Friday 14 June 2013

All About Love (Part 1)

Assalamualaikum semua.. pa khabaq? harap sehat iman..sehat tubuh badan. amin2  ^_^.

Kali ni tajuk entry aku agak general -LOVE-susah nak tulis sebab kena jaga hati banyak orang tapi aku akan cuba.

Love is subjective. Am I right?

Cinta adalah fitrah.

Kalo dalam hati kamu x de perasaan cinta walaupun secebis, maka kamu BUKAN manusia..kerana kamu dilahirkan ke dunia..kerana CINTA antara ibu dan ayah, daddy and mummy, papa and mama, and whatever~

Yang pasti, aku lahir ke dunia, kerana cinta dari Allah, Sang Pencipta Alam Buana supaya aku tahu erti SEDIH,GEMBIRA, SENGSARA, KETAWA, dan yang paling  penting -BERSYUKUR-

Berapa ramai orang yang diseksa di alam kubur yang ingin kembali ke dunia, hanya ingin menagih cinta dari-Nya?

Dalam hidup aku, banyak perkara yang terduga..telah pun berlaku. Aku akan cerita panjang dalam entry seterusnya andai diberi kesempatan. InsyaAllah.

Okay, staright to the main point, berapa ramai yang misunderstood tentang cinta?

Bukan maen dasyat dorang bercinta, bukan sedang hangat tapi HANGIT bercinta. Aku sama sekali tidak menyalahkan dorang. Cuma tertanya-tanya, kemana hala tuju dorang?

"Alah, lepas 5 tahun, kitorang kawen la".

"Aku couple ni sebab nak release stress, syok apa ada orang yang take care pasal aku."

"weh yaya, kau x teringin ke nak couple, best ooo, rasa bahagia sangat.".

Cinta ada adab2nya. Tapi couple ada adab jugak ke?



Cinta itu suci, pada asalnya..

Kerana cinta itulah seorang hamba itu tahu bahawa dirinya BERTUHAN!

Tapi apabila kita ditimpa musibah, kehilangan kasih sayang dari orang yang tersayang atau lemah iman..saat itu syaitan laknatullah MENYUSUP masuk dalam hati dan berbisik,

"Bro, dia tu lawa la. Kan best kalau dia jadi awek kau", atau mungkin, diri sendiri yang kurang dengar rintihan iman dalam hati..lalu memudahkan kerja2 syaitan ni.

"Pergh, hensem giler mamat ni. Kalau aku couple ngan dia, memang aku bahagiaa, hot pun hot", ehem.. api neraka lagi hot lah!

"kalau aku ada seseorang untuk inspire aku study, mungkin pointer aku lebih baek."

"Muka x penting, yang penting hati dia doe" dan macam2 lagi lah..

Kat facebook bukak maen update status, Duhai bakal imamku, rusuk kiri, rusuk kananlah apa bagai.



Aku ada pengalaman yang aku  x kan lupa sampai bila2..setakat ni kan..dah banyak orang yang silap sms aku, silap kol  tengah2 malam, tapi aku cuma nak share dua drpd pengalaman tu.. ^_^!

1) Masa aku tengah maen dengan anak sedara aku, tetiba ada sms masuk.

"Assalamuailaikum abang, ni saya Z. maaflah jika saya mengganggu abang cuma saya nak mintak tolong abang, Farisya(bukan nama sebenar) merajuk teruk dengan saya. Saya betol3 nak mintak maaf kat dia. Saya janji, x kan ulang dah kesilapan saya. saya betoi3 sayang kat adik abang"..

Hei, AKU POMPUANLAH! Then, lepas aku balas sms dia.

"Abang, jangan la buat lawak Saya serius ni.. saya tahu saya salah, saya bodoh dan dayus. saya menyesal dan x kan ulang dah. Abang, Tolonglah :( ", dia balas balik, dia mati2 ingat aku ni abang kepada makwe dia.

Ya Allah, apehal jantan ni susah sangat nak paham. Tapi..baguslah kau mengaku..hahahahahahah.

Then aku bagitau dia yang dia silap nombor. Habes citer.

2) Ketika aku sedang tido, malam tu aku mimpi pergi Glasgow, jumpa kakak aku yang ambek PhD kat sana..tiba2 ada orang kol..haish, kacau lah. pukul 5 PAGI kot!

"Hello baby, sorry la abang terpaksa guna number orang laen. Baby tengah buat ape? dah nak tido?? nak abang nyanyikan?.." katanya dengan suara yang sangat2 manja.

UWEKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKSSSSSSSSSSSS.. aku rasa macam nak muntah   hijau+ segala warna. Dia panggil 'baby' tu yang paling menggerikan aku.

"Maaflah, awak silap number ni"

"Alah baby, abang guna number orang laen la..jangan la macam ni, dah x cam suara abang ker?"

ni lagi sorang..ya Allah, sakit jiwa aku layan orang macam ni.

"Betol, awak silap number. saya mana ada pakwe."

"Baby, sampai hati baby cakap macam tu, x pe baby, lepas ni abang x call dah", then dia matikan phone. Hmmm..suka hati kaulah!

Aku x salah dan x de kaitan langsung dengan hubungan korang. Kau tu ha yang perasan lebih.HAHAHA.

Bro, aku nak ucap mekasih sangat kat kau sebab 'gerak' aku pagi2..boleh meluah cinta pada Sang Pencipta Cinta. Semoga kau temui Dia juga. Dia x jauh bro..

I'm glad to share you a  video. Hopefully you have time to watch it.
http://www.youtube.com/watch?v=FN5X8-w_rIc

Bagi anda yang sedang ber'couple'..

Sekiranya hubungan korang kekal hingga ke jinjang pelamin, alhamdulillah tapi ketahuilah bahawa rumah tangga itu didirikan atas dasar maksiat. Ustaz Azhar Idrus kata..wajib taubat..



sekiranya hubungan korang putus di tengah jalan, lagilah besar kerugiannya. rugi apa?

Rugi masa, tenaga, duit topup dan banyak lagilah. So, moral of the story is...



"Hei sibuk lah kau, daripada jaga tepi kain orang lain, lebih baik jaga tepi kain sendiri. kubo laen2!"

Kubo laen2? Okey fine. Sekurang-kuranyanya, tanggungjawab aku sudah terlepas. Moga kita sama2 diberikan kekuatan untuk terus mencari hidayah Allah. amin3 :)





Ingin aku tegaskan..cinta itu fitrah.Tertarik pada orang berlainan jantina, itu fitrah...

Aku x pernah mencintai mana2 lelaki seikhlas, setulus jiwa raga aku...sebab aku takut kecewa, terseksa dengan cinta lelaki yang belum pasti menjadi suami aku. Minat biasa2 tu adelah. Tak semestinya, lelaki yang aku suka tu, suka jugak kat aku. Aku sedar, aku banyak sangat kelemahan.

Tapi sendainya ya..aku doakan semoga Allah memelihara hati ini dan hatinya jua daripada perkara2 mukaddimah zina..sama2lah memperbaiki diri  ^_^.

Seorang kakak senior pernah bagi nasihat kat aku ketika dalam usrah kat KMS..

"Yaya sayang..lelaki yang baik akan datang pada masa tepat +keadaan yang sesuai + dengan cara yang terhormat iaitu menghormati wali.."

Thanks kak..Nasihat itu membuatkan aku lebih fokus pada cita-cita hidup ^_^


     
 p/s: Andai ada hati yang terasa, terguris, aku mintak maaf sangat2. Moga Allah mengampuni diri ini atas        segala kekurangan.
                                                           -Wallualam-
.