Monday, 30 September 2013

First Step

Assalamualakum semua..alhamdulillah ala kulli hal (semua urusan). Sukar untuk menterjemah perasaan aku time ni. Aku tulih ikut suka hati je ea.hehe.. ^_^

1) Kenduri kawen abang can kat umah fi Sungai Buloh. Moga bahagia sampai syurga ye abg can
poyo..bersama zaujah manisnya..iA J




Masa kenduri tu, ada dua orang tetamu yang lebih istimewa drpd dorg suma kat atas tu..aku x kan lupa dorang dua..hehe.. ^__^

2) Masuk USIM.

Semalam, masa aku tengah landing atas katil, aku termenung sorang2. Kalo dulu, aku tengok USIM dari jauh je n teringat betapa susahnya aku melalui alam persekolahan+ zaman matrikulasi yang sangat banyak pahit manisnya.

Dan sekarang susah nak percaya yang aku dah jdi student USIM n dapat course yang aku impikan setelah buat solat istikharah.. Pengajian Quran & Multimedia. Dalam family aku, aku sorang je kot yang amek course yang seimbang dunia akhiraat.HAHA ^_^

3) Kak Zu

Beberapa bulan sebelum masuk USIM, aku pegi Masjid Negara, KL teman papa bagi forum Forum Perdana yang dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Agama Islam, apa ntah nama dia..aku x ingat la..then, aku g solat zohor kat Masjid Negara n terserempak dengan sorang kakak ni yang kebetulan nak solat jugak.

Aku tegur akak tu, nama dia Kak Zu baru lepas amek STP n tengah tunggu tawaran university sama dengan aku. Then, aku ajak dia solat Jemaah dan Kak Zu jadi imam. Lepas tu aku balik umah N x jumpa dah dengan dia.

Masa minggu orientasi kat USIM, ada forum “Erti Kemerdekaan Yg Sebenar”, Ustaz Ridhuan Tee dan Ustaz Pahrol A. Juoi dijemput jdi panel. Memang gempak abes r.

Masa aku tengah sakit perut layan jenaka Ustaz Ridhuan Tee, TIBA-TIBA..

Ustaz Ridhuan Tee(baju biru), Ustaz Pahrol(baju hitam)


Ada kakak yg dok kat depan aku, dia kata ”Eh, macam pernah jumpa je kamu ni, kita jumpa kat Masjid Negara, ingat lagi x??”. Kak Zu!!  Mana mungkin aku lupa..



Sembang punya sembang, rupa2nya bilik dia depan bilik aku je. Memang x leh blah betol.
Kak Zu.. Kita berjumpa lagi di USIM. Subhanallah..SPEECHLESS!!! ^_^

4) Majlis2 ilmu

-Silap masuk majlis ilmu.

Aku juga ada pergi ceramah anjuran KEMENTERIAN, yang bertajuk “Mensyukuri Nikmat Keamanan”.
Panel yang dijemput adalah seorang Profesor dari UITM dan namanya terpaksa aku rahsiakan.
Sejam pertama, hujah2 yang dikemukakan memang sangat bernas, memang aku tabik la untuk SEJAM PERTAMA SAJE..TAPI..

Aku x sangka pulak dia ni PRO BN.HAHAHA.

Dia ada kutuk Anwar Ibrahim sebab x bagi DNA dia untuk disiasat.

Dia pertahankan bahawa PTPTN SANGAT tidak wajar dimansuhkan.

Dia kata perhimpunan BERSIH 2.0 adalah rancangan Barat untuk menhuru-harakan Malaysia. Kata x nak mahasiswa terlibat dalam politik, so kenapa bagi ceramah politik dalam universiti??

Sepanjang dia merapu tu, aku tahannnnnn ja, kalo ikutkan hati, memang aku nak jerit dah waktu tu.. Ada student USIM yang keluar dewan sebagai tanda protes. MAYBE.

Korang boleh tanya semua students USIM yg dengar ceramah tu. X de maknanya aku nak tipu.

Tapi,

BILA DIA KATA, NIK AZIZ BIN NIK MAT MENGATAKAN ALLAH ITU SAMSENG,

BILA DIA KATA, NIK AZIZ MENGATAKAN ALLAH ITU ZALIM,

BILA DIA KATA NABI X PAKAI SERBAN,

ITU SUDAH KETERLALUAN!!! Secara spontannya, aku angkat kedua-dua tangan setinggi yang boleh dan buat simbul pangkah dengan kedua-dua jari telunjuk. Bukan aku sorang je, sahabatku siap buat aksi tumbuk tangan lgi tanda x puas hati. Good job bebeh..haha. Masa tu jugak, dewan USIM mmg riuh rendah, mungkin susah nak terima apa yang Prof sampaikan.

Prof, sila bukak kitab2 sirah Nabi SAW, apakah yang Nabi guna untuk meleraikan perbalahan kaumnya yg ingin meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya? SERBAN!

Pernahkah Prof tahu apa yang dilakukan Nabi apabila mengetahui ada kucing tidur dalam SERBANNYA??

   PROF, PLEASE READ THE          SIRAH!!!!!!!!



Kau sendiri yang bangga mengaku yang kau tu ahli akademik major bahasa, so..bila ada masalah atau khilaf tentang hukum dalam Al-Quran mengikut perubahan zaman, nanti, kau nak rujuk kat sapa???? Nak ikut ijtimak sapa?????

ULAMAK JUGAK KAN???? Aku x de la alim sgt tpi x de la jahil sangat.



-ceramah pasal bahaya syiah.




Satu perkara yang sangat istimewa pasal USIM, majlis ilmu kat sini sangat meriah, korang perhatikan betul2 gambar di atas,ramai students datang sampai x de tempat duduk. Ada yang sanggup berdiri kat belakang, ADA YANG DUDUK ATAS PENTAS BELAKANG KERUSI PENCERAMAH!! Salah sorangnya aku la. Ramai students duduk bersila kat atas pentas tu so, aku x de la malu sangat ^_^.

5) Kenangan bersama rakyat syiria. Namanya Nawal, ada 6 adik-beradik n sekarang ni dorang tinggal kat Shah Alam. 

 Nice to meet u Nawal


6) Speaking Arabic.

Aku sangat cinta bahasa Arab dan aku sangat teruja untuk mendalaminya. Alhamdulillah aku dikelilingi oleh sahabat2 yang terror cakap arab, kebanyakannya lepsan STAM termasuk la roommate aku, ngee~ J

Aku ada berkenalan dgn sorang foreigner  from Libya.First time jumpa dia, Sungguh aku x paham apa dia cakap tpi bila dah kawan dgn dia, bolela paham sikit2. Namanya Amal, datang USIM buat Master dalam bidang Kaunseling, dah kawen, ada anak yang masih bersekolah n dia tinggal kat Ampang. Masih muda, memang hebatla!

YA ALLAH, BANTULAH ASIAH BT ABDUL RAZAK AGAR MAMPU MENEGUK ILMU SEBANYAK MUNGKIN TERUTAMA MENGUASAI BAHASA ARAB DENGAN BAIKKKKKKKKK SEKALI, AMINNNN!!

 7) Anyway, aku seronok sangat3 belaja kat usim ni. Kadang aku terserempak dengan membe2 skola lama, ada membe yang aku last jumpa masa darjah 3! Namanya Itrah.Dah besar dia sekarang. Memang jodoh kitorang jumpa kat USIM.hahaha.

Banyak gle membe dari KMS yang tegur aku.Honestly, aku x ingat sgt nama dorg sbb x rapat sangat masa kat KMS tpi sumpah terharu weh! Nice to meet u guys J hehe..Apa2pun, disini, di Bumi USIM ni, aku jumpa ramai gle orang yang aku pernah jumpa walaupun sangat sekejap macam Kak Zu, dan kawan lamaku, Itrah, dan Allah mentakdirkan kami bertemu disini alhamdulillah..

Aku berasakan kesan biah solehah disini makin meresap dalam diri. Terima kepada sahabat-sahabat yang sangat aku cintai, walaupun korang perangai gila-gila macam aku, tapi selalu jugak ajak aku gi surau, dengar ceramah.

“Yayah, meh la g masjid, ada ceramah beh!”

“Wei, Habib Syeikh Asseghaf, bakal ayah mertua aku nak datang USIM la, gila x nak pegi..jom gi sama2..hehe”..boleh dia ngaku Habib Syeikh tu ‘ bakal ayah mertua’ dia..perasan betol sahabat aku ni..hahaha.

Hai sapa la Syeikh Habib Asseghaf ni? Dia la yg mem'femes'kan  qasidah ‘YA HANANA’.. ^_^

Semakin lama aku disini, semakin aku mencintai qasidah. Setiap hari Ahad, surau kat asrama aku ada wat qasidah, so semalas-malas aku pun akan g surau jugak iA..semata-mata nak dengar qasidah..ini semua pengaruh Habib Syeikh.haha..

Alhamdulillah aku besyuko sgt3 sebab dikelilingi oleh sahabat2 yang macam ni.

Majilis ilmu memang bersepah kat USIM.

Moga Allah mengampuni dosa2ku, keluargaku yang jauh di mata (‘jauh’ la sangat,haha) , sahabat-sahabat yang sanggup mengharungi perjuangan di sini bersama-sama denganku.






                                         UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA ^__@
                                                      -wassalam-

Thursday, 15 August 2013

A new member

Assalamualaikum korang.. sehat? pa khabaq iman dalam dada?.. harap2 sehat sehat tubuh badan la ea..mentang2 dah masuk bulan syawal... korang jangan kata berat badan naik balik..haha..

okey..sekarang ni..kita baru saja mengahadapi bulan yang paling berkat dalam setahun-RAMADHAN~
dan kita sedang menikmati bulan SYAWAL~..dan x lama lagi kita nak sambut 31 Ogos..Hari Kemerdekaan..

Sebelum aku citer pasal abang aku..aku nak melencong sat..

1) Ramadhan yg lepas..adalah ramdhan yang paling bermakna buat orang macam aku ni..mmg best dan sangat bermakna..nak citer semua memang x sempat la kot..

Bila tiba bulan Ramadhan.. papa pasti sibuk+++  dgn keje2 dakwah dia..especially kat kampung2 orang asli..masa aku form 3, aku ada satu impian.. nak islamkan seorang..x kesah la orang apa pun. tapi hasrat tu.. aku pendam je.. 4 tahun kemudian..barulah impian aku yg terpendam tu..dimakbulkan..ALHAMDULILLAH...

Aku sedang islamkan sorang muslimah yang 3 tahun lbeh muda..mudah-mudahan..adik jadi muslimah yang lebih baik dprd aku ni -di Kg.Tuel..pada bulan Ramadhan-..



Bila aku dah islamkan orang, bukanlah bermakna aku orang bagus,, sebab apa tau? sbb orang yg pilih untuk convert to Islam..selalunya LEBIH BAIK drpd kita yg mmg sedia Islam ni.. aku baru islamkan SORANG. tapi papa dah islamkan LEBIH 5,000 orang..sejak dia menceburi bidang dakwah ni..

Papa ada masuk tv3..cewah..habaq jugak tu..hehe


.Moga Allah permudahkan jalan2 dakwahmu, papa..ameen.. ^_^.


2) Raya datang lagi..yeeehaa.

Adik-beradik aku x ramai sangat..15 orang JE.. tapi raya tahun ni.. kakak2 n abang2 aku ramai  yg beraya kat umah mentua dorang.. so raya tahun ni x de la semeriah tahun2 lepas.. tapi x pe.. kita ENJOY!! hehe~
with my beloved papa, abg can n my two sisters ^_^   

3) Abang aku dah kaweeennn!!! 

Pada hari raya ke-3..abang aku dah tamatkan zaman bujang dia dengan kak Amie Sofia bt Ahmad..pengacara tv al-hijrah.. walaupun kak amy ni pengacara tv, juara Solehah 2010..boleh dikategorikan sebagai artis lah..tapi majlis nikah sangat sederhana..x macam artis yang laen yang banyak habes dwet hanya untuk majlis nikah..padahal kehidupan lepas nikah tu  banyak perlukan dwet.kan?...sebagai adik.. aku sangat happy :)

Masa akad nikah abang can..tok kadi yang nervous tlebih..sampai kena ulang lafaz 2 kali! haish!

Abang can lafaz sekali je.. dah selamat ijab kabul..alhamdulillah..

Hmm. awat la tok kadi tu yang nervous lebih..padahal yg nak nikah tu..abang aku.. kena report kat bini tok kadi ni..HAHA..



                                                Congrates to my brother, abg can.


kepada abang can.. stay soleh..stay cool and stay sengal..k ^_^.



alolo..sweetnyeeee~ ^_^ 


      Mudah-mudahan abg can n kak amy bahagia sepanjang perjalanan menyulam cinta hingga ke syurga.AMIINN!!



To Kak Amy..WELCOME TO OUR BIG FAMILY..


Dengan ini..aku nak jemput korang ke kenduri kawen abg aku di Sungai buloh..pada 7/9  ni..ramai2 kita meriahkan majlis..iA  :)

p/s: Hari Kemerdekaan dah nak dekat.. cuma mahu mengingatkan..HAKIKAT KEMERDEKAAN ITU HANYA APABILA..SEORANG HAMBA MAMPU BERIBADAH KEPADA ALLAH TANPA HALANGAN @ SEKATAN..

Apapun.. selamat menyambut Hari Merdeka..moga nikmat kemerdekaan ini AKAN DIKONGSI bersama saudara-saudara kita di Mesir, Syiria, Palestin, Burma, Iraq, Iran dan seluruh dunia.. 

ALLAHUMMA AMEEN!!!!
                                                                
                                                          -WASSALAM-

Friday, 14 June 2013

All About Love (Part 1)

Assalamualaikum semua.. pa khabaq? harap sehat iman..sehat tubuh badan. amin2  ^_^.

Kali ni tajuk entry aku agak general -LOVE-susah nak tulis sebab kena jaga hati banyak orang tapi aku akan cuba.

Love is subjective. Am I right?

Cinta adalah fitrah.

Kalo dalam hati kamu x de perasaan cinta walaupun secebis, maka kamu BUKAN manusia..kerana kamu dilahirkan ke dunia..kerana CINTA antara ibu dan ayah, daddy and mummy, papa and mama, and whatever~

Yang pasti, aku lahir ke dunia, kerana cinta dari Allah, Sang Pencipta Alam Buana supaya aku tahu erti SEDIH,GEMBIRA, SENGSARA, KETAWA, dan yang paling  penting -BERSYUKUR-

Berapa ramai orang yang diseksa di alam kubur yang ingin kembali ke dunia, hanya ingin menagih cinta dari-Nya?

Dalam hidup aku, banyak perkara yang terduga..telah pun berlaku. Aku akan cerita panjang dalam entry seterusnya andai diberi kesempatan. InsyaAllah.

Okay, staright to the main point, berapa ramai yang misunderstood tentang cinta?

Bukan maen dasyat dorang bercinta, bukan sedang hangat tapi HANGIT bercinta. Aku sama sekali tidak menyalahkan dorang. Cuma tertanya-tanya, kemana hala tuju dorang?

"Alah, lepas 5 tahun, kitorang kawen la".

"Aku couple ni sebab nak release stress, syok apa ada orang yang take care pasal aku."

"weh yaya, kau x teringin ke nak couple, best ooo, rasa bahagia sangat.".

Cinta ada adab2nya. Tapi couple ada adab jugak ke?



Cinta itu suci, pada asalnya..

Kerana cinta itulah seorang hamba itu tahu bahawa dirinya BERTUHAN!

Tapi apabila kita ditimpa musibah, kehilangan kasih sayang dari orang yang tersayang atau lemah iman..saat itu syaitan laknatullah MENYUSUP masuk dalam hati dan berbisik,

"Bro, dia tu lawa la. Kan best kalau dia jadi awek kau", atau mungkin, diri sendiri yang kurang dengar rintihan iman dalam hati..lalu memudahkan kerja2 syaitan ni.

"Pergh, hensem giler mamat ni. Kalau aku couple ngan dia, memang aku bahagiaa, hot pun hot", ehem.. api neraka lagi hot lah!

"kalau aku ada seseorang untuk inspire aku study, mungkin pointer aku lebih baek."

"Muka x penting, yang penting hati dia doe" dan macam2 lagi lah..

Kat facebook bukak maen update status, Duhai bakal imamku, rusuk kiri, rusuk kananlah apa bagai.



Aku ada pengalaman yang aku  x kan lupa sampai bila2..setakat ni kan..dah banyak orang yang silap sms aku, silap kol  tengah2 malam, tapi aku cuma nak share dua drpd pengalaman tu.. ^_^!

1) Masa aku tengah maen dengan anak sedara aku, tetiba ada sms masuk.

"Assalamuailaikum abang, ni saya Z. maaflah jika saya mengganggu abang cuma saya nak mintak tolong abang, Farisya(bukan nama sebenar) merajuk teruk dengan saya. Saya betol3 nak mintak maaf kat dia. Saya janji, x kan ulang dah kesilapan saya. saya betoi3 sayang kat adik abang"..

Hei, AKU POMPUANLAH! Then, lepas aku balas sms dia.

"Abang, jangan la buat lawak Saya serius ni.. saya tahu saya salah, saya bodoh dan dayus. saya menyesal dan x kan ulang dah. Abang, Tolonglah :( ", dia balas balik, dia mati2 ingat aku ni abang kepada makwe dia.

Ya Allah, apehal jantan ni susah sangat nak paham. Tapi..baguslah kau mengaku..hahahahahahah.

Then aku bagitau dia yang dia silap nombor. Habes citer.

2) Ketika aku sedang tido, malam tu aku mimpi pergi Glasgow, jumpa kakak aku yang ambek PhD kat sana..tiba2 ada orang kol..haish, kacau lah. pukul 5 PAGI kot!

"Hello baby, sorry la abang terpaksa guna number orang laen. Baby tengah buat ape? dah nak tido?? nak abang nyanyikan?.." katanya dengan suara yang sangat2 manja.

UWEKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKSSSSSSSSSSSS.. aku rasa macam nak muntah   hijau+ segala warna. Dia panggil 'baby' tu yang paling menggerikan aku.

"Maaflah, awak silap number ni"

"Alah baby, abang guna number orang laen la..jangan la macam ni, dah x cam suara abang ker?"

ni lagi sorang..ya Allah, sakit jiwa aku layan orang macam ni.

"Betol, awak silap number. saya mana ada pakwe."

"Baby, sampai hati baby cakap macam tu, x pe baby, lepas ni abang x call dah", then dia matikan phone. Hmmm..suka hati kaulah!

Aku x salah dan x de kaitan langsung dengan hubungan korang. Kau tu ha yang perasan lebih.HAHAHA.

Bro, aku nak ucap mekasih sangat kat kau sebab 'gerak' aku pagi2..boleh meluah cinta pada Sang Pencipta Cinta. Semoga kau temui Dia juga. Dia x jauh bro..

I'm glad to share you a  video. Hopefully you have time to watch it.
http://www.youtube.com/watch?v=FN5X8-w_rIc

Bagi anda yang sedang ber'couple'..

Sekiranya hubungan korang kekal hingga ke jinjang pelamin, alhamdulillah tapi ketahuilah bahawa rumah tangga itu didirikan atas dasar maksiat. Ustaz Azhar Idrus kata..wajib taubat..



sekiranya hubungan korang putus di tengah jalan, lagilah besar kerugiannya. rugi apa?

Rugi masa, tenaga, duit topup dan banyak lagilah. So, moral of the story is...



"Hei sibuk lah kau, daripada jaga tepi kain orang lain, lebih baik jaga tepi kain sendiri. kubo laen2!"

Kubo laen2? Okey fine. Sekurang-kuranyanya, tanggungjawab aku sudah terlepas. Moga kita sama2 diberikan kekuatan untuk terus mencari hidayah Allah. amin3 :)





Ingin aku tegaskan..cinta itu fitrah.Tertarik pada orang berlainan jantina, itu fitrah...

Aku x pernah mencintai mana2 lelaki seikhlas, setulus jiwa raga aku...sebab aku takut kecewa, terseksa dengan cinta lelaki yang belum pasti menjadi suami aku. Minat biasa2 tu adelah. Tak semestinya, lelaki yang aku suka tu, suka jugak kat aku. Aku sedar, aku banyak sangat kelemahan.

Tapi sendainya ya..aku doakan semoga Allah memelihara hati ini dan hatinya jua daripada perkara2 mukaddimah zina..sama2lah memperbaiki diri  ^_^.

Seorang kakak senior pernah bagi nasihat kat aku ketika dalam usrah kat KMS..

"Yaya sayang..lelaki yang baik akan datang pada masa tepat +keadaan yang sesuai + dengan cara yang terhormat iaitu menghormati wali.."

Thanks kak..Nasihat itu membuatkan aku lebih fokus pada cita-cita hidup ^_^


     
 p/s: Andai ada hati yang terasa, terguris, aku mintak maaf sangat2. Moga Allah mengampuni diri ini atas        segala kekurangan.
                                                           -Wallualam-
.

Tuesday, 30 April 2013

A place called 'Here'

 Assalamualaikum semua..kefahalk? pa habaq? hehe..

First of all..aku rasa bersyukuuuuuuuurrr sangat sebab dah menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Selangor..

walaupun aku belajar kat sana hanya setahun..actually x sampai setahun pun..8 bulan jer..tapi banyak pengalaman yang sangat manissssssssssss untuk dikenang, rasa mcm nak ulang balik jer..huhu..

Antara kenangan yang best bagi aku ialah:

1) Juara syarahan agama kms.
    kalo nak tahu lebih lanjut, silalah baca entry lepas.. A Miracle..ini adalah kenangan aku yang paling          manis.^_^

2)Pernah menang debat jgak..hehe
   Tajuk debat>>
                        POLIGAMI: "RUKHSAH@AZIMAH??"
 debat ngan budak laki kelas aku jer ni...susah jugak.  ngee~

*walaupun aku pernah menang syarahan n debat, tpi aku bukanlah seorang yang banyak cakap..peramah tu mungkin la..tapi pendiam jugak..huhu..

3)Handle slot kutip derma pada Malam Mahabbah Gaza..bagi syarahan dalam lebih kurang 10 minit..

  yang aku tulis dlam entry lepas>> A MIRACLE.., aku tulis, kutipan derma mencecah RM 3000-4000, itu pun dah banyak. jumlah tu  hanya anggaran je..

Tp masa perjumpaan terakhir Kelab Pengacaraan, Presiden mengumumkan..jumlah derma  yang diserahkan kepada Aqsa-Syariff menncecah RM 10 K +++ ! ALHAMDULILLAH,
..
X kira la derma langsung ke atau derma dengan membeli barang2 yang dijual pada hari tersebut...hmm,x sangka warga kms ni pemurah2 belaka.. :)

4) Terlibat dalam kerja2 dakwah( LAJNAH DAKWAH DAN TARBIAH, antara lajnah paling tuff..huhu).
  Setiap sabtu, aku kena bagi tazkirah kat asrama (asrama Polaris) guna PA system..pada waktu petang..

Apabila tiba giliranku..sekali lagi aku kena bagi tazkirah kat surau lepas isyak..kat bahagian muslimat je lah..walaupun hari sabtu, tp budak2 kms ni rajin datamg surau..alhamdulillah :)

5) Roommates yang sengal abes!
 sungguh! aku x kan lupa roommate mcm korang..walaupun korang selalu 'buli' aku..kena pakai itu ini, sebaik comel, haha, x leh masuk bilik 2 minit..kena usik selalu.. dan banyak lagi..semua tu aku x kan lupa..

anis@mummy (my classmate too)-bila nak kawen nanti..jangan lupa ajak yaya ea..

 wawa-.thanks 4 the beautiful dress :)

biha- you are so cute. :)

6) My classmates..
Thanks 4 being my friends..sorry and thanks 4 everything ^_^!.

kepada budak laki kelas aku. especially syaz***...

M**,,honestly, first time madam asnee kata kau kene jdi partner aku untuk buat experiment kimia(semester2)..aku risau sangat..sebab bagi kau..pegang tangan dengan pompuan, bertepuk tampar dengan pompuan tu perkara biasa..kau ada kembar pompuan..aku paham..tpi kau kena ingat..bukan semua pompuan atas muka bumi ni sama macam kembar kau..boleh pegang sesuka hati...M**.walaupun mulut kau laser,pernah skinhead..tapi aku tahu kau baik.-.nak jadi baik-..kalo x, xdela kau join lajnah paling tuff (LAJNAH DAKWAH DAN TARBIAH)..M**..semua orang ada kelemahan masing2..so..once kau ternampak..diam2je la..mungkin orang tu sakit..kita x tahu..mungkin dengan cara tu...orang lain pun oleh tutup aib kau..mungkin bukan sekarang..tapi kat akhirat nanti,,mana tahu...kan? :) kan lebih baik kalo hensem di hati jugak..kan M**??? :)

                                               I'LL MISS ALL OF YOU GUYS!

kepada bukan classmates aku pun sama la..aku sangat menghargai kehadiran korang sebagai kawan, sahabat.till Jannah, iA.

and my close non-muslim friend, decca :)



7)semua pensyarah dan ayahanda, Tuan Pengarah kami yang tercinta..

miss chan-lecturer aku yang paling seksi...
       miss, you make chemistry easier..thank you very much!

Dr.miranda yeoh- satu-satunya lecturer aku yang ada PhD.
     Dr. even though  i'm not understand what are you teaching in class..but your bio songs help me to enjoy learning Biology.. ^_^

begitu jugak dengan madam huda..yang ajar kuliah Biology...aku x kan lupa dia..lecturer paling sempoi..

Miss Eja-lecturer math..
               miss..i hate math very much..but once you teach me..i start to love it!

8) kalo datang ke Banting..cuba2 lah merasa nasi ambeng....sedapppppppp sangat!


                                            nasi ambeng.

9) selama aku belajar di KMS, aku x pernah balik..walaupun rumah aku kat Sg.Buloh je,,malas la balik..nanti kerja x siap..huhu.

ingat lagi...
mula2 masuk matrik, barang sikit je..tpi disebabkan aku x pernah balik melainkan cuti wajib..so...

bila dah abes matrik..sakit pinggang aku nak angkut semua ni..haha

10) lagi satu..Banting ni dekat dengan dua buah pantai..Pantai Morib dan Pantai Kelanang. Sebab tu la Banting ni sentiasa berangin...sebab bayu laut la..banyak je gambar aku yang ada 'wind effect' ^_^!

 Okey la..setakat ni jer..masih banyak yang aku nak tulis tapi takut aku sendiri yang x larat baca..

 I WILL NOT FORGET THIS PLACE..
                                            A PLACE CALLED
                                                                             'KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR' !!!

seandainya ada masa terluang..insyaAllah aku akan datang sini lagi.. :)

                                 -wassalam-










Friday, 22 March 2013

SECRET GARDEN.

Assalamualaikum….apa khabar iman??? Apa khabar badan? What? Makin gemok? Haha..

Okay..kali ni aku  nak terbang ke taman2 tercantik dunia yang pernah dicatatkan dalam Guiness ’s Books of Records dan tempat2 laen.. jom terbang dengan aku..yippieeeeeeeee~  ^_^












Haaa..amacam????seronok x terbang dengan aku?hehe~

Okey..kali nie aku nak ajak korang ‘terbang’ mencari ‘taman dalam hati’. .hmm….macam mana tu???

Orang bercinta di “taman terlarang” x sama dengan orang yang bercinta di “ Secret Garden” yang pastinya diredhai oleh Allah..

Dan pastinya hal ini ada kaitan ibadah.aku bukannya alim dan x de la terer sangat dalam bab2 ni…

But I’m always trying to be a better slave of Allah.. sometimes I do mistakes and of course I want to be a better muslim even though I' will  take a long time… that’s why I need good friends, good brothers and sisters, good future husband (insyaAllah,hehe) who never giver give up seeking for His blessing to guide me..


Allah kan Maha Pengampun..mungkin bila kita wat salah..orang kata..”hang ni teruk la,nama je budak skolah agama tapi bangun subuh lambat ..bla bla bla”..aku pernah jer lalui situasi ni..pedih jugak telinga..

Tapi orang yang membebel tu x tahu..aku bukannya sengaja bangun lewat..aku dah berusaha tidur awal (sebelum pukul 1 pagi la selalunya) siap set alarm and the hightest volume kat handset aku…tpi dah terlewat bangun subuh.salah aku ke???

Aku ada tanya kat ustazah kesayangan aku pasal ni..dia jawab..Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud..”kalau dah bangun lewat tu, cepat 2 solat, JANGAN TANGGUH.kalau kamu bangun pukul 8 pagi..masa tu la subuh kamu”..manusia hanya pandai judge orang tanpa ilmu dan usul periksa sedangkan yang menilai timbangan mizan tu Allah..

Bukankah Allah ada berfirman..
“Aku menciptakan jin dan manusia hanya untuk mengabdikan diri kepada-Ku”
Mesti korang dah familiar dah dgn ayat atas tu kan..dan aku nak tanya..

Beribadah ni..solat, puasa, haji n zakat je ke???

Ibadah ni ada banyak jenis..

Belajar kerana Allah=IBADAH.

Makan kerana Allah=IBADAH.

Berkahwin=IBADAH.

Tidur kerana Allah=IBADAH.

Senyum kat orang dengan ikhlas walaupun X BOLEH masukkan senyuman korang tu dalam TABUNG DERMA=IBADAH

Apa kaitan ibadah dengan “Secret Garden”???

Hmmm…lepas korang solat..korang rasa apa?TENANG KE X???kalo jiwa x tenang tu komfem solat x khusyuk..haha..masa yang aku paling nak ber’lama-lama’ dengan Allah ialah waktu solat..dengan solat..jiwa aku tenang..tapi kadang2 aku macam korang la..x khusyuk tu biasa la..haha.
.
I’M NOT A PERFECT SLAVE OF ALLAH  

Then.. Do you get my points?


Dengan beribadah..apa kita dapat?? apa aku dapat? apa ko dapat?

Simple..

REDHA ALLAH= TENANG+SENANG





InsyaAllah.bila hati tenang..urusan harian pun akan dipermudahkan..insyaAllah…

Haaa...tanpa korang sedar..korang telah mencipta “Secret Garden”yang tidak akan dimiliki oleh mereka yang jauh dengan hidayah Allah dan pastinya….membuatkan Allah makin sayang…makin cinta kpd kita..




         And for sure ‘The Secret Garden’ is more beautiful, fantastic and amazingly attractive… ^_^
                                                         -Wassalam-

Sunday, 24 February 2013

A MIRACLE

Assalalamualaikum semua...apa khabar iman???? harap semua baik2 saja....alhamdulillah..aku sangat bersyukur kerana dikurniakan masa lapang untuk update blog buat kali pertama pada tahun 2013!

Kali ni aku cuma nak share sikit jer pengalaman aku...ada 'miracle' yang berlaku pada bulan Januari2013 pada diri aku....sekadar share je ^-^

hmmm, aku nak tanya..

bila last korang demam paling teruk seumur hidup?

Masa aku kecik2 dulu, aku penah kena demam campak, seksa la jugak..mujur ada mak yang rawat aku..mak aku ni, sebenarnya adalah mak long aku.dia la yang jaga aku masa kecik2 atas amanah arwah mama sampai aku umur 6 tahun.kalo x silap la.. walaupun masa tu aku demam campak, but at least ada jugak hamba Allah yang sudi tengok2kan aku..SAYANG MAK!! :)

Alkisahnya bermula apabila aku telah memberi nama untuk menyertai pertandingan syarahan sempena Minggu Penghayatan Islam di KMS tapi beberapa hari lepas tu, sekali lagi aku deman..bukan demam biasa tapi DEMAM+ SELSEMA+BATUK.


Aku demam sampai x de kekuatan nak bangun solat tapi aku gagahkan juga masa waktu solat dah nak abes.bukan sengaja tapi terpaksa..melewatkan solat zohor dan mengawalkan solat asar..begitu juga solat maghrib dan isyak..

bukan tu je..sebarang makanan solid langsung x boleh masuk tekak aku.. kalo aku lapar sangat, aku makan bihun sup je..sampai la pada suatu hari ni, sorang tauke kafe sebelah kiri asrama aku. dengan suaraku yang sengau(selsema) batuk kuat giler, mungkin dia perasan kot, then dia kata

“akak ada buat bubur nasi kat kamu, lunch nanti jangan lupa datang tau”

Allahu Akbar!! baik sungguh dia...semoga Allah murahkan rezekimu kak.. ^_^

Dan yang paling x tahan sekali, batuk aku teruk sgt.sampai aku terpaksa keluar dari dewan kuliah Biology SAMPAI 3 KALI!!! aku x nak ganggu orang laen. Sebab aku punya pasal, satu dewan kuliah termasuk la lecturer sekali....kenal aku..

Inilah sakit yang paling teruk yang pernah aku hadapi .BERSEORANGAN pulak ...macam tu la aku fikir dulu..rupa-rupanya tidak..aku masih punya Allah ^_^

Dan masa tu jugak, aku sudah terfikir untuk tarik diri drpd menyertai pertandingan syarahan...

Tapi teks aku dah siap ditaip. penat sahabat2 kesayangan aku tolong taipkan untuk aku, Terima kasih kepada roommate dan best friend aku, tidak lupa juga buat abang2ku yang hensem (pengsan), abg mer dan abg can..sempat lagi dorang bagi semangat kat aku masa kitorang berjalan-jalan bersama kat tepi pantai at Pantai Kelanang., Banting :)

Semoga Allah membalas jasa baik korang dgn rahmat kasih sayang-Nya..so...x kan aku senang2 jer nak tarik diri?????

Saat itu, aku angkat tangan...mohon keampunan daripada Kekasihku, aku tahu,ujian ini mungkin adalah kafarah dosa,mungkin juga 'reminder; dari-Nya supaya aku x lalai drpd mengngati-Nya..

Aku mohon kpd-Nya agar dipermudahkan segala urusan. ayat seribu dinar aku x penah lupa baca setiap kali lepas solat.. walau sesibuk mana pun..

Alhamdulillah..2 hari SEBELUM pertandingan syarahan, demam aku dah sembuh sepenuhnya. Tapi batuk dan selsema hampir pulih tapi sengau suaraku masih kedengaran sikit2...hehe.

Setengah jam sebelum pertandingan, barulah aku berlatih betul2..haha..

Dan pertandingan bermula.

Giliranku berbicara,

Aku masih lagi batuk2

Tapi itu sikit pun x mengganggu kelancaranku berkata-kata..

x tengok teks langsung, alhamdulillah..

Rasanya dalam kalangan 12 orang peserta tu..aku sorang je yang batuk2. segan tu jangan cakapla..

Allah Maha Penyayang, Maha Mendengar doa hamba2Nya..

Actually, aku x target pun untuk menang, I just want to try something new...

Malam penutup Minggu Penghayatan Islam tu...tempat ketiga dan kedua disandang oleh sahabat2ku..then aku malas la nak mengharap untuk menang.

”x de rezeki la kot kali ni”, aku monolog sendiri.

Tapi sangkaanku meleset apabila pengacara majlis mengumumkan namaku sebagai sang juara.sampai bergema Dewan Antares dengan kelantangan suaranya..siap dengan 'sound effect' lagi haha... Allahu Akbar..
THAT TIME, SERIOUSLY, I'M SPEECHLESS!!!

Sehari aku telah dilamar oleh oleh Presiden Kelab Pengacaraan untuk menjadi PENGACARA Malam Mahabbah Gaza, antara event TERpenting di KMS...yang mana, pada malam tersebut, pihak KMS telah menjemput seorang profesor, wakil Aqsa Syariff yang juga mantan Timbalan Presiden IKRAM..(aku lupa namanya) untuk menceritakan pengalamannya dan menyuntik semangat kami untuk membantu keluarga kita di Gaza...aku handle slot kutip derma..kena tarik perhatian orang untuk derma..alaa..mcm bagi syarahan.. :)

Kalo kat sekolah dulu, aku pernah bercakap dihadapan 100 orang pelajar.

Tapi kali ni...aku terpaksa bercakap di hadapan WARGA KMS= LEBIH 2000 ORANG!!!

walaupun ada sikit masalah teknikal, but it's okay.. I did my best already! :)

Then aku tanya presiden kelab pengacaraan..''berapa kita dapat malam ni untuk diberi kpd Aqsa Syariff??''

Dengan selamba dia jawab''hmm..alhamdulillah...ada la dlm RM 3000''

Masa tu, biji mata aku hampir2 nak terkeluar je....mcm dalam citer cartoon.

Ada jer video n gambar2 aku malam tu..biarla video tu tersimpan rapi dalam laptop baru aku ni..haha. Gambar tu nanti buat profile picture kat fb..malam tu aku pakai mafla...MAFLA SPECIAL FROM GAZA..^_^

                                     Gambar hiasan.hehe.

Korang tahu x MAFLA yang aku pakai tu kepunyaan siapa???

Salah sorang pengacara tv Al-Hijrah..




p/s: bakal kakak ipar ni..insyaAllah.. ^_^..