said, dia dah JUAL GELANG AKU KAT CEBU CITY. 

Hurmmmmm…mak aku baru meninggal bulan lepas pastu ko nak jual gelang mama aku pulak? Apa jenis manusia ko ni ha? Ko jual gelang aku sebab nak duit kan? Duit tu akan habis..ko curi sebab nak puaskan nafsu..sedangkan nafsu tak akan pernah puas.

Aku tak tahu nak cakap apa dah! Semoga pencuri dapat hidayah Allah. 

                                               Kenangan......

Tahu je dia orang miskin, ramai orang senasib dengan dia kat Cebu Madinah tu. Faham kenapa dia mencuri. Tapi Arghhhhhh!!!! Aku tak tahu nak marah ke sedih sekarang ni.
Kepada kakak-kakak dan abang-abang aku yang sedang baca blog aku sekarang, Cuma nak cakap,

“Adik mintak maaf, sebab tak boleh jaga gelang arwah mama dengan baik. I’m careless. I do. I’m useless and hopeless. I’m not a good daughter and I’m BAD. Please Don’t Forgive Me” (crying).
__________________________________________


  


Semua cerita diatas berlaku pada tahun 2016. Tahun Kesedihan. Yang memberi impak besar dalam hidup aku.

Setiap kali aku update post kat blog, aku akan share kat Facebook. But this time, I wont do that. 

Setiap kita ada cerita masing masing. Ada jatuh dan bangun. Entah berapa kali jatuh. Kemudian bangun kembali.

Aku Cuma harap, diri aku dan kamu akan menjadi lebih KUAT. Macam Ultraman yang selalu kena belasah dengan raksasa. Sampai dia dah nak mati, nyawa nyawa ikan. Pastu dia bangun balik dengan kekuatan luar biasa, sampai kadang bertukar warna. Jadi lebih KUAT. 

Maka contohilah Ultraman. Sekian.