Wednesday, 13 April 2016

Terbang Tinggi

Assalamualaikum dunia! ^_^

Lama sungguh blog aku bersawang..aku rindu nak menulis lagi..tapi kerja gue banyak kebangat sihh..tapi biasa la tu kan..nama pun STUDENT :)

Sebelum aku bercerita..rasa macam selit sikit lah pasal WEDDING KAKAK AKU :)

1- Nama dia Khadijah bt Abdul Razak. Orangnya SOLEHAH. Selalu pergi MAJLIS ILMU. Suka SOLAT KAT MASJID. Pandai MASAK, suka main SENDUK NASI sorang2 dia hahahahaha  dan yang penting sangat penyabar orangnya...

Tapi dia sudah berpunya.. :)

Bro Hikmi/ Alang, please take care of my naughty sister. Kalo dia buat nakal ke apa, bagi je dia senduk nasik hahah (aku gurau je Jahh).

Dah banyak lelaki yg try nak minang kakak aku sorang ni, tapi dia jual mahal.. Suami dia yg sekarang ni pun salah sorang yg kena reject. Tapi masih tak putus asa berusaha. Nampak la effort kat situ ^_^

Sebelum akad nikah..she keep asking me, " adik, betul ke aku nak menikah ni? "..dia tanya aku soalan yang sama banyak kali, emmmm ada laaa dalam SERATUS LIMA PULUH JUTA KALI  (kinda) ^_^

                                        Akhirnyaaaa hilang dah palpitation aku (tetibe)

Dear Abang Ipar Baru, 

WELCOME TO OUR BIG FAMILY 
         and 
WELCOME  TO DOCTORS IN THE HOUSE'S CLUB !

Please take care of her, love her much more than we do, much more than our lovely PAPA does :)

Kalo jadi apa2 kat dia, I know where to find you.

Disebabkan muka kitorang hampir sama.. aku ada je dapat ucapan tahniah drpd sorang Hamba Allah ni.. aku tak mampu menahan ketawa baca ucapan2 dia..maafkan aku wahai kawan..yang menikah itu kakandaku..bukan aku. Hilang kejap stress aku hahah.


   Dengan izin Allah :)

2- Alhamdulillah.. pada 14 Feb yg lepas..aku dan kawan-kawan telah mengadakan lawatan antarabangsa ke Turki selama 5 hari di Isketambola..i mean..Istanbul ^_^

Nak citer semua kat sini memang tak sempat kot..

Tapi aku sediakan ringkasan sepanjang perjalanan disana.. insya Allah..

                                                   Kami bertolak pada 14-2-2016 pkul 2 am++


Transit di Abu Dhabi 

Setelah 16 jam perjalanan.akhirnya kami sampai jugakkk..kami menetap di homestay milik Kak Feni, orang ganung yg kawen dgn orang Turki..aku ada baca pasal dia kat surat khabar sebelum masuk usim. Tak sangka boleh jumpa dia kat Turki..hehe 

Okay. Sekarang ni nak citer sikit la program kitorang kat sana. Seringkas yang mungkin. insya Allah.

Hari pertama- Kami buat program di Bikirim Hayat. Sekolah yang menggabungkan SEMUA pelajar drpd TADIKA sampaila HIGH SCHOOL..sekolah ni memang COOL giler..siap ada lift n escalator..macam shopping mall dah..haha.. 

Kat sini kitorang perkenalkan basic information pasal editting.. dorang pun power gak..jangan pandang sebelah mata.

                                                                Art Class.

                                                                        Kelas Mengaji.

"Lepas ngaji kita main!!" (kat belakang tu ada escalator)

 Hari Kedua: Kitorang pergi ke Hayrat Vakfi n buat Showcase kat sana. Kitorang perkenalkan cosware Final Year Project (FYP) yg senior2 kami dah buat..mcm i-Qiraat, i-Tarannum n so on..tunggu kitorang punya FYP pulak..insya Allah 

Hari Ketiga: Kami buat forum di Istanbul University bertajuk"Islam Youth and Technology Nowadays".  
Then, dorang offer jadi tour guide jalan-jalan sekitar Istanbul..

Main gate Istanbul University.ada tertulis ayat 1 & 2 surah Al-fath kiri n kanan gate.

Zeyneb and me. She's so adorable. May Allah bless her and friends ^_^ 

Lepas je kami jalan-jalan sekitar Istanbul, depa bawak kami patah balik ke Istanbul University. Ramai antara kami yang macam tak tahu la pasai pa depa patah balik ke university depa kan..

Rupa-rupanya, dorang ada buat persembahan muzik tradisional Turkey..Subhanallah..Alunan muzik yang sangat indah..cuba la korang search kat Youtube pasal Religious Music in Turkey..tapi kali ni, aku dapat dengar dan melihat sendiri persembahan depan mata.. 

Dahla penat jalan-jalan then bila balik univ, depa buat show lagu best2 pulakk, memang pasti aku tido nyenyak time tu..hahah..

Hari Keempat: Kami buat meeting dengan wakil ILIM, salah satu organisasi yang bertanggungjawab untuk sebarkan Risalah An-Nur karya Bediuzzaman An-Nursi di Turki. 

Presenter dari ILIM ada cetuskan satu soalan, 

1-ARE WE MUSLIMS BECAUSE WE BELIEVE IN ALLAH?
or
2-WE BELIEVE IN ALLAH BECAUSE WE ARE MUSLIMS?

So apa jawapan hang? 

Kat sini, ada tersimpan Risalah An-Nur yang berusia entah berapa ratus tahun, yang ditulis BY HAND oleh anak murid Syeikh Nursi ni..Subhanallah..
_________________________________________________________
Selepas setel semua program ilimah..kami pun berjalan-jalan laaaa..penat tau buat program 3 hari berturut-turut. huhu.


Rasa cam nak bawak balik mesia je dia ni hahah


 Aku tak paham kenapa dia manja sangat ^_^




 Comba: Hoi, aku dah lama tak puas dengan hang ni!!!
Combi: Pasai pa pulakk???

Comba: Pasai pa bulu hang sama macam aku??
Combi:.............................................................




 Kalo korang perasan banggunan2 kat sini ada banyak seni ukuran. Kalo corak merah putih tu asalnya dari Barat n corak hitam putih tu pulak asalnya dari timur. So banggunan kat atas ni menggabungkan kedua-dua elemen. Barat dan Timur.

Aku tak akan lupakan keramahan orang turki sepanjang disini. Gamba ni hanya screenshot dalam video aku je. Ada banyak lagi video yang aku rakam. Semua tersimpan kemas dalam hati. Dalam memori. 

Ni pulak MAKANAN TERBAIK sepanjang aku kat turki. Makan sekali rasa macam nak kenyang seminggu hahah



 Sekarang ni kami berada di Turki Eropah dan kami nak 'feri' ke Turki Asia.



Semasa aku melawat makan Ayyub Al-Ansari, ada sorang auntie ni bagi aku satu kad yg baunya saaaaangat wangi,  yang tertulis biodata Rasulullah saw. Aku tanya kenapa bagi aku benda ni? Jawabnya,

 " Doakan aku sampai ke Mekah dan Madinah. Aku rindu pada Rasulullah." Emm..terharu pulak aku..

Semoga Allah perkenankan hajat auntie tadi. Amen..tapi doakan aku jugak..teringin pergi Mekah buat kali kedua n nak melawat kakak aku yang tinggal di sana..insya Allah.
 
Setinggi mana kau terbang, Jangan lupa hidup BERTUHAN!

    My favourite song. Bila aku rasa macam perlukan semangat, motivation untuk terus hidup, aku suka dengar lagu ni..
He felt each words of lyrics make these song nice to hear   ^_^

Hanya ini saje dari aku. Mohon maaf atas segala kekurangan. 
-sekian-






Tuesday, 10 November 2015

A 'Lazy' Winner

Ini kisah manusia luar biasa yang kisahnya tercatat dalam Al-Quran yang kekal sepanjang zaman.. 

Inilah kisah seorang wanita ahli syurga yg disebutkan dalam hadis nabi saw..

Dialah Queen Isonefre..permaisuri kesayangan Ramses II, Firaun yang mengaku dirinya Tuhan!

Dialah Asiah bt Muzahim yang dimuliakan..

Lahir drpd keluarga terhormat, perkahwinanya dgn Firaun adalah arranged marriage antara kedua-dua buah keluarga..(Semoga bakal suami aku orang baik2. Tetibe~)

Sejarah mencatatkan betapa Firaun bertekad membunuh anak lelaki Bani Israel kerana berdasarkan mimpinya- Firaun melihat api menjalar menuju ke Baitul Maqdis atau Jurusalem dan membakar semua rumah orang mesir tetapi tidak pula membakar rumah orang bani Israel..

Maka ahli  takwil istana mentakwilkan bahawa akan tiba kelahiran seorang bayi lelaki drpd Bani Israel yang akan menyebabkan kejatuhan kuasa bangsa mesir..

So Firaun memerintahkan SEMUA bayi lelaki Bani Israel dibunuh selang setahun..tahun ni bunuh bayi lelaki..then tahun depan kalo ada bayi lelaki yg lahir, depa kira selamatlah.then tahun depan..start balik bunuh bayi lelaki..n so on..

Takdir Allah yang menentukan..BAYI LELAKI  yang akan menghancurkan kerajaannya hanyut dalam sebuah peti kecil yang hanyut dibawa arus dan akhirnya tersekat pada ranting2 pokok di istana Firaun..

Dan ketika itu, permaisurinya..Asiah yang mengambil peti itu dan sangat gembira apabila melihat ada bayi didalamnya..sebab dia sendiri tidak dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 6 tahun berkahwin dgn Ramses II..

Bila Firaun tahu pasal baby boy tu..dia cepat2 nak bunuh baby tu..tapi Asiah cepat2 menghalang tindakannya dan berkata: “Dia penyejuk mata hati kepada aku dan juga kamu” (Surah Al-Qasas ayat 9)

Dan apabila Musa telah dewasa..sang ratu menyatakan keimanannya pada yang Esa.. and at the same time.. berusaha menyembunyikan imannya drpd suaminya sendiri yang mengaku sebagai Tuhan.

Sekali lagi..apabila melihat kekejaman Firaun merebus Masyitah dan anak2nya dihadapan mata..melihat sendiri tulang belulang mereka muncul dipermukaan air yg menggelegak hanya beberapa minit saja selepas direbus dalam ‘periuk gergasi’ yang gila panas...Asiah dengan pantasnya berjalan kearah Firaun dan berkata: “Aku beriman dengan Allah..Tuhan aku dan kamu!” 

Firaun dgn tegasnya kata:” ko tahu x apa yang akan jadi bila ko cakap macam tu??”

Asiah dgn tegasnya menjawab:”I know but I don’t care!”

Then, Firaun MENGARAHKAN..

1-Isterinya dipenjara tanpa makan dan minum..
2-Memujuknya supaya kembali ke agama asal-sembah Firaun sebagai Tuhan.
3-Menghinanya secara terbuka dihadapan kerabat diraja dan pelayan istana.
4-Menggantungnya buah dadanya dihadapan ramai orang- I cant imagine this. Wallaaah.
Dan seksaan yang terakhir..
5- Mengarahkan tentera menghempap batu bata dari tempat tinggi keatas badannya yang teramat lemah.

Dan ditakdirkan Allah..sebelum boulder itu menyentuh badannya..Allah sudahpun memerintah malaikat Izrael untuk mengambil nyawanya..

Wallahi aku sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana Sang Ratu menghadapi semua ini..

Bahagialah engkau wahai Sang Ratu!

Kau punya istana mewah, dayang istana yang cantik jelita, emas dan perak usah dikata!

Tapi ternyata hatimu tidak buta..engkau melihat apa yang tidak terzahir oleh mata..

Iaitu nikmat syurga yang selalu kau damba..

Bahagialah engkau wahai Sang Ratu!

Kerana Kekasihmu yang Maha Agung membuka hijab pandangan..memperlihatkan istanamu didalam syurga..

Bahagianyaa..hingga hilang sakitmu saat diseksa..hingga kau senyum sendiri.. :)

Hingga suamimu sendiri tuduh kau gila! Petapa kau terpesona dengan nikmat syurga.. 

Persetankan apa mereka kata..

Oh ya!

Di Muzium Brussel, tersimpan potongan kecil patung Isonefre@Asiah, tertulis kalimah-kalimah unik dan berbeza tertera pada patung isteri Firaun yang lainnya..Tulisannya berbunyi begini:


“Ketika kamu masuk, segenap penjuru ruangan dalam istana merasakan aroma wanginya..

Dia yang menebarkan aroma manis di samping raja yang bersukacita ketika memandangnya..

Dia adalah ratu, permaisuri di dalam istana..”

Moga suatu hari nanti, Allah mengizinkan kita bertemu di Istanamu..di syurga yang kekal, tiada lagi rasa sakit, kecewa dan menangis melainkan senyuman, gelak ketawa dan endless happiness yang diredhai Allah..

Wahai Sang Ratu, I ADORE YOU!

Thanks to papa and mama for giving me such a beautiful name-Asiah. I’m feeling spectacular ^_^

*Fakta sejarah kat atas diambil drpd ceramah2 international speakers seperti Mufti Menk, Omar Sulaiman dan lain2, juga termasuk bacaan aku sendiri>>Musa VS Firaun written by Amanullah Halim dan lain2..
__________________________________
Sekianlah kisah Asiah yang Awesome..hee

The End ^_^



Monday, 3 August 2015

Cebu Madinah

Assalamualaikum semuaaaaa..bersawang sudah blog aku ni..sebenarnya aku ada baaaanyak sgt cerita nak tulis tapi apakan daya..masa aku sangat padat, kedat dan sendat. Tapi kali ni insya Allah lapang sikit..

Pada bulan ramadhan yg lalu, aku n 3 orang kawan telah pergi ke Cebu, Filipina untuk buat program dengan komuniti islam kat sana..

Sebenarnya kami sepatutnya berlima..dgn sorang lagi member, namanya Amira..tapi dia x boleh join last minute sbb ada masalah yang x boleh dielakkan..means that, I’ll be alone..n aku mmg rasa down time tu..dah la first time pegi negara orang without family..x de muhrim pulak..mmg sedih giler time kat airport (sebelum departure) but I keep saying to myself “Allah kan ada..everything will be fine..insya Allah” :) )

Lagipun the three hangol guys are very nice n kind to me :) kejut aku bangun sahur dengan susah payahnya..sanggup ulang alik dari Centre ke bilik aku sampai berapa kali ntah semata2 nk kejut aku bangun sahur..(jerit dari luar bilik aje)..miskol kat WhatsUp bagai..haha..dorang bertiga sememangnya lelaki yang sangat baik, cekal dan tabah dan hangol(makan banyak haha).  May Allah bless them ^_^



                                         Dari kiri: Din, Ahmad, me, Amir..

Dari airport nak ke sana amik masa 3 jam I think..sampai sana..right away lepas kuar kete..aku diserbu oleh kanak2 bagaikan artis paling popular 2015 hahaha..dorang kat sana sangat mengalu2kan kedatangan orang luar..n soalan pertama dan bertalu2 diajukan kepadaku..”sister, how old r u?” hadoi..ingatkan nak Tanya nama dulu..haha..kalo aku kata aku darjah 6 pun dorang mungkin percaya sbb aku ni kecik orangnyee..haha.okay2..to be honest, I’m 21. 

Aku suke menulis tpi x ske tulis panjang2 (erk camane tu)..sekarang aku akan listkan aktiviti yang kitorang dah buat..

1-Main game dgn budak2
 
Main pijak belon orang lain..sape orang last yg belon dia x pecah..dikira MENANG! haha



                                 Orang yang paling semangat main pijak belon ^_^!
2-Buat kelas sains n math.

       Aku jgak ada conduct beberapa experiment sains dgn budak2 ni..

Antaranya..

Bouncy Egg (rendam telur ayam dlm cuka selama 2 hari..then telur tu akan jdi bouncy insya Allah)

Ada je experiments lain yang kitorang buat..antaranya..lukis arrow atas satu kertas..letak air dlm gelas kaca transparent then..cuba letakkan kertas tadi kat belakang gelas…n cuba tengok arrow tu dri arah hadapan..that arrow will shift to opposite direction.(concept reflection) n ada lagi experiment lain...

-Buat ROKET!

Haa..yg ni budak2 tu paaaling sukee..

                              Buat roket  guna batang paip, pam basikal, botol air.

3-Ajar dorang mengaji


Belajar ngaji atas simen pun boleh ^_^

4-Alhamdulillah..kami berpeluang on air kat stesen radio sana..kecuali aku la..sbb aku buat recording aje..x mau on air secara live lagi..sbb x de kekuatan lagi..hehe..


Alhamdulillah..aku buat recording pasal nabi Muhammad SAW SAW dan menjelaskan beberapa perkara yang disalah anggap oleh non muslim terhadap Baginda SAW contohnya..adakah Baginda SAW kawen ramai kerana nafsu? Kenapa Baginda SAW kawen dgn Aisyah ketika Aisyah berusia 9 tahun? Kerana nafsu jugakah? Adakah Baginda menggalakkan umat islam membunuh orang yang x bersalah secara mengkhinzir buta? N so on..

Aku juga bercadang nak buat recording lagi pasal Al-quran dan mukjizat2 didalamnya LEPAS buat recording pasal Baginda SAW..tapiiii…bila aku dengar suara aku sendiri kat corong radio..aku terus rasa lemah lutut dah..rasa mcm..tak layak aje cakap pasal benda2 ni sume..huhu..soo..aku harap..next trip yang akan ke cebu boleh sambung pe yang aku nak buat..insya Allah..

5-Lawat lawat penjara..kat sana kitorang bekerjasama dgn brother Aiman, seorang PENDAKWAH berbangsa arab mesir yang tinggal kat sana..

Kat penjara tu, antara aktivtiti yg kitorang buat ialah..FEEDING PROGRAM, camane nak solat dgn betol n peluang juga terbuka kepada penghuni penjara yang ingin bertanya apa2 saja persoalan tentang islam..antara soalan yg ditanya..adakah islam menggalakan umatnya menjadi terrorists?hmm..soalan yang menarik..

Aku rasa aku x buat apa2 pun datang sini..cuma pinjamkan laptop aku untuk pasang video yang bermanfaat kpd penghuni disini.

Wif sister mariam..dia la peneman setia aku g mana2...^_^

                                                         Feeding Program


 Walaupun nama tempat penjara..tapi tempat dia saaangat cantik..maksud aku kat luar penjara tu laa..dalam penjara ada apa..haha..



6-Bukak puasa kat rumah Brother Aiman, arab mesir yang menetap kat sana.Dia seorang pendakwah tegar i think..seorang yang saaangat baik.suka ajak orang datang rumah dia..makan2..suke menyantuni penduduk disana..walaupun non muslim..senang citer..dia mmg baiklah.
.
                                      Dengar Tazkirah drpd Bro Aiman lepas solat tarawikh..

                        Menyantuni non muslim yang sebaya dgn aku..sudah beranak satu bah..haha

                                          
Rumah dia ‘special’ sikit..sbb dia bela baaaaanyak sangat anjing kat rumah dia..alasan dia..nak jaga keselamatan rumah dia..tapi perlu ke anjing yg sgt banyak?okay2..terpulang kat dia..

Kalo korang berpeluang ke rumah dia..baru mati enjin kereta je pun, x sempat bukak pintu kete lagi… anjing2 yang gebu gaban tu dah tunggu kat luar kete nak sambut korang ..anjing tu sangat jinak.

Nak kata betapa excited nye anjing2 tu nak jumpa korang..The dogs will be welcoming u very well..kalo anjing tu gigit pun.alaa..gigit manja..sempat la aku lari keliling rumah 4 5 round..haha..

Rumah dia 3 ke 4 tingkat entah..aku x ingat..sebelum bukak posa..kitorang naik ke tingkat atas skali..tgok view sekeliling..sbb rumah dia paling besar n tinggi kat situ..alang2 tu..bosan tengok sunset yang saaaangat cantik.. ^_^



Aku nampak je macam tido..tapi..tadabbur alam sebenarnya..^_^

                                    Gamba mahal ni..thanks photographer! ^_^

7-At the same time, kitorang juga bertemu dgn sorang pakcik yang berasal dri Malaysia yang menetap kat sana.. kitorang speaking English dgn org sana ..
                                                   Bersama pak cik Haris ^_^
So..bila jumpa org Malaysia..boleh cakap melayu dengan bangsa sendiri..rasa heaven kejap..^_^

8-Mandikan dorang n pakaikan baju baru..
 Mandikan dorang bersih2..n pakaikan dorang baju baru..baju2 aku, my little sis n kawan2 yang masih cantik lagi,,baju2 kurung yang aku masih boleh guna n still pakai pegi kuliah(the gold one)..masih lawa lagi baju tu..tp kasi je la kat dorang..bukan senang dorang nk pakai baju baru ^_^

9- Honestly, aku suka budak2 kat sini..the girls like to walk with me, sing n dance with me, joking with me, hugging me while walking, always ask me”sister, what can I do to help u?”, they also offer me to learn their own language, Tagalok and teach me how to climb a tree hahaha.banyak yg dia ajar..tapi aku ingat 3 words aje..Guapo(handsome), Ngipin(gigi) dgn Hangol(kuat makan)..to be honest, they r very nice community..


 “For u sister”, Sarimah..waaaahh..first time dapat bunga fresh..ada sorang lagi.kasi aku bunga jugak..bunga kaler putih..sumpah aku TERHARU..waaa..nak nanges..may Allah bless them all ^_^




Menyantuni golongan non muslim n kanak2 yang tak posaa.. 

 10-Malam sebelum pulang ke tanah air..kami buat bbq n selfpie banyak2..budak2 tu minx stay sampai raya..tapii..apakan daya.. :'(

                                            Chef Ahmad sampai berpeluh2 kipas ayam..

                                       Tengok movie kat kawasan padang..cc: Din


                        'Selpie' guna penyedok sampah. Mika's monopod is the best ^_^

11-Balik mesia..SEHARI SEBELUM RAYA..mmg sedih giler r..sob2..ktorang naik flight dri cebu, filipina pkul 3 ptg n sampai kat malaysia pkul 7 lebih dekat2 bukak posa..
                                 I wish to come here again next time..insya Allah..

                                              Alhamdulillah..selamat sampai KLIA2..
 
Then kitorang berbuka kat KFC klia 2 sebelum naik BAS ke Kl Sentral..masa dalam bas.kawan aku pasang lagu2 raya..mmg sayu gler time tu..sob2..haha..

Then..dari KL Sental.. kitorang naik KTM ke rumah masing2..

Alhamdulillah again selamat sampai rumah n sambut first raya dgn family.. ^_^



 Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.Moga Allah menerima semua amalan kita..amin :)