Tuesday, 5 August 2014

هدايه

Assalamualaikum semua..alhamdulillah.. ermm..sebenarnya kan..aku ada baaaanyak sgt nak tulis kat sini..tapi x tau la sempat ke x nak tulis semua..


1     1-  Semua orang tahu apa yg terjadi di Gaza pada bulan puasa yg lalu..perkara yg sama terjadi pada syiria,  Iraq, iran, Burma, selatan Thailand, Anggola, Afrika, Yaman dan banyak lagi umat Islam yg tertindas di seluruh dunia..tapi yg kita Nampak Cuma Gaza dan Syiria je..

Even kat Malaysia pun..masih ada beberapa perkara yg jelas menunjukkan umat Islam tertintas di   Negara yg menjadikan Islam sebagai agama rasmi..tertindas di Negara sendiri..

COMANGO telah mendapat sokongan majoriti drpd pemimpin2 Islam ***** sampai Mufti Perak suruh dorang mengucap balik..COMANGO yg menghapuskan hak orang Islam secara TOTAL di Malaysia..aku x tau la apa akan jadi nanti :(

































 Aku terjumpa satu artikel dalam BH yg mengatakan bahawa rakyat Malaysia sepatutnya tidak berjihad di Syiria..hmmm.. cuba bayangkan kalo ada orang melayu kat mana2 negeri kat Mesia ni yg diculik atau dipenjara(atas sebab ditipu dan sewaktu dengannya) kat luar negara, aku yakin kerajaaan mesia akan buat apa saja untuk bawak balik orang tu ke Negara ni.. 

Tapi aku pelik bila saudara SEAGAMA yg tidak berdosa dibunuh oleh kambing2 Zionis dan syiah laknatullah..  ada antara kita yg pekakkan telinga dan butakan mata seolah-olah mcm x tahu apa yg berlaku…kalo ditakdirkan perkara yg sama berlaku kat Mesia ni..baru kita tahu langit tu tinggi ke rendah.nauzubillah..

Saudara2 kita di sana..

Diseksa dgn macam2 cara, ada yg diletakkan dalam bilik seorang diri yg dipenuhi anjing liar+lapar, tubuh mereka dialirkan arus elektrik yg sangat tinggi, wanita2 dirogol sampai ada yg bunuh diri sbb x tahan sgt dah..dan ratusan jenis seksaan lagi yg dorang SEDANG rasa saat ni..

Mungkin bukan ibu, kakak or adik perempuan dorg yg dirogol dan dibunuh depan mata,

Mungkin bukan ayah, abang or adik lelaki dorang yg diseksa sampai mati dalam penjara,



Sebab tu dorang pekakkan telinga, butakan mata dan mengatakan kita sepatutnya tidak perlu berjihad di sana..bahkan yg lebih bodoh lagi..bila mengeluarkan statement bahawa rakyat Negara ini tidak perlu memboikot produk yahudi…tidak ada faedahnya bahkan merugikan ekonomi Negara..katanya.. HAHA.. apa susah..kita kan ada pakar ekonomi yg hebat2..carilah inisiatif lain..x mati aih kalo x makan McD..bukannya sihat makanan tu..maksud aku bukan McD je tapi mana2 fast food.. dan x sepatutnya makan selalu..

Aku rapat dengan sorang pensyarah..aku panggil dia Ustaz Samer or Dr. Samer sbb dia ada PhD dalam bidang Syariah dan dia berasal dari Palestin.. 

Dialah yg menyediakan jadual hafazan aku setiap bulan bahkan dia jugaklah yg membetulkan bacaan Quran aku setiap minggu kat office dia.. bila aku baca Quran mcm biasa..dia betulkan bacaan ikut lahjah arab sampai berbelit-belit lidah ni haha!

 Bukankah Nabi SAW menggalakkan kita membaca Quran mengikut lahjah arab? ^_^

Aku tahu betapa sayangnya ustaz pada Tanah Palestina..so..bila ada je berita Gaza diserang atau bom phosphorus atau apa saja yg berlaku disana , aku turut berasa sedih yg amat sgt.. sukar digambarkan perasaan ini.. :(

Aku tabik spring kat PM Turki..Erdogan sebab dia mengeluarkan statement bahawa Turki akan menghantar bantuan ketenteraan kalo Gaza musnah..Allahuakbar!..Moga Allah merahmati seluruh penduduk Turki..AMINNNN!

 Kepada keldai2 Zionis dan Syiah laknatullah.. Kamu harus ingat bahawa mujahidin kami kuat dan tidak takut mati..bahkan mereka sgt inginkan syahid..mereka tidak pengecut seperti kamu!

WAhai keldai2 Zionis, hantarlah roket, bom atau yg paling canggih sekalipun kepada kami..

              Nescaya kami menembakmu dengan tepat dan menghantar kamu semua ke neraka!

Wahai saudaraku, berdoalah.. walaupun doa merupakan sekecil-kecil usaha tapi doa ialah sekuat-kuat senjata!

 2-      Masa bulan puasa haritu..aku ada join kakak ipar aku bukak puasa dgn TV al-Hijrah kat sebuah hotel milik Tabung Haji.. lepas bukak puasa aku terus rush ke hotel untuk solat..lepas berwuduk aku tengok ada dua orang wanita sedang solat berjemaah. Aku pun join la..

Masa imam tengah baca surah Al-Fatihah..aku mcm kenal je suara tu.. mcm suara sorang artis yg aku kenal…sorang artis yg dulunya pakai seksi giler tapi alhamdulillah sekarang dia sudah banyak berubah.. tapi aku x sure sgt la..betul ke artist tu yg aku fikir.. mgkin x kot..buat apa dia nk solat kat sini dgn aku..dia kan artis..maybe la.. (Nampak sgt aku solat x kusyuk hahahahahaha)

Lepas bagi salam kiri kanan..n baca doa lepas solat.. masa aku nk salam la dgn dia..alangkah terkejutnya aku.. mmg dia la artis yg aku fikirkan..

                                                                 aku n Diana amir ^_^
    
    3-     Tiga hari sebelum raya..aku bukak puasa kat Batang Kali dengan sahabat aku..suara dia merdu~ala2 Najwa Latif gitu ^_^.. n aku balik ke rumah naik ktm..bukan jauh sgt pun rumah aku..Sungai Buloh je.. (hmm..sebenarnya...jauh la jugak)

       Dalam ktm tu..aku berkenalan dgn sorg perempuan..sebaya dgn aku.. namanya Hidayah.. dia menjalani praktikal dlm course Travel n Tourism di Melaka.. dia sgt baik..subhanallah.

Dalam masa yg sgt singkat tu..kami berkongsi mcm2 cerita..tulah hikmah ktm lambat sangat haha! Kami berborak macam dah lama kenal tapi sayangnya..dia x pakai tudung dan rambutnya bewarna ******..

Dalam hati aku bermonolog sendiri,

“Hidayah..kamu cantik dan sgt manis orangnya.. tapi kamu akan kelihatan lebih cantik kalau bertudung..”

Doaku semoga Hidayah mendapat ‘hidayah’! amiiinn in sya Allah ^_^

*Sempena Syawal yg mulia ni..aku nk minx maaf atas semua silap salah aku sama ada sengaja   atau tidak.. bukan pada bulan Syawal saja..tapi setiap masa dan setiap saat..maafkan aku..aku manusia..sentiasa tidak sempurna..  thanks kpd sesape yg wish besday kat aku..may Allah bless all of you..ameen :)

Tuesday, 13 May 2014

الصبر من الإيمان

Assalamualaikum semua.. lama sangat aku x update blog ni..bukan sbb x de idea.. tapi sebab banyak sgt assignments.. Allah..rasa macam nak terpacak semua rambut aku. assignment Grafic Design, Database memerlukan kesabaran yang MAHA TINGGI.. dan aku bersyukur kerana aku dikurniakan minat untuk buat benda2 alah  ni...ya.. minat..itulah sebab yang membuatkan aku dapat bertahan sampai sekarang.. bukan setakat dua subjek tu.. tapi jugak bertahan dengan kesusahan subjek2 yg lain.. aminn..in sya Allah.. :)

Okay2.. tu citer pasal assignments.. ni nak citer pasal USIM..

USIM mewajibkan semua students menyertai program lawatan antarabangsa..kitorang kena bayar yuran untuk LA tu.. dan aku sgt suka explore dunia luar.. hehe.. so group aku da bincang nak pegi negara mana.. skrg ni tengah buat kertas kerja..nanti bila kertas kerja da lulus..aku bgitau korang.. negara mana yg kitorang pilih..in sya Allah ^_^

Aku sebagai orang kedua terpenting dalam team ni.. hmmmmmm..mcmmana ye nak cakap.. okay..honestly..aku rasa 'berat' sgt dgn amanah ni.. sbb kawan2 da pilih aku kan.. so aku kena buat yg terbaik.. in sya Allah..

Sebelum ni..aku jarang berurusan dengan lelaki.. bukan setakat jarang.. kalo diberi pilihan..mmg aku x nak.. tapi kali ni aku terpaksa.. tapi aku cuba jugak..

Lelaki oh lelaki..sungguh aku x mengerti....hmmmm...

Setiap manusia..I mean..KITA..pernah buat salah..dan AKAN buat salah..

We have no choice but to learn from our mistakes and MOVE ON!

Sabar.. yep.. saat ini Allah sedang mengajar aku erti sabar.. mcmmana? iaitu dengan 'menghantar' orang yg berbeza pemikiran, berbeza pendapat dan selalu mahu menang..egois.. keras kepala untuk berurusan dengan aku..

Aku selalu berdoa.." Ya Allah.. jadikan aku dari kalangan hamba2-Mu yang sabar".

Nah, sekarang Allah makbulkan doa aku.. bukan setakat mengajar aku erti sabar tapi juga menjadikan aku seorang yg kuat untuk terus melangkah.. walaupun da banyak kali jatuh, tapi setiap kali aku jatuh tu la.. aku dapat merasakan..banyak tangan yg dihulurkan kepadaku.

tapi ada 'satu tangan'.. yang selalu ada untukku.. saat aku rasa down giler.. Dia pujuk aku dengan kalam-Nya yang Maha Indah.. sehingga penyair arab@ ahli sastera yang paling femes ketika zaman nabi pun masuk Islam sbb apa? sbb dia kata..Kalam Al-Khaliq itu terlalu indah dan mustahil ayat2-Nya itu direka oleh manusia.. Subhanallah..

Saat aku merasakan.. orang lain x paham aku.. orang lain salah paham aku.. orang lain judge aku sesuka hati.. orang lain mengatakan sesuatu yg aku x pernah cakap.. orang lain kata aku buat sesuatu tapi aku x pernah buat pun!

Tapi..

Kalam-Nya selalu memujuk hati ini..

Seolah-olah mcm Al-Quran tu kata kat aku,"Wahai Asiah...sabarlah...ni sikit je ni..ada orang kena uji lagi teruk..kalo nak tahu sape..baca la quran tu..". Kisah nabi Musa, kisah Kekasih kita..Muhammad SAW.. dan para  anbiya' yg lain.. dugaan mereka sgt hebat..

Mungkin ada antara kita boleh kata..."Alah..dah dorang Nabi..mestilah hebat..mmg dorang boleh tanggung semua dugaan2 tu..nama pun Nabi"..

Kita senang cakap..cuba bayangkan kalo anda berada di tempat Nabi SAW..mcm dlm situasi kat bawah:

1) Nabi SAW pernah dilempar najis..
2)Pernah kena sihir.
3)Puterinya Zainab, pernah disakiti hingga gugur kandungannya..
4)Masa perang Uhud, rahang Nabi SAW BERDARAH TERUK sbb kena hentam dengan puak2 kafir Mekah..sampai sahabat2 berebut nak cabut anak panah tu.termasuklah sahabat yg cedera parah n ada sahabat yg terlalu cinta kat Nabi SAW, sampai dia TELAN darah yg mengalir dari luka Nabi SAW.. Subhanallah..Sollu a'lan Nabiy
5) Banyak lagi la dugaan2 hebat yg Baginda telah hadapi..

Kalo kita ada kat tempat Baginda..ohhhh..aku x tahu lah.. aku. x sanggup..

Allah dah berapa kali pujuk Nabi SAW dlm Quran..supaya Baginda sabar..sabar dan sabar..

Sama la jugak macam kita.. Allah x kan bagi sesuatu amanah atau mentakdirkan kita dalam kehidupan begini..melainkan kita mampu melakukan..

Jatuh bangun tu biasa..cuma terpulang pada kita.. mahu mencari sumber kekuatan dari mana..

So, bila Ustaz Samer tanya n kata kat aku (dlm lughah arab)..kalo berminat nak hapal quran..dia bersedia tasmi' hafazan aku.. n dia jugak beri aku peluang untuk bertalaqqi dengan dia.. Allahu Akbar.. Alhamdulillah..

Mana mungkin aku menolak pelawaan ini  ^_^..

Aku menasihatkan diri aku.. agar terus istiqomah dan kuat melawan mehnah di sepanjang jalanku menuju redha-Nya..  aku cuma memerlukan sahabat2 yg rapat dgn aku agar JANGAN BERHENTI menjadi 'daya penolak' kpd aku untuk terus istiqomah dengan jalan yang aku pilih..



Alhamdulillah.. ramai yang menyokong aku dari belakang.. my family, lecturers and friends support me a lot! Thank u very much and may Allah bless and grant all of you JANNAH..aminn..in sya Allah.. ^_^








Friday, 14 February 2014

The Innocent

Assalamualaikum semua..

‘The Innocent’?? hmm..sapa yg innocent? Haa.. kalo nak tahu..baca sampai abes..skimming pun x pe..asal baca. J
Korang suka kucing? 

“Errr… gelilah.. sbb kucing ni boleh bawak penyakit”.. kak oi.. kalo jaga elok..bagi mandi, syampo n rajin wat medical check kucing tu kat hospital, penyakit x kan datang la dari kucing tu dgn izin Allah..

“Hmm..malaslah”. oKay. Jom tengok akhlaK Rasullullah, dan para sahabat terhadap makhluk Allah yg istimewa ni.

1) Air liur kucing kotor ke?

Pada suatu hari, Baginda Rasul  hendak mengambil wuduk untuk menunaikan solat. Baginda melihat seekor kucing yg sedang minum air di tempayan yang akan digunakan oleh Baginda untuk berwuduk.
Baginda menunggu hingga kucing tu selesai minum, kemudian Rasulullah berwuduk menggunakan air tempayan tersebut.

Kalaulah air liur kucing tu najis, dah lama dah Rasulullah SAW x guna air tempayan tu..

3) Macam biasa, Abu Hurairah, salah seorang perawi hadith yg x kurang femesnye..bersama sahabat2 Nabi SAW yg lain akan berkumpul untuk menuntut ilmu drpd Baginda. Abu Hurairah ni saaaaaaaaaangat suka kucing. Asal jumpa kucing je, dia mesti letak miaw tu dalam jubah lengan dia. Orang arab badan besa weeehh.. entah berapa ekor anak kucing boleh masuk.. hee ^_^ 

Lalu Baginda SAW melihat ada something yg bergerak-gerak dalam lengan jubah Abu Hurairah ni dan Rasulullah pun Tanya la.. then Abu Hurairah jawab, ada kucing dalam lengan jubah dia.. Sebab tu Nabi SAW gelarkan dia Abu Hurairah. 
 I'M A CAT LOVER. 

Okay..sekarang ni aku nak perkenalkan kucing-kucing aku pulak.. masa kat usim, dorang la penghibur hatiku kala duka dan lara.

1) Hai, nama saya Bella. Sebenarnye.. saya tersesat kat banggunan Canselor Usim.. lebih kurang 500 m dari asrama. Kebetulan saya terjumpa dgn Asiah yg terpaksa balik jalan kaki sbb bas x de.. dia la yg bawak saya balik asrama Kolej Kediaman 1.


Kat tempat baru saya ni, ramai orang suka bagi saya makan, siap bagi mcm2 nama timangan lagi.
Saya jugak ada ramai kawan n masa musim mengawan, hampir semua kucing jantan cari saya. Pakai GPS n Waze pulak tu. Saba je la.

One day..
 Bella comes to me and

It bites my finger( bajet gigi tajam ^_^)



2) Hellooo..Namo eden Umar. Walaupun eden Nampak garang, tapi manja gilerr.. sbb tu eden  ada ramai  aweksss..antaranya, Bella, Honey n Yong Le.



Hobi unik eden
    
3) Assalam. Nama I Hani  tpi Asiah panggil aku Honey.  I pun x paham kenapa haha.


Dalam banyak2 kucing kat USIM ni, I’m the only one yg pernah tidur dgn Asiah. Jangan risau. Sebelum dia tidur dgn I, dia ‘scan’ I habis-habisan sampai konfem x de kutu n lain2.  ^_^

Honey, Good Night :)

4) Hoi.. Nama aku Yong Le. Kenapa nama aku mcm cina?  Kalau Honey x paham kenapa nama dia Honey, aku lagi x paham kenapa nama aku Yong Le haha. Mungkin sbb muka aku mcm cina2 sket kot. Maybe.

I love to sleep under green leaves. Bagus x? hee~
________________________________________________________

Mesti korang dah familiar kan tengok kucing kat restoran dok mengiauw-ngiaw mintak makanan. Betul x? 

So, apa korang buat? Sepak n halau kucing tu? Allah2..janganla..

Kalaulah kucing tu paham bahasa melayu, 

Kalaulah kucing tu boleh BERCAKAP bahasa melayu,

Mungkin dia akan cakap mcm ni, 

“aku ni nak mati dah ni sbb x makan lama sangat, korang mampu beli makanan setiap hari, nak bagi sisa makanan kat aku pun kedekut ke?”.

Kalaulah kucing tu mampu bekerja mcm kita,

Kalaulah kucing tu ada income sendiri,

Dah lama dia boleh beli makanan sendiri, 

X perlu tebalkan muka untuk mintak belas kasihan korang untuk makan walaupun hanya  sisa makanan. Hanya kerana dia kucing jalanan yg kotor dan busuk L .



 
May Allah bless you brother  J

Semoga Allah murahkan rezeki pak cik. Ameen J  

For your information, orang kat Syiria sana, I mean, Mujahidin yg x cukup makanan pun x berkira nak kongsi makanan dgn kucing walaupun dorg sendiri kekurangan makanan TAHAP KRITIKAL


Moga Allah beri kemenangan kepada Mujahidin di Syiria, Palestin dan seluruh dunia. Allahu Musta-a’n. Hasbunallahu wani’mal wakeel!!!

   I love this picture :)

Rasulullah, para sahabat, ummul mukminin (isteri2 Nabi SAW) dan para ulamak pun sayang pada makhluk Allah yg comel dan manja ni, janganlah kita melayan dorg dgn kasar seperti sepak, pukul n so on kecuali kalo kucing tu mmg gangster n x de langsung sifat kekucingan. 

Ya, kucing x de akal mcm kita tapi dorg juga punya hati dan perasaan. Mahu menyangi dan disayangi.

Oh ya, kajian telah menunjukkan bahawa dengan memelihara haiwan mcm kucing ni boleh kurangkan stress n sometimes kucing sangat memahami mood owner nye..  J

“Bagai anjing dengan kucing”?

walaupun anjing adalah binatang kategori najis mughallazoh, tpi dia still makhluk Allah yg ada rasa sayang dan ingin disayangi walaupun dia sendiri tidak berakal. Subhanallah :)


Oppa gangnam style haha!

^_^!

-WASSALAM-



Saturday, 11 January 2014

Sisterhood

Assalamualaikum semua..harap sehat-sehat belaka.. aku x sempat update blog bulan lepas sebab prepare untuk final exam.. alhamdulillah.. harap2 resultku tidak terlalu mengecewakan..aminnn ya Allah.. sehari sebelum exam..aku sudah menunjukkan simptom2 demam+selsema+batuk.. esoknya tu.. dengan hujan lebat+aircond dalam dewan yang membuatkan aku rasa mcm berada di Kutub Utara.. lpas kuar dewan tu..terus dapat DSB.(Demam+Batuk+Selsema)..haha,, tpi x pe,. ada banyak hikmahnya.. :)

1) Sebelum cerita pasal sisterhood .. aku seakan x percaya yg aku sudahpun menamatkan 1 Sem kat USIM ni.. banyak kawan yg datang drpd backround yg berlainan..aa..aku sempat belaja loghat tengganu dgn kawan2.. masa zaman matrik selangor dlu.. roommate aku oghang ganung..bila masuk u pung.kawang kite oghang ganung jugop..haha..

Seronok sangat sebab diberikan peluang untuk meneguk ilmu yg sangat bermanfaat drpd org yg hebat..maksud aku..aku sempat belajar Sirah Nabawiyah karangan Dr. Syeikh Ramadhan Al-Buti drpd Ustaz Sameer..

Pensyarah kebangganku ni yang berasal drpd Palestin n pernah tinggal di Syiria...Dia communicate dgn kitorang gne bahasa Arab n ada juga belajar beberapa perkataan BM..kalau susah sgt nk bgi kitorang paham..dia berlakon..honestly, HE IS A TALENTED ACTOR.. aku paling suka kuliah dia..aku paling suka sesi kelas dia..hehe.

Dia berjaya membuatkan banyak hati tersentuh dengan perjalanan hidup nabi Muhammad SAW.. pendekatan dan penceritaan yangsangat menarik, sama sekali tidak sama dengan cikgu yg mengajar Sirah masa zaman skolah rendah dulu yang agak membosankan..

Aku ada sorang kawan. Dia cool orangnya. Asal ada orang buat dia marah pun dia coool jugak. Dia satu dgn kitorg masa buat kajian pasal penerapan nilai2 Islam di kg orang asli kat kelantan.. kat sana.. dia bukak citer..dulu..dia panas baran...

Then, aku kata, aku x nampak pun dia ni panas baran.. dia kata...lepas dia belajar Sirah Nabawiyah dgn Ustaz Samer, dia boleh 'rasa' penderitaan yg nabi alami jaaaaaaaauhh lebih hebat dan dasyat tapi nabi still boleh sabar dengan sume tu.so sbb tu dia dah mula belajar erti sabar.

Masa kuliah ustaz yg kedua last,  part nabi wafat tu..hampir satu kuliah menangis sekali dgn Ustaz Samer.. Ustaz, syukran atas ilmu yg dicurahkan..saya rasa bertuah sebab sempat berguru dengan ustaz :)


Ingat lagi kata-kata ustaz masa habis kelas Sirah yg pertama.. Bila kelas tamat, aku orang last yg kuar kelas n ustaz tggu kat pintu..Ustaz Samer kata, "Ya Bintu Razzak..enti jayyidah". Walaupun gred sirah aku x sampai 100% tapi sampai sekarang, aku rasa bersemangat sangat belajar sirah..walaupun dah abes final exam.. ^_^

2) Bukan sorang je yg exam..kakak2 kat UMS n kat Zagazig, Mesir pun exam jugak..so.one of them sent me pictures through Wassup..



Sis, thank u very much :) then I already edited two pictures but I cant send  it through Wassup due to some problems..so.. I uploaded the pictures here.. :)

Hope to see u soon :)

Miss both of u so much ^_^.

3) Nama kelas aku BQB1..aku pun x paham kenapa BQB.. hoho.. buat classmate aku..aku seronok sebab sempat kenal korang walaupun sekejap.. banyak kenangan bersama..





^_^

4)  Sampai sekarang aku x percaya yg sepupu aku dah kawen..sebab apa tau? sebab dia SEBAYA dengan aku.  

Zubaidah, aku masih ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu.. kita main anak patung, main masak2 dan menyanyi sambil melompat-lompat atas katil bersama..tup2 hang dah kawen..Betul cakap hang...lebih baik menikah drpd kapel.. harap2 kita masih lagi boleh bersembang sakan mcm dulu walaupun hang dah berstatus MRS.


Apa2pun..harap hang bahagia bersama suami tercinta. Semoga hang menjadi isteri dan ibu yang solehah.

So sweet~ ^_^
Apabila termeterai lafaz sakinah yang mengikat dua hati yang bercinta kerana Allah, maka menangislah syaitan kerana tiada lagi peluang untuk mengodanya untuk mendekati maksiat.

Zubaidah, walaupun hang kawen pada usia yg sangat muda, tapi itu bukanlah alasan untuk berhenti terus meneguk ilmu dunia dan ilmu akhirat. Jangan terlalu leka dan lalai dengan harta dan kemewahan sehingga membutakan hati dan menjauhkan diri dengan Allah.

Bak kata classmate aku masa darjah 5(2005) dan telah kembali ke rahmatullah 3/1 yg lalu, dia kata" Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit". Jadikanlah kemewahan sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Doa aku yang terbaik buat hang..amin iA :)

5) Ada sorang hamba Allah ni.. dia sangat istimewa..aku membesar dengan dia.. masa kecik2 dulu..

kami selalu berebut mainan walaupun mainan tu aku punya.. 

selalu berebut buaian walaupun buaian tu aku punya.. 

selalu berebut buku ABC.. walaupun buku tu aku punya..

Selalu berebut tandas walaupun aku lebih desperate masuk tandas tu drpd dia..

tu masa kecik2 okay..hehe.. ^_^

Dia cucu kepada mak long aku.. aku panggil mak long aku "Mak" sebab dia mengasuh aku dari kecik atas amanah arwah mama...

Walaupun dia sepatutnya panggil Mak Su@ Cik Su sbb mama dia sepupu aku....tapi dia panggil aku Kak Ciah yang membuatkan aku rasa muda sentiasa..haha..

Last aku jumpa dia masa lepas SPM..masa tu dia baru F4..selepas 2 tahun x jumpa..masa cuti sem ni la..aku pegi umah dia.. dia dah besar sekarang.. aku rasa mcm aku pulak yg semakin mengecil..haha..


Love u always :)


-THE END-

Saturday, 23 November 2013

The Other Half

The Other Half
Assalamualaikum korang..pe kaba? Sehat? Mudah-mudahan sehat hendaknya. Akhir2 ni, mata aku sikit lebam sebab x cukup tido. Assignment aku ‘sikitttt’ sangat. Huhu. Aku cuba untuk mencari peluang untuk keluar dari dunia yang kadangkala membuatkan aku stress.. so aku tulih la blog kali ni.. haha

1) Aku ada sorang English lecturer, Miss Yana.. dia ada best friend yang sedang melanjutkan PhD dalam course Tesl di University of York. Nama dia Fariha n classmates aku panggil dia Kak Fariha. Dia selalu je datang USIM n interview kitorang untuk siapkan tesis dia.

    Lpas abes interview..


                             Bersama Kak Fariha (Shawl merah sebelah kiri aku)

Dia bagi kad kawen kat aku.. kita selalu dapat kad kawen yang tertulis,( nama orang) dan keluarga..tapi aku dapat…


                                                                ^_^

Miss Yana ada cerita kat kitorang tentang drama percintaan Kak Fariha n bakal suami dia. Memang drama abes..hahaha.. Sanggup Kak Fariha pergi  UK semata-mata nak jauhkan diri drpd si dia..tapi dah jodoh kan..hmmm.. jodoh x kemana.. hee~

Kak Fariha kata bas akan disediakan untuk kitorang.. aku n classmates sume excited nak pegi..tetiba dia call kata bas x de atas sebab2 yang x boleh dielakkan.. eargh! Tention! Sbb x leh g wedding je pun.. Haha.. so  kitorang suma sewa keta semata-mata nak g wedding dia kat Uniten. Aku dah dua kali pegi  Uniten.. Cantik J


                              Cuba teka mana satu lecturer aku, Miss Yana?  :)


                                       

                                         Congrates Miss..Upsssss..Mrs.Fariha . ^_^


                Bersama pengantin baru dinikahkan pada malam sebelum majlis kenduri :)

First time aku pegi wedding yang pengacara majlisnya mengendalikan majlis dalam BAHASA ARAB! Memang terbaiklah! aku nak buat macam ni jugak la nanti..haha.


I don't know who are  the lucky guy that will come into my life to complete half of my Deen and be 'my other half'  ^_^ .. I never have a special boyfriend BUT...






Kepada Kak Fariha.. MABRUK ALAIK! Moga bahagia ke anak cucu.. Moga selamat kembali ke UK..Doakan kejayaan saya tau!  ^_^

*Amat terkesan dengan kematian saudara Ahmad Ammar. Pemergianmu ditangisi saudara seagama yang tidak pernah bersua muka denganmu. 


Moga rohmu tenang disisi kekasihmu, Al-Khaliq juga disamping sahabat Rasulullah yang sanggup menelan peluh nabi kerana cintanya yang teramat sangat....subhanallah.. what a great ending of life! :)

  -Wallualam-

Sunday, 27 October 2013

A 'walking dictionary'.

Assalamualaikum semua.. sehat ke? Lepas makan daging lembu @ kambing yang terkorban masa raya korban baru2 ni, harap korang makin sehat. hehe ^_^

1) Masa raya korban haritu, banyak orang pakat sembelih lembu, kambing..tapi aku sembelih AYAM!!

Ni la kali pertama aku sembelih ayam.. aku x nak join program ni tapi dah kawan2 aku ramai yang join sebab takut nak sembelih ayam tapi dah ramai sahabat2 yang join so aku pun ikot je la. Program ni dijalankan di USIM dibawah penyeliaan pihak JAKIM.

Bila tengok video2 yang ditunjukkan oleh pihak JAKIM masa dorang wat spot check kat restoran2 n premis2 ayam.. tekak aku rasa loya teruk! Rupa ayam yang kita biasa tengok tu dah siap untuk dijual mmg elok+bersih+bersinar+melazatkan.. tapi korang tahu ke sapa yang sembelih? Islamkah penyembelih itu?. Kalo korang yakin ayam tu datang dari sumber yang bersih n halal.. x pela..mcm abah kawan aku, dia beli ayam dan sembelih ayam sendiri. Yang ni lagi bagus..haha.

Dah banyak kes restoran2 mamak yang menggunakan tanda halal JAKIM palsu siap dengan gamba2 tulisan kalimah ALLAH N MUHAMMAD kat entrance restoran dorang tapi cuba korang tengok bahagian dapur restoran tu, bersih x? cuba korang Tanya mamak tu, restoran tu ada jual daging lembu x? sbb mamak yang kononnya muslim ni dorang x makan daging lembu.. kalo nak pasti lagi..suruh dorang mengucap..kalo berani buat la.. haha.. Pegawai JAKIM tu kata, x de satu pun kedai mamak kat area Nilai yang dapat sijil halal JAKIM. USIM Students, TAKE NOTE!

Selepas mendengar ceramah drpd pihak JAKIM yang meloyakan tekak aku, akhirnya tibalah saat2 yang dinantikan..sembelih ayam!


                                                 Bersama ayam yang bakal ‘syahid’ ditanganku.

Awak(ayam)..Sebenarnye kan awak (ayam).. saya sedih sangat tengok awak (ayam).. tapi bila saya tengok awak (ayam) tu.. perut saya berdondang sayang.. ermm..macam mana tu awak (ayam).. hee~

Lepas tu aku pun apa lagi.



                                    Meraba tengkuk ayam untuk mencari HALKUM DAN MARIH.



BISMILLAHI ALLAHU AKBAR!!! Terketar-ketar tanganku pegang pisau tpi ok la hee~ J.. ada kawan aku yang terlalu nervous sembelih ayam sampai terputus tengkok ayam tu HAHA!

Lepas tu, aku biarkan ayam tu menggelupur sendirian atas rumput. Masa aku sedang melihat ayam sembelihanku menghadapi saat2 sakarat.. tetiba ada pulak kawan aku yang tengah queue (beratur) untuk sembelih ayam..dia datang kat aku n jerit” Asiah, tolonggg..ayam ni nak lari!!” .. haish.. aku tengah feeling ni.. ayoyo.. hahaha..


                          Gamba candid..guna henpon aku lak tu.. bertuah punya kawan.. ^_^!

Makruh menajamkan alat sembelihan atau menyembelih ayam dihadapan ayam2 lain atau menunjukkan ‘mayat’ ayam kepada ayam2 yang laen kerana perkara itu boleh menakutkan ayam yang akan disembelih.. Binatang juga punya hati dan perasaan tau~



                                                          Special case.. hehe ^_^

2) Masa kat matrik Selangor, aku ada sorang classmate. Namaya Amalina n aku panggil dia Ina. Dia la yang hadiahkan aku tudung labuh yang dia jahit sendiri masa besday aku yang ke-18. Aku ada tulih pasal dia dalam entry pertama aku dalam blog ni. Lepas habis matrik, kitorang dua masuk USIM tapi dia amek course sains computer ( Information Security and Assurance) dan aku pulak amek course Pengajian Quran n Multimedia (Quranic & Multimedia Studies). Fakulti kitorang pun dah jauh kemain, memang susah la nak jumpa.

Nak dijadikan cerita, dia kata dia nak tukar course sebab x minat math, sama la macam aku..tapi aku apply course ni sbb aku minat.. iA 

Then Ina gtau yang dia dah apply course aku dan permohonan dia diterima. Allah mentakdirkan dia sekelas dengan aku di USIM selama 4 TAHUN dan setahun di matrik Selangor(sebelum masuk USIM).. kiranya kitorang akan jadi classmate 5 tahun la( iA).. lamanya... fuh!


                                                      Ina, nice to meet you again  ^_^

3) Part ni aku berat hati nak tulis tapi nak tulih jugak.

Aku ada sorang English lecturer, namanya Sir Ibrahim tpi kitorang panggil dia ‘Ayahanda’.. Aku x paham kenapa dia suka sebut2 nama aku kat kelas laen sampai la ke kelas roommate kepada classmate aku yang amek course Bahasa Arab. Aku rasa assignment aku biasa2 je n aku x de la terer English sangat. Masih merangkak-rangkak lagi untuk jdi seorang ‘mutamakkinah’( expert in English). 

So, roommate kepada classmate aku ni, Hanan namanya. Dia nakkkkkkk sangat jumpa aku. Sumpah aku segan. Segan giler. Gile pun x segan macam tu.  Satu malam ni, aku pegi bilik classmate aku sebab ada keje sket, terserempak la dengan Hanan ni. 

Subhanallah, SHE IS AMAZING+ SUPER EXPERT IN ARABIC LANGUAGE. Aku memang suka berkawan dengan orang yang terer arab ni, lepasan STAM lagi. Peribadinya memang AWESOME.. aku rasa rendah diri dengan dia tapi dia banyak cakap+perangai gila2..just like me. Baru jumpa dia tapi macam dah lama kenal. Inilah sebenar-benar ukhwah J

Bila terserempak dengan dia kat fakulti, dia banyak tolong aku cakap arab. Thanks Hanan. May Allah bless u bebeh ^_^.

She is my ‘walking dictionary’ J.

Dia ada gtau yang dia ada apply Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin dan Alhamdulillah permohonan dia diterima. Aku x tau kenapa aku sedih giler.. padahal aku baru kenal dia x sampai 2 bulan.

Masa kali terakhir aku jumpa dia, dia  ada tengok video2 dalam henpon aku.. aku biarkan je dia.. tapi bila dia nak bukak satu video aku yang agak private(private la sangat haha), aku cepat2 rampas henpon tu. Then dia kata, “ Asiah, lepas ni aku x jumpa kau dah.. 4 tahun..lama tu”, spontannya aku lepaskan tangan aku n bagi dia tengok video tu.. video yang menghilangkan mengantuk.. hahahaha.

Then aku bukak lak henpon dia tengok gamba2.. dia biarkan jer aku..sampai la satu  gambar ni.. dia rampas henpon dia.. then aku kata, “ Hanan, lepas ni mungkin aku dah jumpa kau selama 4 tahun Hanan 4 TAHUN!”. Secara automatiknya, dia lepaskan tangan n aku pun tengok la gambar tu.. owh.. rupa2nya…sahabat kebanggaan aku ni seorang Niqabis! (Pakai purdah kat luar USIM sbb kat dalam USIM x leh pakai niqab).. lagi la aku bangga dengan kau Hanan! J

Sebelum berpisah, aku sempat bluetooth dia satu gamba yg aku edit sendiri..



Hanan, sebagai seorang sahabat…aku sayang padamu ^_^  jgn lupakan aku tau. Doa aku yang terbaik untuk kau. Kat Mesir nanti, jangan tanggal niqab ea. Moga istiqamah. Sumpah aku sedih giler masa last jumpa kau.. tpi x pela..nak wat camne.. siapalah aku mahu menghalangmu..kerana kita berdua adalah musafir ilmu~

Ya Allah, permudahkan setiap langkahnya menuju redha-Mu.. amin.. iA J

*Hanan, thanks 4 the lovely hijab. Moga ketemu lagi. AMEENNNN.. iA ^_^


                                                    -WASSALAM-