Sunday 27 October 2013

A 'walking dictionary'.

Assalamualaikum semua.. sehat ke? Lepas makan daging lembu @ kambing yang terkorban masa raya korban baru2 ni, harap korang makin sehat. hehe ^_^

1) Masa raya korban haritu, banyak orang pakat sembelih lembu, kambing..tapi aku sembelih AYAM!!

Ni la kali pertama aku sembelih ayam.. aku x nak join program ni tapi dah kawan2 aku ramai yang join sebab takut nak sembelih ayam tapi dah ramai sahabat2 yang join so aku pun ikot je la. Program ni dijalankan di USIM dibawah penyeliaan pihak JAKIM.

Bila tengok video2 yang ditunjukkan oleh pihak JAKIM masa dorang wat spot check kat restoran2 n premis2 ayam.. tekak aku rasa loya teruk! Rupa ayam yang kita biasa tengok tu dah siap untuk dijual mmg elok+bersih+bersinar+melazatkan.. tapi korang tahu ke sapa yang sembelih? Islamkah penyembelih itu?. Kalo korang yakin ayam tu datang dari sumber yang bersih n halal.. x pela..mcm abah kawan aku, dia beli ayam dan sembelih ayam sendiri. Yang ni lagi bagus..haha.

Dah banyak kes restoran2 mamak yang menggunakan tanda halal JAKIM palsu siap dengan gamba2 tulisan kalimah ALLAH N MUHAMMAD kat entrance restoran dorang tapi cuba korang tengok bahagian dapur restoran tu, bersih x? cuba korang Tanya mamak tu, restoran tu ada jual daging lembu x? sbb mamak yang kononnya muslim ni dorang x makan daging lembu.. kalo nak pasti lagi..suruh dorang mengucap..kalo berani buat la.. haha.. Pegawai JAKIM tu kata, x de satu pun kedai mamak kat area Nilai yang dapat sijil halal JAKIM. USIM Students, TAKE NOTE!

Selepas mendengar ceramah drpd pihak JAKIM yang meloyakan tekak aku, akhirnya tibalah saat2 yang dinantikan..sembelih ayam!


                                                 Bersama ayam yang bakal ‘syahid’ ditanganku.

Awak(ayam)..Sebenarnye kan awak (ayam).. saya sedih sangat tengok awak (ayam).. tapi bila saya tengok awak (ayam) tu.. perut saya berdondang sayang.. ermm..macam mana tu awak (ayam).. hee~

Lepas tu aku pun apa lagi.



                                    Meraba tengkuk ayam untuk mencari HALKUM DAN MARIH.



BISMILLAHI ALLAHU AKBAR!!! Terketar-ketar tanganku pegang pisau tpi ok la hee~ J.. ada kawan aku yang terlalu nervous sembelih ayam sampai terputus tengkok ayam tu HAHA!

Lepas tu, aku biarkan ayam tu menggelupur sendirian atas rumput. Masa aku sedang melihat ayam sembelihanku menghadapi saat2 sakarat.. tetiba ada pulak kawan aku yang tengah queue (beratur) untuk sembelih ayam..dia datang kat aku n jerit” Asiah, tolonggg..ayam ni nak lari!!” .. haish.. aku tengah feeling ni.. ayoyo.. hahaha..


                          Gamba candid..guna henpon aku lak tu.. bertuah punya kawan.. ^_^!

Makruh menajamkan alat sembelihan atau menyembelih ayam dihadapan ayam2 lain atau menunjukkan ‘mayat’ ayam kepada ayam2 yang laen kerana perkara itu boleh menakutkan ayam yang akan disembelih.. Binatang juga punya hati dan perasaan tau~



                                                          Special case.. hehe ^_^

2) Masa kat matrik Selangor, aku ada sorang classmate. Namaya Amalina n aku panggil dia Ina. Dia la yang hadiahkan aku tudung labuh yang dia jahit sendiri masa besday aku yang ke-18. Aku ada tulih pasal dia dalam entry pertama aku dalam blog ni. Lepas habis matrik, kitorang dua masuk USIM tapi dia amek course sains computer ( Information Security and Assurance) dan aku pulak amek course Pengajian Quran n Multimedia (Quranic & Multimedia Studies). Fakulti kitorang pun dah jauh kemain, memang susah la nak jumpa.

Nak dijadikan cerita, dia kata dia nak tukar course sebab x minat math, sama la macam aku..tapi aku apply course ni sbb aku minat.. iA 

Then Ina gtau yang dia dah apply course aku dan permohonan dia diterima. Allah mentakdirkan dia sekelas dengan aku di USIM selama 4 TAHUN dan setahun di matrik Selangor(sebelum masuk USIM).. kiranya kitorang akan jadi classmate 5 tahun la( iA).. lamanya... fuh!


                                                      Ina, nice to meet you again  ^_^

3) Part ni aku berat hati nak tulis tapi nak tulih jugak.

Aku ada sorang English lecturer, namanya Sir Ibrahim tpi kitorang panggil dia ‘Ayahanda’.. Aku x paham kenapa dia suka sebut2 nama aku kat kelas laen sampai la ke kelas roommate kepada classmate aku yang amek course Bahasa Arab. Aku rasa assignment aku biasa2 je n aku x de la terer English sangat. Masih merangkak-rangkak lagi untuk jdi seorang ‘mutamakkinah’( expert in English). 

So, roommate kepada classmate aku ni, Hanan namanya. Dia nakkkkkkk sangat jumpa aku. Sumpah aku segan. Segan giler. Gile pun x segan macam tu.  Satu malam ni, aku pegi bilik classmate aku sebab ada keje sket, terserempak la dengan Hanan ni. 

Subhanallah, SHE IS AMAZING+ SUPER EXPERT IN ARABIC LANGUAGE. Aku memang suka berkawan dengan orang yang terer arab ni, lepasan STAM lagi. Peribadinya memang AWESOME.. aku rasa rendah diri dengan dia tapi dia banyak cakap+perangai gila2..just like me. Baru jumpa dia tapi macam dah lama kenal. Inilah sebenar-benar ukhwah J

Bila terserempak dengan dia kat fakulti, dia banyak tolong aku cakap arab. Thanks Hanan. May Allah bless u bebeh ^_^.

She is my ‘walking dictionary’ J.

Dia ada gtau yang dia ada apply Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin dan Alhamdulillah permohonan dia diterima. Aku x tau kenapa aku sedih giler.. padahal aku baru kenal dia x sampai 2 bulan.

Masa kali terakhir aku jumpa dia, dia  ada tengok video2 dalam henpon aku.. aku biarkan je dia.. tapi bila dia nak bukak satu video aku yang agak private(private la sangat haha), aku cepat2 rampas henpon tu. Then dia kata, “ Asiah, lepas ni aku x jumpa kau dah.. 4 tahun..lama tu”, spontannya aku lepaskan tangan aku n bagi dia tengok video tu.. video yang menghilangkan mengantuk.. hahahaha.

Then aku bukak lak henpon dia tengok gamba2.. dia biarkan jer aku..sampai la satu  gambar ni.. dia rampas henpon dia.. then aku kata, “ Hanan, lepas ni mungkin aku dah jumpa kau selama 4 tahun Hanan 4 TAHUN!”. Secara automatiknya, dia lepaskan tangan n aku pun tengok la gambar tu.. owh.. rupa2nya…sahabat kebanggaan aku ni seorang Niqabis! (Pakai purdah kat luar USIM sbb kat dalam USIM x leh pakai niqab).. lagi la aku bangga dengan kau Hanan! J

Sebelum berpisah, aku sempat bluetooth dia satu gamba yg aku edit sendiri..



Hanan, sebagai seorang sahabat…aku sayang padamu ^_^  jgn lupakan aku tau. Doa aku yang terbaik untuk kau. Kat Mesir nanti, jangan tanggal niqab ea. Moga istiqamah. Sumpah aku sedih giler masa last jumpa kau.. tpi x pela..nak wat camne.. siapalah aku mahu menghalangmu..kerana kita berdua adalah musafir ilmu~

Ya Allah, permudahkan setiap langkahnya menuju redha-Mu.. amin.. iA J

*Hanan, thanks 4 the lovely hijab. Moga ketemu lagi. AMEENNNN.. iA ^_^


                                                    -WASSALAM-