Monday 30 September 2013

First Step

Assalamualakum semua..alhamdulillah ala kulli hal (semua urusan). Sukar untuk menterjemah perasaan aku time ni. Aku tulih ikut suka hati je ea.hehe.. ^_^

1) Kenduri kawen abang can kat umah fi Sungai Buloh. Moga bahagia sampai syurga ye abg can
poyo..bersama zaujah manisnya..iA J




Masa kenduri tu, ada dua orang tetamu yang lebih istimewa drpd dorg suma kat atas tu..aku x kan lupa dorang dua..hehe.. ^__^

2) Masuk USIM.

Semalam, masa aku tengah landing atas katil, aku termenung sorang2. Kalo dulu, aku tengok USIM dari jauh je n teringat betapa susahnya aku melalui alam persekolahan+ zaman matrikulasi yang sangat banyak pahit manisnya.

Dan sekarang susah nak percaya yang aku dah jdi student USIM n dapat course yang aku impikan setelah buat solat istikharah.. Pengajian Quran & Multimedia. Dalam family aku, aku sorang je kot yang amek course yang seimbang dunia akhiraat.HAHA ^_^

3) Kak Zu

Beberapa bulan sebelum masuk USIM, aku pegi Masjid Negara, KL teman papa bagi forum Forum Perdana yang dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Agama Islam, apa ntah nama dia..aku x ingat la..then, aku g solat zohor kat Masjid Negara n terserempak dengan sorang kakak ni yang kebetulan nak solat jugak.

Aku tegur akak tu, nama dia Kak Zu baru lepas amek STP n tengah tunggu tawaran university sama dengan aku. Then, aku ajak dia solat Jemaah dan Kak Zu jadi imam. Lepas tu aku balik umah N x jumpa dah dengan dia.

Masa minggu orientasi kat USIM, ada forum “Erti Kemerdekaan Yg Sebenar”, Ustaz Ridhuan Tee dan Ustaz Pahrol A. Juoi dijemput jdi panel. Memang gempak abes r.

Masa aku tengah sakit perut layan jenaka Ustaz Ridhuan Tee, TIBA-TIBA..

Ustaz Ridhuan Tee(baju biru), Ustaz Pahrol(baju hitam)


Ada kakak yg dok kat depan aku, dia kata ”Eh, macam pernah jumpa je kamu ni, kita jumpa kat Masjid Negara, ingat lagi x??”. Kak Zu!!  Mana mungkin aku lupa..



Sembang punya sembang, rupa2nya bilik dia depan bilik aku je. Memang x leh blah betol.
Kak Zu.. Kita berjumpa lagi di USIM. Subhanallah..SPEECHLESS!!! ^_^

4) Majlis2 ilmu

-Silap masuk majlis ilmu.

Aku juga ada pergi ceramah anjuran KEMENTERIAN, yang bertajuk “Mensyukuri Nikmat Keamanan”.
Panel yang dijemput adalah seorang Profesor dari UITM dan namanya terpaksa aku rahsiakan.
Sejam pertama, hujah2 yang dikemukakan memang sangat bernas, memang aku tabik la untuk SEJAM PERTAMA SAJE..TAPI..

Aku x sangka pulak dia ni PRO BN.HAHAHA.

Dia ada kutuk Anwar Ibrahim sebab x bagi DNA dia untuk disiasat.

Dia pertahankan bahawa PTPTN SANGAT tidak wajar dimansuhkan.

Dia kata perhimpunan BERSIH 2.0 adalah rancangan Barat untuk menhuru-harakan Malaysia. Kata x nak mahasiswa terlibat dalam politik, so kenapa bagi ceramah politik dalam universiti??

Sepanjang dia merapu tu, aku tahannnnnn ja, kalo ikutkan hati, memang aku nak jerit dah waktu tu.. Ada student USIM yang keluar dewan sebagai tanda protes. MAYBE.

Korang boleh tanya semua students USIM yg dengar ceramah tu. X de maknanya aku nak tipu.

Tapi,

BILA DIA KATA, NIK AZIZ BIN NIK MAT MENGATAKAN ALLAH ITU SAMSENG,

BILA DIA KATA, NIK AZIZ MENGATAKAN ALLAH ITU ZALIM,

BILA DIA KATA NABI X PAKAI SERBAN,

ITU SUDAH KETERLALUAN!!! Secara spontannya, aku angkat kedua-dua tangan setinggi yang boleh dan buat simbul pangkah dengan kedua-dua jari telunjuk. Bukan aku sorang je, sahabatku siap buat aksi tumbuk tangan lgi tanda x puas hati. Good job bebeh..haha. Masa tu jugak, dewan USIM mmg riuh rendah, mungkin susah nak terima apa yang Prof sampaikan.

Prof, sila bukak kitab2 sirah Nabi SAW, apakah yang Nabi guna untuk meleraikan perbalahan kaumnya yg ingin meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya? SERBAN!

Pernahkah Prof tahu apa yang dilakukan Nabi apabila mengetahui ada kucing tidur dalam SERBANNYA??

   PROF, PLEASE READ THE          SIRAH!!!!!!!!



Kau sendiri yang bangga mengaku yang kau tu ahli akademik major bahasa, so..bila ada masalah atau khilaf tentang hukum dalam Al-Quran mengikut perubahan zaman, nanti, kau nak rujuk kat sapa???? Nak ikut ijtimak sapa?????

ULAMAK JUGAK KAN???? Aku x de la alim sgt tpi x de la jahil sangat.



-ceramah pasal bahaya syiah.




Satu perkara yang sangat istimewa pasal USIM, majlis ilmu kat sini sangat meriah, korang perhatikan betul2 gambar di atas,ramai students datang sampai x de tempat duduk. Ada yang sanggup berdiri kat belakang, ADA YANG DUDUK ATAS PENTAS BELAKANG KERUSI PENCERAMAH!! Salah sorangnya aku la. Ramai students duduk bersila kat atas pentas tu so, aku x de la malu sangat ^_^.

5) Kenangan bersama rakyat syiria. Namanya Nawal, ada 6 adik-beradik n sekarang ni dorang tinggal kat Shah Alam. 

 Nice to meet u Nawal


6) Speaking Arabic.

Aku sangat cinta bahasa Arab dan aku sangat teruja untuk mendalaminya. Alhamdulillah aku dikelilingi oleh sahabat2 yang terror cakap arab, kebanyakannya lepsan STAM termasuk la roommate aku, ngee~ J

Aku ada berkenalan dgn sorang foreigner  from Libya.First time jumpa dia, Sungguh aku x paham apa dia cakap tpi bila dah kawan dgn dia, bolela paham sikit2. Namanya Amal, datang USIM buat Master dalam bidang Kaunseling, dah kawen, ada anak yang masih bersekolah n dia tinggal kat Ampang. Masih muda, memang hebatla!

YA ALLAH, BANTULAH ASIAH BT ABDUL RAZAK AGAR MAMPU MENEGUK ILMU SEBANYAK MUNGKIN TERUTAMA MENGUASAI BAHASA ARAB DENGAN BAIKKKKKKKKK SEKALI, AMINNNN!!

 7) Anyway, aku seronok sangat3 belaja kat usim ni. Kadang aku terserempak dengan membe2 skola lama, ada membe yang aku last jumpa masa darjah 3! Namanya Itrah.Dah besar dia sekarang. Memang jodoh kitorang jumpa kat USIM.hahaha.

Banyak gle membe dari KMS yang tegur aku.Honestly, aku x ingat sgt nama dorg sbb x rapat sangat masa kat KMS tpi sumpah terharu weh! Nice to meet u guys J hehe..Apa2pun, disini, di Bumi USIM ni, aku jumpa ramai gle orang yang aku pernah jumpa walaupun sangat sekejap macam Kak Zu, dan kawan lamaku, Itrah, dan Allah mentakdirkan kami bertemu disini alhamdulillah..

Aku berasakan kesan biah solehah disini makin meresap dalam diri. Terima kepada sahabat-sahabat yang sangat aku cintai, walaupun korang perangai gila-gila macam aku, tapi selalu jugak ajak aku gi surau, dengar ceramah.

“Yayah, meh la g masjid, ada ceramah beh!”

“Wei, Habib Syeikh Asseghaf, bakal ayah mertua aku nak datang USIM la, gila x nak pegi..jom gi sama2..hehe”..boleh dia ngaku Habib Syeikh tu ‘ bakal ayah mertua’ dia..perasan betol sahabat aku ni..hahaha.

Hai sapa la Syeikh Habib Asseghaf ni? Dia la yg mem'femes'kan  qasidah ‘YA HANANA’.. ^_^

Semakin lama aku disini, semakin aku mencintai qasidah. Setiap hari Ahad, surau kat asrama aku ada wat qasidah, so semalas-malas aku pun akan g surau jugak iA..semata-mata nak dengar qasidah..ini semua pengaruh Habib Syeikh.haha..

Alhamdulillah aku besyuko sgt3 sebab dikelilingi oleh sahabat2 yang macam ni.

Majilis ilmu memang bersepah kat USIM.

Moga Allah mengampuni dosa2ku, keluargaku yang jauh di mata (‘jauh’ la sangat,haha) , sahabat-sahabat yang sanggup mengharungi perjuangan di sini bersama-sama denganku.






                                         UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA ^__@
                                                      -wassalam-

6 comments:

Maryam Hanani Abdul Razak said...

weeeey jelesss!!

Unknown said...

kekeke ^_^

MiSs iiMa said...

alhamdulillah...kena make sure result sem ni pon 'seimbang' le..

Unknown said...

amin..iA

Unknown said...

macm terkantoi ja dua org tetamu istimewa uhh gara ada adik yg xreti simpn rahsai.hahahha

Unknown said...

alamak..err..haha ^_^