Lama sungguh blog aku bersawang..aku rindu nak menulis lagi..tapi kerja gue banyak kebangat sihh..tapi biasa la tu kan..nama pun STUDENT :)
Sebelum aku bercerita..rasa macam selit sikit lah pasal WEDDING KAKAK AKU :)
1- Nama dia Khadijah bt Abdul Razak. Orangnya SOLEHAH. Selalu pergi MAJLIS ILMU. Suka SOLAT KAT MASJID. Pandai MASAK, suka main SENDUK NASI sorang2 dia hahahahaha dan yang penting sangat penyabar orangnya...
Tapi dia sudah berpunya.. :)
Bro Hikmi/ Alang, please take care of my naughty sister. Kalo dia buat nakal ke apa, bagi je dia senduk nasik hahah (aku gurau je Jahh).
Dah banyak lelaki yg try nak minang kakak aku sorang ni, tapi dia jual mahal.. Suami dia yg sekarang ni pun salah sorang yg kena reject. Tapi masih tak putus asa berusaha. Nampak la effort kat situ ^_^
Sebelum akad nikah..she keep asking me, " adik, betul ke aku nak menikah ni? "..dia tanya aku soalan yang sama banyak kali, emmmm ada laaa dalam SERATUS LIMA PULUH JUTA KALI (kinda) ^_^
Dear Abang Ipar Baru,
WELCOME TO OUR BIG FAMILY
and
WELCOME TO DOCTORS IN THE HOUSE'S CLUB !
Please take care of her, love her much more than we do, much more than our lovely PAPA does :)
Kalo jadi apa2 kat dia, I know where to find you.
Disebabkan muka kitorang hampir sama.. aku ada je dapat ucapan tahniah drpd sorang Hamba Allah ni.. aku tak mampu menahan ketawa baca ucapan2 dia..maafkan aku wahai kawan..yang menikah itu kakandaku..bukan aku. Hilang kejap stress aku hahah.
2- Alhamdulillah.. pada 14 Feb yg lepas..aku dan kawan-kawan telah mengadakan lawatan antarabangsa ke Turki selama 5 hari di Isketambola..i mean..Istanbul ^_^
Nak citer semua kat sini memang tak sempat kot..
Tapi aku sediakan ringkasan sepanjang perjalanan disana.. insya Allah..
Kami bertolak pada 14-2-2016 pkul 2 am++
Transit di Abu Dhabi
Setelah 16 jam perjalanan.akhirnya kami sampai jugakkk..kami menetap di homestay milik Kak Feni, orang ganung yg kawen dgn orang Turki..aku ada baca pasal dia kat surat khabar sebelum masuk usim. Tak sangka boleh jumpa dia kat Turki..hehe
Okay. Sekarang ni nak citer sikit la program kitorang kat sana. Seringkas yang mungkin. insya Allah.
Hari pertama- Kami buat program di Bikirim Hayat. Sekolah yang menggabungkan SEMUA pelajar drpd TADIKA sampaila HIGH SCHOOL..sekolah ni memang COOL giler..siap ada lift n escalator..macam shopping mall dah..haha..
Kat sini kitorang perkenalkan basic information pasal editting.. dorang pun power gak..jangan pandang sebelah mata.
Kelas Mengaji.
"Lepas ngaji kita main!!" (kat belakang tu ada escalator)
Hari Kedua: Kitorang pergi ke Hayrat Vakfi n buat Showcase kat sana. Kitorang perkenalkan cosware Final Year Project (FYP) yg senior2 kami dah buat..mcm i-Qiraat, i-Tarannum n so on..tunggu kitorang punya FYP pulak..insya Allah
Hari Ketiga: Kami buat forum di Istanbul University bertajuk"Islam Youth and Technology Nowadays".
Then, dorang offer jadi tour guide jalan-jalan sekitar Istanbul..
Main gate Istanbul University.ada tertulis ayat 1 & 2 surah Al-fath kiri n kanan gate.
Zeyneb and me. She's so adorable. May Allah bless her and friends ^_^
Lepas je kami jalan-jalan sekitar Istanbul, depa bawak kami patah balik ke Istanbul University. Ramai antara kami yang macam tak tahu la pasai pa depa patah balik ke university depa kan..
Rupa-rupanya, dorang ada buat persembahan muzik tradisional Turkey..Subhanallah..Alunan muzik yang sangat indah..cuba la korang search kat Youtube pasal Religious Music in Turkey..tapi kali ni, aku dapat dengar dan melihat sendiri persembahan depan mata..
Dahla penat jalan-jalan then bila balik univ, depa buat show lagu best2 pulakk, memang pasti aku tido nyenyak time tu..hahah..
Hari Keempat: Kami buat meeting dengan wakil ILIM, salah satu organisasi yang bertanggungjawab untuk sebarkan Risalah An-Nur karya Bediuzzaman An-Nursi di Turki.
Presenter dari ILIM ada cetuskan satu soalan,
1-ARE WE MUSLIMS BECAUSE WE BELIEVE IN ALLAH?
or
2-WE BELIEVE IN ALLAH BECAUSE WE ARE MUSLIMS?
So apa jawapan hang?
Kat sini, ada tersimpan Risalah An-Nur yang berusia entah berapa ratus tahun, yang ditulis BY HAND oleh anak murid Syeikh Nursi ni..Subhanallah..
_________________________________________________________
Selepas setel semua program ilimah..kami pun berjalan-jalan laaaa..penat tau buat program 3 hari berturut-turut. huhu.
Rasa cam nak bawak balik mesia je dia ni hahah
Aku tak paham kenapa dia manja sangat ^_^
Comba: Hoi, aku dah lama tak puas dengan hang ni!!!
Combi: Pasai pa pulakk???
Comba: Pasai pa bulu hang sama macam aku??
Combi:.............................................................
Combi:.............................................................
Aku tak akan lupakan keramahan orang turki sepanjang disini. Gamba ni hanya screenshot dalam video aku je. Ada banyak lagi video yang aku rakam. Semua tersimpan kemas dalam hati. Dalam memori.
Ni pulak MAKANAN TERBAIK sepanjang aku kat turki. Makan sekali rasa macam nak kenyang seminggu hahah
Sekarang ni kami berada di Turki Eropah dan kami nak 'feri' ke Turki Asia.
Semasa aku melawat makan Ayyub Al-Ansari, ada sorang auntie ni bagi aku satu kad yg baunya saaaaangat wangi, yang tertulis biodata Rasulullah saw. Aku tanya kenapa bagi aku benda ni? Jawabnya,
" Doakan aku sampai ke Mekah dan Madinah. Aku rindu pada Rasulullah." Emm..terharu pulak aku..
" Doakan aku sampai ke Mekah dan Madinah. Aku rindu pada Rasulullah." Emm..terharu pulak aku..
Semoga Allah perkenankan hajat auntie tadi. Amen..tapi doakan aku jugak..teringin pergi Mekah buat kali kedua n nak melawat kakak aku yang tinggal di sana..insya Allah.
Setinggi mana kau terbang, Jangan lupa hidup BERTUHAN!
My favourite song. Bila aku rasa macam perlukan semangat, motivation untuk terus hidup, aku suka dengar lagu ni..
He felt each words of lyrics make these song nice to hear ^_^
Hanya ini saje dari aku. Mohon maaf atas segala kekurangan.
-sekian-
No comments:
Post a Comment