Tuesday, 10 November 2015

A 'Lazy' Winner

Ini kisah manusia luar biasa yang kisahnya tercatat dalam Al-Quran yang kekal sepanjang zaman.. 

Inilah kisah seorang wanita ahli syurga yg disebutkan dalam hadis nabi saw..

Dialah Queen Isonefre..permaisuri kesayangan Ramses II, Firaun yang mengaku dirinya Tuhan!

Dialah Asiah bt Muzahim yang dimuliakan..

Lahir drpd keluarga terhormat, perkahwinanya dgn Firaun adalah arranged marriage antara kedua-dua buah keluarga..(Semoga bakal suami aku orang baik2. Tetibe~)

Sejarah mencatatkan betapa Firaun bertekad membunuh anak lelaki Bani Israel kerana berdasarkan mimpinya- Firaun melihat api menjalar menuju ke Baitul Maqdis atau Jurusalem dan membakar semua rumah orang mesir tetapi tidak pula membakar rumah orang bani Israel..

Maka ahli  takwil istana mentakwilkan bahawa akan tiba kelahiran seorang bayi lelaki drpd Bani Israel yang akan menyebabkan kejatuhan kuasa bangsa mesir..

So Firaun memerintahkan SEMUA bayi lelaki Bani Israel dibunuh selang setahun..tahun ni bunuh bayi lelaki..then tahun depan kalo ada bayi lelaki yg lahir, depa kira selamatlah.then tahun depan..start balik bunuh bayi lelaki..n so on..

Takdir Allah yang menentukan..BAYI LELAKI  yang akan menghancurkan kerajaannya hanyut dalam sebuah peti kecil yang hanyut dibawa arus dan akhirnya tersekat pada ranting2 pokok di istana Firaun..

Dan ketika itu, permaisurinya..Asiah yang mengambil peti itu dan sangat gembira apabila melihat ada bayi didalamnya..sebab dia sendiri tidak dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 6 tahun berkahwin dgn Ramses II..

Bila Firaun tahu pasal baby boy tu..dia cepat2 nak bunuh baby tu..tapi Asiah cepat2 menghalang tindakannya dan berkata: “Dia penyejuk mata hati kepada aku dan juga kamu” (Surah Al-Qasas ayat 9)

Dan apabila Musa telah dewasa..sang ratu menyatakan keimanannya pada yang Esa.. and at the same time.. berusaha menyembunyikan imannya drpd suaminya sendiri yang mengaku sebagai Tuhan.

Sekali lagi..apabila melihat kekejaman Firaun merebus Masyitah dan anak2nya dihadapan mata..melihat sendiri tulang belulang mereka muncul dipermukaan air yg menggelegak hanya beberapa minit saja selepas direbus dalam ‘periuk gergasi’ yang gila panas...Asiah dengan pantasnya berjalan kearah Firaun dan berkata: “Aku beriman dengan Allah..Tuhan aku dan kamu!” 

Firaun dgn tegasnya kata:” ko tahu x apa yang akan jadi bila ko cakap macam tu??”

Asiah dgn tegasnya menjawab:”I know but I don’t care!”

Then, Firaun MENGARAHKAN..

1-Isterinya dipenjara tanpa makan dan minum..
2-Memujuknya supaya kembali ke agama asal-sembah Firaun sebagai Tuhan.
3-Menghinanya secara terbuka dihadapan kerabat diraja dan pelayan istana.
4-Menggantungnya buah dadanya dihadapan ramai orang- I cant imagine this. Wallaaah.
Dan seksaan yang terakhir..
5- Mengarahkan tentera menghempap batu bata dari tempat tinggi keatas badannya yang teramat lemah.

Dan ditakdirkan Allah..sebelum boulder itu menyentuh badannya..Allah sudahpun memerintah malaikat Izrael untuk mengambil nyawanya..

Wallahi aku sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana Sang Ratu menghadapi semua ini..

Bahagialah engkau wahai Sang Ratu!

Kau punya istana mewah, dayang istana yang cantik jelita, emas dan perak usah dikata!

Tapi ternyata hatimu tidak buta..engkau melihat apa yang tidak terzahir oleh mata..

Iaitu nikmat syurga yang selalu kau damba..

Bahagialah engkau wahai Sang Ratu!

Kerana Kekasihmu yang Maha Agung membuka hijab pandangan..memperlihatkan istanamu didalam syurga..

Bahagianyaa..hingga hilang sakitmu saat diseksa..hingga kau senyum sendiri.. :)

Hingga suamimu sendiri tuduh kau gila! Petapa kau terpesona dengan nikmat syurga.. 

Persetankan apa mereka kata..

Oh ya!

Di Muzium Brussel, tersimpan potongan kecil patung Isonefre@Asiah, tertulis kalimah-kalimah unik dan berbeza tertera pada patung isteri Firaun yang lainnya..Tulisannya berbunyi begini:


“Ketika kamu masuk, segenap penjuru ruangan dalam istana merasakan aroma wanginya..

Dia yang menebarkan aroma manis di samping raja yang bersukacita ketika memandangnya..

Dia adalah ratu, permaisuri di dalam istana..”

Moga suatu hari nanti, Allah mengizinkan kita bertemu di Istanamu..di syurga yang kekal, tiada lagi rasa sakit, kecewa dan menangis melainkan senyuman, gelak ketawa dan endless happiness yang diredhai Allah..

Wahai Sang Ratu, I ADORE YOU!

Thanks to papa and mama for giving me such a beautiful name-Asiah. I’m feeling spectacular ^_^

*Fakta sejarah kat atas diambil drpd ceramah2 international speakers seperti Mufti Menk, Omar Sulaiman dan lain2, juga termasuk bacaan aku sendiri>>Musa VS Firaun written by Amanullah Halim dan lain2..
__________________________________
Sekianlah kisah Asiah yang Awesome..hee

The End ^_^



No comments: