Assalam
alaikum semuaaaaaaa….
Agak lama
aku menghilangkan diri..hampir setahun jugak ..
Now, I’M
BACK!!! Haha
Sepanjang
tempoh aku menghilangkan diri ni..macam macam dah jadi kat aku. Yang memberi
impak yang sangat besar kepada hidup aku. Daripada extrovert jadi introvert (???),
lebih berhati hati berbicara dengan manusia, susah jatuh hati dan banyak la.
Seteruk ini kan aku. Hahah
Apa dah jadi
dengan aku sebenarnya? hurm..aku pun x tau..nak mula camane emm..
1 1- Aminah adalah
seorang aktivis kemausiaan dan suka membantu masyarakat yang memerlukan. Ramai
lelaki cuba dekati dia, tapi dia buat tak tahu je, malas nak layan. Sebab dia
rasa, bukan masanya lagi untuk bercinta. Menahan perasaan jatuh cinta sedaya
upaya supaya perasaan suka tidak kena pada ORANG dan MASA yang salah.
Pada suatu hari, setelah menyertai misi kemanusiaan bersama mahasiswa2
Jordan .. Ahmad, pelajar perubatan yg juga salah sorang peserta program, jatuh
suka dengan perwatakan Aminah yang berhati mulia, ceria dan sukakan
kanak-kanak.
Lalu dengan berani dan konfidennya, Ahmad menyampaikan hasratnya pada
Aminah via facebook. Melamar untuk dijadikan permaisuri hati. Aminah Cuma kata,
“kalo nak berkawan bolehla..lebih dri tu..emm..CANNOT” indirectly. Tapi Ahmad
buat buat tak paham dan masih tak putus asa. Macam2 la dia buat.
Lepas tu Aminah cam
tersentuh hati melihat effort Ahmad, pastu camne ntah boleh TER suka kat Ahmad
tapi dia takut perasaan tu palsu. Means dia takut kalo dia jatuh hati pada
orang yang salah. But she fall in love with him already.
Then Aminah mintak SETAHUN untuk berfikir masak2 sebelum
memberi jawapan. He agreed. Ahmad kata, setahun tu kejap sangat.
Selama setahun tu, Aminah mintak tolong kawan baik dia kat Jordan, Mat
Lam untuk merisik siapakah Ahmad yang sebenarnya. Apa yang Mat report kat dia
semua baik baik, bagus bagus. Sampaikan dia pernah kata kat Aminah, “ kalau aku
jadi kau, aku terima je dia”.
Dan selama tempoh itu juga, Aminah Berjaya dalam pelajaran, boleh dapat
score dengan baik dan target pointernya tercapai. Siap dapat offer buat Master
drpd Timbalan Dekan fakulti dia lagi. Heheh.
Tak lama lepas tu, dia dapat tahu Ahmad sudahpun bertunang dengan
seseorang, namanya Laila. She asked him, kenapa jadi macam ni? He said, dia TER
suka kat Laila sebab dia ceria orangnya, suka bantu Syrian refugees kat sana(
Jordan) dan banyakla.
Rasa hati bagai dipatah berkeping keping. Kemudian dihempuk dengan kapak
hingga hancur selumat-lumatnya.
BUT ITS OKAY..at least dia tahu betapa sayangnya Tuhan padanya, hingga
dia diselamatkan oleh-Nya, daripada kawen dengan lelaki macam ni.
Itu juga satu nikmat, bukan?
__________________________________________
Dear “Ahmad”, aku doakan semoga kau boleh belajar sesuatu. U know what I mean, right?
2- Pada ../11/2016
yang lalu, bondaku telah kembali pada Tuhannya. Dia lah yang jaga aku dari
kecik sampai besar. Tak terkira jasanya sepanjang membersarkan aku.
Mak aku memang dah lama masuk hospital kat alor setar, kedah.
Aku pernah telefon mak masa dia masih kat hospital, tapi
kakak aku yang angkat, katanya mak terlalu lemah. Makan tak lalu, celik mata
pun susah. I told her, aku akan datang LUSA sebab nak submit thesis proposal.
Aku akan pulang secepatnya.
Sepanjang aku siapkan proposal tu aku menangis
non-stop. Sebab teringatkan mak.
Esoknya, aku bangun pagi dan aku dapat berpuluh-puluh miskol.
Banyak jugak orang yang sms dan wasap aku, kata, mak aku dah takde.
Air mata aku tumpah lagi. Kali ni lebih lebat. Bagaikan tidak
mahu berhenti.
Kematian mak bagai melumpuhkan semangat aku untuk teruskan
hidup.
Dulu, aku pernah kata kat kawan baikku, “aku takleh bayang
kalau mak aku dah takde”. Dan sekarang, she’s gone. And I’m still alive. Hidup
perlu diteruskan, right? Huhuhu.
See you in a better place, mom. See you in Jannah.
Kali ni aku mengalami heartbreak yang double triple sakitnya
selepas cerita yang pertama tadi.
Aku akan buat satu post khas untuk mak aku. I will publish it
soon. Insya Allah.
3- Beberapa bulan
kemudian, aku menyertai misi kemanusiaan di Cebu Madinah, Philippines. Sambut
raya korban kat sana. Tu la first time aku sambut raya kat oversea.
Seaweed masak air asam
Actually, penduduk Cebu Madinah ni kebanyakannya miskin dan tinggal di
rumah setinggan. Susah nak makan mewah2 tapi dorang kaya dengan seafood. Sebab
tempat dorang sangat dekat dengan laut.
So sempat la aku merasa seaweed fresh dari laut. Seafood kat sana
besar-besar. So makan la sampai muak hahah.
Ceritanya bermula apabila aku pulang dari program pengagihan daging
korban kat kampong sebelah Cebu Madinah. Aku kepenatan yang amat sangat. Sampai
bilik aku terus tido. Orang lain semua pegi event tahunan kat Philippines. Aku
pun tak tahu event apakah itu tapi Nampak cam menarik la..sampai ramai orang
turun di jalanan dengan kostum warna warni. Tapi aku pilih untuk tidur di
bilik. Alone.
Sebelum tu aku nak bagitahu, pintu bilik kitorang tak boleh kunci, tutup
pun tak boleh. Aku pun tak tahu kenapa. Better than men, yang kena tidur kat
masjid sebab takde bilik. Masjid pulak open-air. Malam-malam memang kena tahan
kesejukan.
Sambung cerita, bila aku dengar azan Asar, aku bangun nak
solat. Masa ambik wuduk, nak sapu bahagian tangan kanan, aku baru perasan
gelang emas pemberian arwah mak aku, yang aku pakai selama hampir 4 tahun
HILANG!!!!!
Memang kecoh satu Cebu Madinah tu yang gelang aku hilang. Aku pun dah
buat macam macam, antaranya reward 1000 peso (RM 100) pada sesiapa yang jumpa
gelang aku. Ramai jugak la yang sahut tawaran aku. Tapi still tak jumpa jugak.
By the way, kawan lelaki aku pun ada cerita, duit dia hilang masa dia
tidur kat masjid. Banyak jugak duit dia tu. Hurm..Dan banyak la cerita kes
kecurian ni. And I’m the worst.
Sampai la aku dah balik Malaysia. Beberapa bulan lepas tu, baru kawan aku
kat Philippine tu bagitahu cerita sebenar.
Kawan dia, Joanah ada nampak sorang perempuan, mak budak dah
pon, pakai gelang aku. Bila Joanah mintak gelang aku kat that macik tu,
She said, dia dah JUAL GELANG AKU KAT CEBU CITY.
Hurmmmmm…mak aku baru meninggal bulan lepas pastu ko nak jual
gelang mama aku pulak? Apa jenis manusia ko ni ha? Ko jual gelang aku sebab nak
duit kan? Duit tu akan habis..ko curi sebab nak puaskan nafsu..sedangkan nafsu
tak akan pernah puas.
Aku tak tahu nak cakap apa dah! Semoga pencuri dapat hidayah
Allah.
Kenangan......
Tahu je dia orang miskin, ramai orang senasib dengan dia kat Cebu
Madinah tu. Faham kenapa dia mencuri. Tapi Arghhhhhh!!!! Aku tak tahu nak marah ke
sedih sekarang ni.
Kepada kakak-kakak dan abang-abang aku yang sedang baca blog
aku sekarang, Cuma nak cakap,
“Adik mintak maaf, sebab tak boleh jaga gelang arwah mama
dengan baik. I’m careless. I do. I’m useless and hopeless. I’m not a good
daughter and I’m BAD. Please Don’t Forgive Me” (crying).
__________________________________________
Semua cerita diatas berlaku pada tahun 2016. Tahun Kesedihan.
Yang memberi impak besar dalam hidup aku.
Setiap kali aku update post kat blog, aku akan share kat
Facebook. But this time, I wont do that.
Setiap kita ada cerita masing masing. Ada jatuh dan bangun.
Entah berapa kali jatuh. Kemudian bangun kembali.
Aku Cuma harap, diri aku dan kamu
akan menjadi lebih KUAT. Macam Ultraman yang selalu kena belasah dengan
raksasa. Sampai dia dah nak mati, nyawa nyawa ikan. Pastu dia bangun balik
dengan kekuatan luar biasa, sampai kadang bertukar warna. Jadi lebih KUAT.
Maka contohilah Ultraman. Sekian.
3 comments:
huhu tak pelah dik, hang camna pon tetaplah adik kami. we do care about you..gelang mas tu mungkin hikayat dia ng hg smpai situja. knani doakn tok laki hg beli gelang mas yg bru sama camtu nt iAllah hehe.. utk lelaki cam ahmad tu aku rasa cam nk bg kasut ja. u deserved someone better.pengajarannya, jgnlah langkah bendul hahaha.
okay, tunggu orang pitas dulu la bhaa hahaha
Pengalaman itu mendewasakan. Heheh harap lepas jumpa ahmad tu cepat sikit proses kematangan mu.i am glad that you can see how Allah loves you. Kak sokmo doakan adik2 semua dijodohkan dgn org yg baik2..tapi adik2 pon kenalah berusaha utk jadi org yg baik sbb itu janji Allah..perempuan yg baik utk lelaki yg baik vice versa.gelang tu sedih kejap sudahla..insyaAllah rezeki dr Allah..Dia nak bagi mudah Dia nak ambik pon mudah. Nanti kak beli gelang yg bertatahkan berlian kat adik satu kat mekah.pakai yg ni senang..org tak curi sbb tak dak second hand value.
Post a Comment