Tuesday 13 May 2014

الصبر من الإيمان

Assalamualaikum semua.. lama sangat aku x update blog ni..bukan sbb x de idea.. tapi sebab banyak sgt assignments.. Allah..rasa macam nak terpacak semua rambut aku. assignment Grafic Design, Database memerlukan kesabaran yang MAHA TINGGI.. dan aku bersyukur kerana aku dikurniakan minat untuk buat benda2 alah  ni...ya.. minat..itulah sebab yang membuatkan aku dapat bertahan sampai sekarang.. bukan setakat dua subjek tu.. tapi jugak bertahan dengan kesusahan subjek2 yg lain.. aminn..in sya Allah.. :)

Okay2.. tu citer pasal assignments.. ni nak citer pasal USIM..

USIM mewajibkan semua students menyertai program lawatan antarabangsa..kitorang kena bayar yuran untuk LA tu.. dan aku sgt suka explore dunia luar.. hehe.. so group aku da bincang nak pegi negara mana.. skrg ni tengah buat kertas kerja..nanti bila kertas kerja da lulus..aku bgitau korang.. negara mana yg kitorang pilih..in sya Allah ^_^

Aku sebagai orang kedua terpenting dalam team ni.. hmmmmmm..mcmmana ye nak cakap.. okay..honestly..aku rasa 'berat' sgt dgn amanah ni.. sbb kawan2 da pilih aku kan.. so aku kena buat yg terbaik.. in sya Allah..

Sebelum ni..aku jarang berurusan dengan lelaki.. bukan setakat jarang.. kalo diberi pilihan..mmg aku x nak.. tapi kali ni aku terpaksa.. tapi aku cuba jugak..

Lelaki oh lelaki..sungguh aku x mengerti....hmmmm...

Setiap manusia..I mean..KITA..pernah buat salah..dan AKAN buat salah..

We have no choice but to learn from our mistakes and MOVE ON!

Sabar.. yep.. saat ini Allah sedang mengajar aku erti sabar.. mcmmana? iaitu dengan 'menghantar' orang yg berbeza pemikiran, berbeza pendapat dan selalu mahu menang..egois.. keras kepala untuk berurusan dengan aku..

Aku selalu berdoa.." Ya Allah.. jadikan aku dari kalangan hamba2-Mu yang sabar".

Nah, sekarang Allah makbulkan doa aku.. bukan setakat mengajar aku erti sabar tapi juga menjadikan aku seorang yg kuat untuk terus melangkah.. walaupun da banyak kali jatuh, tapi setiap kali aku jatuh tu la.. aku dapat merasakan..banyak tangan yg dihulurkan kepadaku.

tapi ada 'satu tangan'.. yang selalu ada untukku.. saat aku rasa down giler.. Dia pujuk aku dengan kalam-Nya yang Maha Indah.. sehingga penyair arab@ ahli sastera yang paling femes ketika zaman nabi pun masuk Islam sbb apa? sbb dia kata..Kalam Al-Khaliq itu terlalu indah dan mustahil ayat2-Nya itu direka oleh manusia.. Subhanallah..

Saat aku merasakan.. orang lain x paham aku.. orang lain salah paham aku.. orang lain judge aku sesuka hati.. orang lain mengatakan sesuatu yg aku x pernah cakap.. orang lain kata aku buat sesuatu tapi aku x pernah buat pun!

Tapi..

Kalam-Nya selalu memujuk hati ini..

Seolah-olah mcm Al-Quran tu kata kat aku,"Wahai Asiah...sabarlah...ni sikit je ni..ada orang kena uji lagi teruk..kalo nak tahu sape..baca la quran tu..". Kisah nabi Musa, kisah Kekasih kita..Muhammad SAW.. dan para  anbiya' yg lain.. dugaan mereka sgt hebat..

Mungkin ada antara kita boleh kata..."Alah..dah dorang Nabi..mestilah hebat..mmg dorang boleh tanggung semua dugaan2 tu..nama pun Nabi"..

Kita senang cakap..cuba bayangkan kalo anda berada di tempat Nabi SAW..mcm dlm situasi kat bawah:

1) Nabi SAW pernah dilempar najis..
2)Pernah kena sihir.
3)Puterinya Zainab, pernah disakiti hingga gugur kandungannya..
4)Masa perang Uhud, rahang Nabi SAW BERDARAH TERUK sbb kena hentam dengan puak2 kafir Mekah..sampai sahabat2 berebut nak cabut anak panah tu.termasuklah sahabat yg cedera parah n ada sahabat yg terlalu cinta kat Nabi SAW, sampai dia TELAN darah yg mengalir dari luka Nabi SAW.. Subhanallah..Sollu a'lan Nabiy
5) Banyak lagi la dugaan2 hebat yg Baginda telah hadapi..

Kalo kita ada kat tempat Baginda..ohhhh..aku x tahu lah.. aku. x sanggup..

Allah dah berapa kali pujuk Nabi SAW dlm Quran..supaya Baginda sabar..sabar dan sabar..

Sama la jugak macam kita.. Allah x kan bagi sesuatu amanah atau mentakdirkan kita dalam kehidupan begini..melainkan kita mampu melakukan..

Jatuh bangun tu biasa..cuma terpulang pada kita.. mahu mencari sumber kekuatan dari mana..

So, bila Ustaz Samer tanya n kata kat aku (dlm lughah arab)..kalo berminat nak hapal quran..dia bersedia tasmi' hafazan aku.. n dia jugak beri aku peluang untuk bertalaqqi dengan dia.. Allahu Akbar.. Alhamdulillah..

Mana mungkin aku menolak pelawaan ini  ^_^..

Aku menasihatkan diri aku.. agar terus istiqomah dan kuat melawan mehnah di sepanjang jalanku menuju redha-Nya..  aku cuma memerlukan sahabat2 yg rapat dgn aku agar JANGAN BERHENTI menjadi 'daya penolak' kpd aku untuk terus istiqomah dengan jalan yang aku pilih..



Alhamdulillah.. ramai yang menyokong aku dari belakang.. my family, lecturers and friends support me a lot! Thank u very much and may Allah bless and grant all of you JANNAH..aminn..in sya Allah.. ^_^








6 comments:

Anonymous said...

Allahu rabbi..Allah tidak akan membebani sseorg itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya..post ini sedikit byk dapat mnyedarkan org supaya kuat bersabar mnghadapi ujian di dunia..harap2 anti dapat teruskan usaha anti utk mngupdate blog ini agar menambah cinta kpd Allah org yg mmbcanya...allahumma yassir wala tuassir...

Unknown said...

amin...in sya Allah.. :)

Muhd Iqbal Samsudin said...

Moga Allah permudahkan segalanya.

* * *

Sebenaqnya, lama dah nak habaq, tapi segan.

Sekarang url blog saya sudah bertukar kepada http://ibnuddin.com .

Sebab saya tengok link blog saya di sebelah kanan blog ni tu ke link lama saya. Itu itu ja la nak habaq. Jazakillahukhairan.

Unknown said...

Assalamualaikum, anyway saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com

Unknown said...

okay iqbal and sis..bereh ^_^

Anonymous said...

Lepas hujan pasti ad pelangi , berapa ramai yg mengeluh bila hujan sedangkan ia rahmat . Begitu juga ujian ia adalah rahmat kesabaran pada hambanya . Dont worry , Allah syg sgt kt hambanya dia x kan bagi ujian yang melampau batas hambanya .


Best sgt tajuk dan point2 yg ditulis dlm blog ni ...:)