Friday, 14 February 2014

The Innocent

Assalamualaikum semua..

‘The Innocent’?? hmm..sapa yg innocent? Haa.. kalo nak tahu..baca sampai abes..skimming pun x pe..asal baca. J
Korang suka kucing? 

“Errr… gelilah.. sbb kucing ni boleh bawak penyakit”.. kak oi.. kalo jaga elok..bagi mandi, syampo n rajin wat medical check kucing tu kat hospital, penyakit x kan datang la dari kucing tu dgn izin Allah..

“Hmm..malaslah”. oKay. Jom tengok akhlaK Rasullullah, dan para sahabat terhadap makhluk Allah yg istimewa ni.

1) Air liur kucing kotor ke?

Pada suatu hari, Baginda Rasul  hendak mengambil wuduk untuk menunaikan solat. Baginda melihat seekor kucing yg sedang minum air di tempayan yang akan digunakan oleh Baginda untuk berwuduk.
Baginda menunggu hingga kucing tu selesai minum, kemudian Rasulullah berwuduk menggunakan air tempayan tersebut.

Kalaulah air liur kucing tu najis, dah lama dah Rasulullah SAW x guna air tempayan tu..

3) Macam biasa, Abu Hurairah, salah seorang perawi hadith yg x kurang femesnye..bersama sahabat2 Nabi SAW yg lain akan berkumpul untuk menuntut ilmu drpd Baginda. Abu Hurairah ni saaaaaaaaaangat suka kucing. Asal jumpa kucing je, dia mesti letak miaw tu dalam jubah lengan dia. Orang arab badan besa weeehh.. entah berapa ekor anak kucing boleh masuk.. hee ^_^ 

Lalu Baginda SAW melihat ada something yg bergerak-gerak dalam lengan jubah Abu Hurairah ni dan Rasulullah pun Tanya la.. then Abu Hurairah jawab, ada kucing dalam lengan jubah dia.. Sebab tu Nabi SAW gelarkan dia Abu Hurairah. 
 I'M A CAT LOVER. 

Okay..sekarang ni aku nak perkenalkan kucing-kucing aku pulak.. masa kat usim, dorang la penghibur hatiku kala duka dan lara.

1) Hai, nama saya Bella. Sebenarnye.. saya tersesat kat banggunan Canselor Usim.. lebih kurang 500 m dari asrama. Kebetulan saya terjumpa dgn Asiah yg terpaksa balik jalan kaki sbb bas x de.. dia la yg bawak saya balik asrama Kolej Kediaman 1.


Kat tempat baru saya ni, ramai orang suka bagi saya makan, siap bagi mcm2 nama timangan lagi.
Saya jugak ada ramai kawan n masa musim mengawan, hampir semua kucing jantan cari saya. Pakai GPS n Waze pulak tu. Saba je la.

One day..
 Bella comes to me and

It bites my finger( bajet gigi tajam ^_^)



2) Hellooo..Namo eden Umar. Walaupun eden Nampak garang, tapi manja gilerr.. sbb tu eden  ada ramai  aweksss..antaranya, Bella, Honey n Yong Le.



Hobi unik eden
    
3) Assalam. Nama I Hani  tpi Asiah panggil aku Honey.  I pun x paham kenapa haha.


Dalam banyak2 kucing kat USIM ni, I’m the only one yg pernah tidur dgn Asiah. Jangan risau. Sebelum dia tidur dgn I, dia ‘scan’ I habis-habisan sampai konfem x de kutu n lain2.  ^_^

Honey, Good Night :)

4) Hoi.. Nama aku Yong Le. Kenapa nama aku mcm cina?  Kalau Honey x paham kenapa nama dia Honey, aku lagi x paham kenapa nama aku Yong Le haha. Mungkin sbb muka aku mcm cina2 sket kot. Maybe.

I love to sleep under green leaves. Bagus x? hee~
________________________________________________________

Mesti korang dah familiar kan tengok kucing kat restoran dok mengiauw-ngiaw mintak makanan. Betul x? 

So, apa korang buat? Sepak n halau kucing tu? Allah2..janganla..

Kalaulah kucing tu paham bahasa melayu, 

Kalaulah kucing tu boleh BERCAKAP bahasa melayu,

Mungkin dia akan cakap mcm ni, 

“aku ni nak mati dah ni sbb x makan lama sangat, korang mampu beli makanan setiap hari, nak bagi sisa makanan kat aku pun kedekut ke?”.

Kalaulah kucing tu mampu bekerja mcm kita,

Kalaulah kucing tu ada income sendiri,

Dah lama dia boleh beli makanan sendiri, 

X perlu tebalkan muka untuk mintak belas kasihan korang untuk makan walaupun hanya  sisa makanan. Hanya kerana dia kucing jalanan yg kotor dan busuk L .



 
May Allah bless you brother  J

Semoga Allah murahkan rezeki pak cik. Ameen J  

For your information, orang kat Syiria sana, I mean, Mujahidin yg x cukup makanan pun x berkira nak kongsi makanan dgn kucing walaupun dorg sendiri kekurangan makanan TAHAP KRITIKAL


Moga Allah beri kemenangan kepada Mujahidin di Syiria, Palestin dan seluruh dunia. Allahu Musta-a’n. Hasbunallahu wani’mal wakeel!!!

   I love this picture :)

Rasulullah, para sahabat, ummul mukminin (isteri2 Nabi SAW) dan para ulamak pun sayang pada makhluk Allah yg comel dan manja ni, janganlah kita melayan dorg dgn kasar seperti sepak, pukul n so on kecuali kalo kucing tu mmg gangster n x de langsung sifat kekucingan. 

Ya, kucing x de akal mcm kita tapi dorg juga punya hati dan perasaan. Mahu menyangi dan disayangi.

Oh ya, kajian telah menunjukkan bahawa dengan memelihara haiwan mcm kucing ni boleh kurangkan stress n sometimes kucing sangat memahami mood owner nye..  J

“Bagai anjing dengan kucing”?

walaupun anjing adalah binatang kategori najis mughallazoh, tpi dia still makhluk Allah yg ada rasa sayang dan ingin disayangi walaupun dia sendiri tidak berakal. Subhanallah :)


Oppa gangnam style haha!

^_^!

-WASSALAM-



Saturday, 11 January 2014

Sisterhood

Assalamualaikum semua..harap sehat-sehat belaka.. aku x sempat update blog bulan lepas sebab prepare untuk final exam.. alhamdulillah.. harap2 resultku tidak terlalu mengecewakan..aminnn ya Allah.. sehari sebelum exam..aku sudah menunjukkan simptom2 demam+selsema+batuk.. esoknya tu.. dengan hujan lebat+aircond dalam dewan yang membuatkan aku rasa mcm berada di Kutub Utara.. lpas kuar dewan tu..terus dapat DSB.(Demam+Batuk+Selsema)..haha,, tpi x pe,. ada banyak hikmahnya.. :)

1) Sebelum cerita pasal sisterhood .. aku seakan x percaya yg aku sudahpun menamatkan 1 Sem kat USIM ni.. banyak kawan yg datang drpd backround yg berlainan..aa..aku sempat belaja loghat tengganu dgn kawan2.. masa zaman matrik selangor dlu.. roommate aku oghang ganung..bila masuk u pung.kawang kite oghang ganung jugop..haha..

Seronok sangat sebab diberikan peluang untuk meneguk ilmu yg sangat bermanfaat drpd org yg hebat..maksud aku..aku sempat belajar Sirah Nabawiyah karangan Dr. Syeikh Ramadhan Al-Buti drpd Ustaz Sameer..

Pensyarah kebangganku ni yang berasal drpd Palestin n pernah tinggal di Syiria...Dia communicate dgn kitorang gne bahasa Arab n ada juga belajar beberapa perkataan BM..kalau susah sgt nk bgi kitorang paham..dia berlakon..honestly, HE IS A TALENTED ACTOR.. aku paling suka kuliah dia..aku paling suka sesi kelas dia..hehe.

Dia berjaya membuatkan banyak hati tersentuh dengan perjalanan hidup nabi Muhammad SAW.. pendekatan dan penceritaan yangsangat menarik, sama sekali tidak sama dengan cikgu yg mengajar Sirah masa zaman skolah rendah dulu yang agak membosankan..

Aku ada sorang kawan. Dia cool orangnya. Asal ada orang buat dia marah pun dia coool jugak. Dia satu dgn kitorg masa buat kajian pasal penerapan nilai2 Islam di kg orang asli kat kelantan.. kat sana.. dia bukak citer..dulu..dia panas baran...

Then, aku kata, aku x nampak pun dia ni panas baran.. dia kata...lepas dia belajar Sirah Nabawiyah dgn Ustaz Samer, dia boleh 'rasa' penderitaan yg nabi alami jaaaaaaaauhh lebih hebat dan dasyat tapi nabi still boleh sabar dengan sume tu.so sbb tu dia dah mula belajar erti sabar.

Masa kuliah ustaz yg kedua last,  part nabi wafat tu..hampir satu kuliah menangis sekali dgn Ustaz Samer.. Ustaz, syukran atas ilmu yg dicurahkan..saya rasa bertuah sebab sempat berguru dengan ustaz :)


Ingat lagi kata-kata ustaz masa habis kelas Sirah yg pertama.. Bila kelas tamat, aku orang last yg kuar kelas n ustaz tggu kat pintu..Ustaz Samer kata, "Ya Bintu Razzak..enti jayyidah". Walaupun gred sirah aku x sampai 100% tapi sampai sekarang, aku rasa bersemangat sangat belajar sirah..walaupun dah abes final exam.. ^_^

2) Bukan sorang je yg exam..kakak2 kat UMS n kat Zagazig, Mesir pun exam jugak..so.one of them sent me pictures through Wassup..



Sis, thank u very much :) then I already edited two pictures but I cant send  it through Wassup due to some problems..so.. I uploaded the pictures here.. :)

Hope to see u soon :)

Miss both of u so much ^_^.

3) Nama kelas aku BQB1..aku pun x paham kenapa BQB.. hoho.. buat classmate aku..aku seronok sebab sempat kenal korang walaupun sekejap.. banyak kenangan bersama..





^_^

4)  Sampai sekarang aku x percaya yg sepupu aku dah kawen..sebab apa tau? sebab dia SEBAYA dengan aku.  

Zubaidah, aku masih ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu.. kita main anak patung, main masak2 dan menyanyi sambil melompat-lompat atas katil bersama..tup2 hang dah kawen..Betul cakap hang...lebih baik menikah drpd kapel.. harap2 kita masih lagi boleh bersembang sakan mcm dulu walaupun hang dah berstatus MRS.


Apa2pun..harap hang bahagia bersama suami tercinta. Semoga hang menjadi isteri dan ibu yang solehah.

So sweet~ ^_^
Apabila termeterai lafaz sakinah yang mengikat dua hati yang bercinta kerana Allah, maka menangislah syaitan kerana tiada lagi peluang untuk mengodanya untuk mendekati maksiat.

Zubaidah, walaupun hang kawen pada usia yg sangat muda, tapi itu bukanlah alasan untuk berhenti terus meneguk ilmu dunia dan ilmu akhirat. Jangan terlalu leka dan lalai dengan harta dan kemewahan sehingga membutakan hati dan menjauhkan diri dengan Allah.

Bak kata classmate aku masa darjah 5(2005) dan telah kembali ke rahmatullah 3/1 yg lalu, dia kata" Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit". Jadikanlah kemewahan sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Doa aku yang terbaik buat hang..amin iA :)

5) Ada sorang hamba Allah ni.. dia sangat istimewa..aku membesar dengan dia.. masa kecik2 dulu..

kami selalu berebut mainan walaupun mainan tu aku punya.. 

selalu berebut buaian walaupun buaian tu aku punya.. 

selalu berebut buku ABC.. walaupun buku tu aku punya..

Selalu berebut tandas walaupun aku lebih desperate masuk tandas tu drpd dia..

tu masa kecik2 okay..hehe.. ^_^

Dia cucu kepada mak long aku.. aku panggil mak long aku "Mak" sebab dia mengasuh aku dari kecik atas amanah arwah mama...

Walaupun dia sepatutnya panggil Mak Su@ Cik Su sbb mama dia sepupu aku....tapi dia panggil aku Kak Ciah yang membuatkan aku rasa muda sentiasa..haha..

Last aku jumpa dia masa lepas SPM..masa tu dia baru F4..selepas 2 tahun x jumpa..masa cuti sem ni la..aku pegi umah dia.. dia dah besar sekarang.. aku rasa mcm aku pulak yg semakin mengecil..haha..


Love u always :)


-THE END-

Saturday, 23 November 2013

The Other Half

The Other Half
Assalamualaikum korang..pe kaba? Sehat? Mudah-mudahan sehat hendaknya. Akhir2 ni, mata aku sikit lebam sebab x cukup tido. Assignment aku ‘sikitttt’ sangat. Huhu. Aku cuba untuk mencari peluang untuk keluar dari dunia yang kadangkala membuatkan aku stress.. so aku tulih la blog kali ni.. haha

1) Aku ada sorang English lecturer, Miss Yana.. dia ada best friend yang sedang melanjutkan PhD dalam course Tesl di University of York. Nama dia Fariha n classmates aku panggil dia Kak Fariha. Dia selalu je datang USIM n interview kitorang untuk siapkan tesis dia.

    Lpas abes interview..


                             Bersama Kak Fariha (Shawl merah sebelah kiri aku)

Dia bagi kad kawen kat aku.. kita selalu dapat kad kawen yang tertulis,( nama orang) dan keluarga..tapi aku dapat…


                                                                ^_^

Miss Yana ada cerita kat kitorang tentang drama percintaan Kak Fariha n bakal suami dia. Memang drama abes..hahaha.. Sanggup Kak Fariha pergi  UK semata-mata nak jauhkan diri drpd si dia..tapi dah jodoh kan..hmmm.. jodoh x kemana.. hee~

Kak Fariha kata bas akan disediakan untuk kitorang.. aku n classmates sume excited nak pegi..tetiba dia call kata bas x de atas sebab2 yang x boleh dielakkan.. eargh! Tention! Sbb x leh g wedding je pun.. Haha.. so  kitorang suma sewa keta semata-mata nak g wedding dia kat Uniten. Aku dah dua kali pegi  Uniten.. Cantik J


                              Cuba teka mana satu lecturer aku, Miss Yana?  :)


                                       

                                         Congrates Miss..Upsssss..Mrs.Fariha . ^_^


                Bersama pengantin baru dinikahkan pada malam sebelum majlis kenduri :)

First time aku pegi wedding yang pengacara majlisnya mengendalikan majlis dalam BAHASA ARAB! Memang terbaiklah! aku nak buat macam ni jugak la nanti..haha.


I don't know who are  the lucky guy that will come into my life to complete half of my Deen and be 'my other half'  ^_^ .. I never have a special boyfriend BUT...






Kepada Kak Fariha.. MABRUK ALAIK! Moga bahagia ke anak cucu.. Moga selamat kembali ke UK..Doakan kejayaan saya tau!  ^_^

*Amat terkesan dengan kematian saudara Ahmad Ammar. Pemergianmu ditangisi saudara seagama yang tidak pernah bersua muka denganmu. 


Moga rohmu tenang disisi kekasihmu, Al-Khaliq juga disamping sahabat Rasulullah yang sanggup menelan peluh nabi kerana cintanya yang teramat sangat....subhanallah.. what a great ending of life! :)

  -Wallualam-

Sunday, 27 October 2013

A 'walking dictionary'.

Assalamualaikum semua.. sehat ke? Lepas makan daging lembu @ kambing yang terkorban masa raya korban baru2 ni, harap korang makin sehat. hehe ^_^

1) Masa raya korban haritu, banyak orang pakat sembelih lembu, kambing..tapi aku sembelih AYAM!!

Ni la kali pertama aku sembelih ayam.. aku x nak join program ni tapi dah kawan2 aku ramai yang join sebab takut nak sembelih ayam tapi dah ramai sahabat2 yang join so aku pun ikot je la. Program ni dijalankan di USIM dibawah penyeliaan pihak JAKIM.

Bila tengok video2 yang ditunjukkan oleh pihak JAKIM masa dorang wat spot check kat restoran2 n premis2 ayam.. tekak aku rasa loya teruk! Rupa ayam yang kita biasa tengok tu dah siap untuk dijual mmg elok+bersih+bersinar+melazatkan.. tapi korang tahu ke sapa yang sembelih? Islamkah penyembelih itu?. Kalo korang yakin ayam tu datang dari sumber yang bersih n halal.. x pela..mcm abah kawan aku, dia beli ayam dan sembelih ayam sendiri. Yang ni lagi bagus..haha.

Dah banyak kes restoran2 mamak yang menggunakan tanda halal JAKIM palsu siap dengan gamba2 tulisan kalimah ALLAH N MUHAMMAD kat entrance restoran dorang tapi cuba korang tengok bahagian dapur restoran tu, bersih x? cuba korang Tanya mamak tu, restoran tu ada jual daging lembu x? sbb mamak yang kononnya muslim ni dorang x makan daging lembu.. kalo nak pasti lagi..suruh dorang mengucap..kalo berani buat la.. haha.. Pegawai JAKIM tu kata, x de satu pun kedai mamak kat area Nilai yang dapat sijil halal JAKIM. USIM Students, TAKE NOTE!

Selepas mendengar ceramah drpd pihak JAKIM yang meloyakan tekak aku, akhirnya tibalah saat2 yang dinantikan..sembelih ayam!


                                                 Bersama ayam yang bakal ‘syahid’ ditanganku.

Awak(ayam)..Sebenarnye kan awak (ayam).. saya sedih sangat tengok awak (ayam).. tapi bila saya tengok awak (ayam) tu.. perut saya berdondang sayang.. ermm..macam mana tu awak (ayam).. hee~

Lepas tu aku pun apa lagi.



                                    Meraba tengkuk ayam untuk mencari HALKUM DAN MARIH.



BISMILLAHI ALLAHU AKBAR!!! Terketar-ketar tanganku pegang pisau tpi ok la hee~ J.. ada kawan aku yang terlalu nervous sembelih ayam sampai terputus tengkok ayam tu HAHA!

Lepas tu, aku biarkan ayam tu menggelupur sendirian atas rumput. Masa aku sedang melihat ayam sembelihanku menghadapi saat2 sakarat.. tetiba ada pulak kawan aku yang tengah queue (beratur) untuk sembelih ayam..dia datang kat aku n jerit” Asiah, tolonggg..ayam ni nak lari!!” .. haish.. aku tengah feeling ni.. ayoyo.. hahaha..


                          Gamba candid..guna henpon aku lak tu.. bertuah punya kawan.. ^_^!

Makruh menajamkan alat sembelihan atau menyembelih ayam dihadapan ayam2 lain atau menunjukkan ‘mayat’ ayam kepada ayam2 yang laen kerana perkara itu boleh menakutkan ayam yang akan disembelih.. Binatang juga punya hati dan perasaan tau~



                                                          Special case.. hehe ^_^

2) Masa kat matrik Selangor, aku ada sorang classmate. Namaya Amalina n aku panggil dia Ina. Dia la yang hadiahkan aku tudung labuh yang dia jahit sendiri masa besday aku yang ke-18. Aku ada tulih pasal dia dalam entry pertama aku dalam blog ni. Lepas habis matrik, kitorang dua masuk USIM tapi dia amek course sains computer ( Information Security and Assurance) dan aku pulak amek course Pengajian Quran n Multimedia (Quranic & Multimedia Studies). Fakulti kitorang pun dah jauh kemain, memang susah la nak jumpa.

Nak dijadikan cerita, dia kata dia nak tukar course sebab x minat math, sama la macam aku..tapi aku apply course ni sbb aku minat.. iA 

Then Ina gtau yang dia dah apply course aku dan permohonan dia diterima. Allah mentakdirkan dia sekelas dengan aku di USIM selama 4 TAHUN dan setahun di matrik Selangor(sebelum masuk USIM).. kiranya kitorang akan jadi classmate 5 tahun la( iA).. lamanya... fuh!


                                                      Ina, nice to meet you again  ^_^

3) Part ni aku berat hati nak tulis tapi nak tulih jugak.

Aku ada sorang English lecturer, namanya Sir Ibrahim tpi kitorang panggil dia ‘Ayahanda’.. Aku x paham kenapa dia suka sebut2 nama aku kat kelas laen sampai la ke kelas roommate kepada classmate aku yang amek course Bahasa Arab. Aku rasa assignment aku biasa2 je n aku x de la terer English sangat. Masih merangkak-rangkak lagi untuk jdi seorang ‘mutamakkinah’( expert in English). 

So, roommate kepada classmate aku ni, Hanan namanya. Dia nakkkkkkk sangat jumpa aku. Sumpah aku segan. Segan giler. Gile pun x segan macam tu.  Satu malam ni, aku pegi bilik classmate aku sebab ada keje sket, terserempak la dengan Hanan ni. 

Subhanallah, SHE IS AMAZING+ SUPER EXPERT IN ARABIC LANGUAGE. Aku memang suka berkawan dengan orang yang terer arab ni, lepasan STAM lagi. Peribadinya memang AWESOME.. aku rasa rendah diri dengan dia tapi dia banyak cakap+perangai gila2..just like me. Baru jumpa dia tapi macam dah lama kenal. Inilah sebenar-benar ukhwah J

Bila terserempak dengan dia kat fakulti, dia banyak tolong aku cakap arab. Thanks Hanan. May Allah bless u bebeh ^_^.

She is my ‘walking dictionary’ J.

Dia ada gtau yang dia ada apply Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin dan Alhamdulillah permohonan dia diterima. Aku x tau kenapa aku sedih giler.. padahal aku baru kenal dia x sampai 2 bulan.

Masa kali terakhir aku jumpa dia, dia  ada tengok video2 dalam henpon aku.. aku biarkan je dia.. tapi bila dia nak bukak satu video aku yang agak private(private la sangat haha), aku cepat2 rampas henpon tu. Then dia kata, “ Asiah, lepas ni aku x jumpa kau dah.. 4 tahun..lama tu”, spontannya aku lepaskan tangan aku n bagi dia tengok video tu.. video yang menghilangkan mengantuk.. hahahaha.

Then aku bukak lak henpon dia tengok gamba2.. dia biarkan jer aku..sampai la satu  gambar ni.. dia rampas henpon dia.. then aku kata, “ Hanan, lepas ni mungkin aku dah jumpa kau selama 4 tahun Hanan 4 TAHUN!”. Secara automatiknya, dia lepaskan tangan n aku pun tengok la gambar tu.. owh.. rupa2nya…sahabat kebanggaan aku ni seorang Niqabis! (Pakai purdah kat luar USIM sbb kat dalam USIM x leh pakai niqab).. lagi la aku bangga dengan kau Hanan! J

Sebelum berpisah, aku sempat bluetooth dia satu gamba yg aku edit sendiri..



Hanan, sebagai seorang sahabat…aku sayang padamu ^_^  jgn lupakan aku tau. Doa aku yang terbaik untuk kau. Kat Mesir nanti, jangan tanggal niqab ea. Moga istiqamah. Sumpah aku sedih giler masa last jumpa kau.. tpi x pela..nak wat camne.. siapalah aku mahu menghalangmu..kerana kita berdua adalah musafir ilmu~

Ya Allah, permudahkan setiap langkahnya menuju redha-Mu.. amin.. iA J

*Hanan, thanks 4 the lovely hijab. Moga ketemu lagi. AMEENNNN.. iA ^_^


                                                    -WASSALAM-

Monday, 30 September 2013

First Step

Assalamualakum semua..alhamdulillah ala kulli hal (semua urusan). Sukar untuk menterjemah perasaan aku time ni. Aku tulih ikut suka hati je ea.hehe.. ^_^

1) Kenduri kawen abang can kat umah fi Sungai Buloh. Moga bahagia sampai syurga ye abg can
poyo..bersama zaujah manisnya..iA J




Masa kenduri tu, ada dua orang tetamu yang lebih istimewa drpd dorg suma kat atas tu..aku x kan lupa dorang dua..hehe.. ^__^

2) Masuk USIM.

Semalam, masa aku tengah landing atas katil, aku termenung sorang2. Kalo dulu, aku tengok USIM dari jauh je n teringat betapa susahnya aku melalui alam persekolahan+ zaman matrikulasi yang sangat banyak pahit manisnya.

Dan sekarang susah nak percaya yang aku dah jdi student USIM n dapat course yang aku impikan setelah buat solat istikharah.. Pengajian Quran & Multimedia. Dalam family aku, aku sorang je kot yang amek course yang seimbang dunia akhiraat.HAHA ^_^

3) Kak Zu

Beberapa bulan sebelum masuk USIM, aku pegi Masjid Negara, KL teman papa bagi forum Forum Perdana yang dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Agama Islam, apa ntah nama dia..aku x ingat la..then, aku g solat zohor kat Masjid Negara n terserempak dengan sorang kakak ni yang kebetulan nak solat jugak.

Aku tegur akak tu, nama dia Kak Zu baru lepas amek STP n tengah tunggu tawaran university sama dengan aku. Then, aku ajak dia solat Jemaah dan Kak Zu jadi imam. Lepas tu aku balik umah N x jumpa dah dengan dia.

Masa minggu orientasi kat USIM, ada forum “Erti Kemerdekaan Yg Sebenar”, Ustaz Ridhuan Tee dan Ustaz Pahrol A. Juoi dijemput jdi panel. Memang gempak abes r.

Masa aku tengah sakit perut layan jenaka Ustaz Ridhuan Tee, TIBA-TIBA..

Ustaz Ridhuan Tee(baju biru), Ustaz Pahrol(baju hitam)


Ada kakak yg dok kat depan aku, dia kata ”Eh, macam pernah jumpa je kamu ni, kita jumpa kat Masjid Negara, ingat lagi x??”. Kak Zu!!  Mana mungkin aku lupa..



Sembang punya sembang, rupa2nya bilik dia depan bilik aku je. Memang x leh blah betol.
Kak Zu.. Kita berjumpa lagi di USIM. Subhanallah..SPEECHLESS!!! ^_^

4) Majlis2 ilmu

-Silap masuk majlis ilmu.

Aku juga ada pergi ceramah anjuran KEMENTERIAN, yang bertajuk “Mensyukuri Nikmat Keamanan”.
Panel yang dijemput adalah seorang Profesor dari UITM dan namanya terpaksa aku rahsiakan.
Sejam pertama, hujah2 yang dikemukakan memang sangat bernas, memang aku tabik la untuk SEJAM PERTAMA SAJE..TAPI..

Aku x sangka pulak dia ni PRO BN.HAHAHA.

Dia ada kutuk Anwar Ibrahim sebab x bagi DNA dia untuk disiasat.

Dia pertahankan bahawa PTPTN SANGAT tidak wajar dimansuhkan.

Dia kata perhimpunan BERSIH 2.0 adalah rancangan Barat untuk menhuru-harakan Malaysia. Kata x nak mahasiswa terlibat dalam politik, so kenapa bagi ceramah politik dalam universiti??

Sepanjang dia merapu tu, aku tahannnnnn ja, kalo ikutkan hati, memang aku nak jerit dah waktu tu.. Ada student USIM yang keluar dewan sebagai tanda protes. MAYBE.

Korang boleh tanya semua students USIM yg dengar ceramah tu. X de maknanya aku nak tipu.

Tapi,

BILA DIA KATA, NIK AZIZ BIN NIK MAT MENGATAKAN ALLAH ITU SAMSENG,

BILA DIA KATA, NIK AZIZ MENGATAKAN ALLAH ITU ZALIM,

BILA DIA KATA NABI X PAKAI SERBAN,

ITU SUDAH KETERLALUAN!!! Secara spontannya, aku angkat kedua-dua tangan setinggi yang boleh dan buat simbul pangkah dengan kedua-dua jari telunjuk. Bukan aku sorang je, sahabatku siap buat aksi tumbuk tangan lgi tanda x puas hati. Good job bebeh..haha. Masa tu jugak, dewan USIM mmg riuh rendah, mungkin susah nak terima apa yang Prof sampaikan.

Prof, sila bukak kitab2 sirah Nabi SAW, apakah yang Nabi guna untuk meleraikan perbalahan kaumnya yg ingin meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya? SERBAN!

Pernahkah Prof tahu apa yang dilakukan Nabi apabila mengetahui ada kucing tidur dalam SERBANNYA??

   PROF, PLEASE READ THE          SIRAH!!!!!!!!



Kau sendiri yang bangga mengaku yang kau tu ahli akademik major bahasa, so..bila ada masalah atau khilaf tentang hukum dalam Al-Quran mengikut perubahan zaman, nanti, kau nak rujuk kat sapa???? Nak ikut ijtimak sapa?????

ULAMAK JUGAK KAN???? Aku x de la alim sgt tpi x de la jahil sangat.



-ceramah pasal bahaya syiah.




Satu perkara yang sangat istimewa pasal USIM, majlis ilmu kat sini sangat meriah, korang perhatikan betul2 gambar di atas,ramai students datang sampai x de tempat duduk. Ada yang sanggup berdiri kat belakang, ADA YANG DUDUK ATAS PENTAS BELAKANG KERUSI PENCERAMAH!! Salah sorangnya aku la. Ramai students duduk bersila kat atas pentas tu so, aku x de la malu sangat ^_^.

5) Kenangan bersama rakyat syiria. Namanya Nawal, ada 6 adik-beradik n sekarang ni dorang tinggal kat Shah Alam. 

 Nice to meet u Nawal


6) Speaking Arabic.

Aku sangat cinta bahasa Arab dan aku sangat teruja untuk mendalaminya. Alhamdulillah aku dikelilingi oleh sahabat2 yang terror cakap arab, kebanyakannya lepsan STAM termasuk la roommate aku, ngee~ J

Aku ada berkenalan dgn sorang foreigner  from Libya.First time jumpa dia, Sungguh aku x paham apa dia cakap tpi bila dah kawan dgn dia, bolela paham sikit2. Namanya Amal, datang USIM buat Master dalam bidang Kaunseling, dah kawen, ada anak yang masih bersekolah n dia tinggal kat Ampang. Masih muda, memang hebatla!

YA ALLAH, BANTULAH ASIAH BT ABDUL RAZAK AGAR MAMPU MENEGUK ILMU SEBANYAK MUNGKIN TERUTAMA MENGUASAI BAHASA ARAB DENGAN BAIKKKKKKKKK SEKALI, AMINNNN!!

 7) Anyway, aku seronok sangat3 belaja kat usim ni. Kadang aku terserempak dengan membe2 skola lama, ada membe yang aku last jumpa masa darjah 3! Namanya Itrah.Dah besar dia sekarang. Memang jodoh kitorang jumpa kat USIM.hahaha.

Banyak gle membe dari KMS yang tegur aku.Honestly, aku x ingat sgt nama dorg sbb x rapat sangat masa kat KMS tpi sumpah terharu weh! Nice to meet u guys J hehe..Apa2pun, disini, di Bumi USIM ni, aku jumpa ramai gle orang yang aku pernah jumpa walaupun sangat sekejap macam Kak Zu, dan kawan lamaku, Itrah, dan Allah mentakdirkan kami bertemu disini alhamdulillah..

Aku berasakan kesan biah solehah disini makin meresap dalam diri. Terima kepada sahabat-sahabat yang sangat aku cintai, walaupun korang perangai gila-gila macam aku, tapi selalu jugak ajak aku gi surau, dengar ceramah.

“Yayah, meh la g masjid, ada ceramah beh!”

“Wei, Habib Syeikh Asseghaf, bakal ayah mertua aku nak datang USIM la, gila x nak pegi..jom gi sama2..hehe”..boleh dia ngaku Habib Syeikh tu ‘ bakal ayah mertua’ dia..perasan betol sahabat aku ni..hahaha.

Hai sapa la Syeikh Habib Asseghaf ni? Dia la yg mem'femes'kan  qasidah ‘YA HANANA’.. ^_^

Semakin lama aku disini, semakin aku mencintai qasidah. Setiap hari Ahad, surau kat asrama aku ada wat qasidah, so semalas-malas aku pun akan g surau jugak iA..semata-mata nak dengar qasidah..ini semua pengaruh Habib Syeikh.haha..

Alhamdulillah aku besyuko sgt3 sebab dikelilingi oleh sahabat2 yang macam ni.

Majilis ilmu memang bersepah kat USIM.

Moga Allah mengampuni dosa2ku, keluargaku yang jauh di mata (‘jauh’ la sangat,haha) , sahabat-sahabat yang sanggup mengharungi perjuangan di sini bersama-sama denganku.






                                         UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA ^__@
                                                      -wassalam-